Sunday, January 20, 2013

JDT vs ATM

Edited by Jee
1. Tahun 2013 ni tiba-tiba semangat aku utk menyokong negeri Johor dalam sukan bola sepak meningkat ...lama rasanya tidak melihat Johor (samada Johor F.A atau Johor D.T.) Bersaing hebat dengan pasukan-pasukan lain. Bangga aku jadi warga Johor.

2. Malam itu, aku baru sampai dari Melaka (TD - 530pm). Penat jugak badan ..tp semangat punya pasal, aku gagahkan jugak ...aku sampai umah betul2 hampir maghrib. Lepas je maghrib, aku + wife terus keluar rumah dan park kereta di port biasa at Larkin Perdana. Terus jalan kaki 15-20 minutes ke stadium.

Keadaan di larkin Perdana
TMJ, Tengku Ismail di hadapan pintu masuk utama stadium, menunggu ketibaan Sultan Ibrahim
Tiket kami-kami
Berderau naik bulu roma saat menyanyikan lagu Negeri Johor beramai-ramai
Nampak kecik jer dari jauh
Comel budak tu duduk kat area tangga ..

3. Setiap kali ada perlawanan di Stadium Larkin, jalan sekitar Larkin mmg meriah. Heavy jam ...Mak cik pakcik, anak dara, anak-anak muda, dan kanak-kanak semua datang membanjiri stadium ...Masa aku lalu gerai jual makanan di luar stadium, ada makcik tu jerit "Mari-mari beli kopok Mat Yo satu!!! Sedap!" Ahahaha ....apa pun, mmg syiok ..masing-masing memakai jersey Johor. Aku belum sempat beli lagi ..tunggu murah sikit laa

4. Match mmg rancak ..masing-masing membuat serangan dan berbalas-balas antara satu sama lain. Safee Sali terlepas byk peluang. D'Guizza + Mat Yo score 1 gol. Akhirnya, 90 minit aku berdiri. Naik lenguh kaki. Bola punya pasal ....match malam tu seri 2-2. Aku puas hati ...dan mcm biasa jalan keluar stadium adalah antara yang aku tak suka nak lakukan ..sesak.

5. Itu citer jumaat malam ..hari sabtu aku sibuk pilih + edit gambo Sam and Emis. Upload dalam fb mereka. Malam terliur makan burger akibat cerita Majalah 3. Hari ni Ahad, aku dah berada di Batu Pahat. Esok patah semula Melaka sambung kerja ...



Akmal Adanan
0137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: