Thursday, May 5, 2011

Khamis, 050511




1. Semalam aku attend meeting ke-4 lawatan ke Indonesia scheduled next September. Penat juga menghadapi hari Rabu semalam ...dengan pelbagai urusan pekerjaan. Aku percaya kamu juga menghadapi masalah / kerja yg sama atau lebih teruk daripada ini. Setiap manusia akan ada ujian yang tersendiri.

2. Balik je dari KBM, aku terus baring depan tv dengan cita-cita menonton berita jam 8 malam. Mana tau ade cerita-cerita sex panas dibincangkan di situ ...akan tetapi, aku hanya sedar dari tidur jam 1209am keesokkan harinya. Complete dengan aku tolong Syafiq letak barang-barang die kat rumah etc. Macam mana aku tolong die pun aku tak pasti ...Cuma aku sedar kat umah aku dah ade barang-barang mereka di situ.

3. Hari ni aku seronok sgt dapat attend bengkel maintenance komputer kat UiTM ni. Petang ni rush balik kampung ..malam ni ade kenduri bacaan yassin di rumah. Kawan-kawan sekitar BP sila lah hadir.




Akmal Adanan
0137793993



Wednesday, May 4, 2011

BCNC Jamboree Kampung Ride, Melaka 2011

___________________

Route Kampung Ride Jamboree 2011

Kayuhan menguji stamina dan kelasakan MTB sejauh 45+/-km bermula/ berakhir di Rumah Melaka, Bukit Katil meredah kampung, ladang, lembah dan bukit sekitar Hang Tuah Jaya. CABAR DIRI & MTB Anda!!! SAHUT CABARAN Kami!!! Sumber: http://kampungridemelaka.blogspot.com/



1. Baru-baru ni aku join BCNC JAMBOREE KAMPUNG RIDE 2011, MELAKA. Tak sangka, aku dapat habiskan track sejauh 45km jalan bukit, off road, tar, tanah merah macam-macam lagi lah. Beberapa makcik dan pakcik yang sedang menoreh berjaya aku sapa. Aku turut berkongsi perasaan yang sama yang mungkin difikirkan mereka. "Apa kejadahnye budak-budak ni naik basikal di kebun aku pagi buta nie?" Kalau nak ikut logik, bekas atlet macam aku ni memang tak ada masalah nak kayuh ..tp bukit byk jugak, seriously penat.

2. Aku habiskan track hari berkenaan genap 4 jam.. bertungkus lumus aku kayuh laju-laju, naik bukit, jalan yg licin, jugak kadangkala menolak basikal, panas pulak tu... rehat pun kejap-kejap jer. Tak buang masa. Kira aku memang aim masa terbaik la. Aku bertolak 830am abis 1230pm. Pencapaian yang pada aku sgt bagus! Aku dikalungkan medal tanda berjaya menamatkan semua checkpoints. Sampai masa penyampaian hadiah, mc announce tempat pertama kategori lelaki mencatat masa 1.12 jam sahaja!! Aku tergamam ...

3. Manusia ke ape beliau itu? aku masih tidak percaya ...



Aku rasa team kami sahaja (walaupun berpotensi kalah sejak awal) yang mempunyai jurugambar peribadi pada event tersebut. Gambar belum dapat, so aku akan upload kemudian. Terima kasih. Thanks Ariff + Anwar + Akak yg sudi berkayuh bersama ...




Akmal Adanan
0137793993

Wednesday, April 13, 2011

Cycling

Basikal aku

1. Selain penarik beca, aku peratikan makin ramai yang minat mengayuh basikal. Aku masih ingat zaman persekolahan aku dulu, lebih tepat lagi form 1-3. Aku memang seorang pengayuh basikal yang tegar boleh dikatakan. Tangan aku ni memang tak lekang dari minyak pelincir rantai. Maklumlah, asik lucut je rantai basikal aku ni. Pantang ade duit, aku akan ke pekan Parit Sulong, Kedai Ah Hun nama nya, beli pedal baru, prewel (flywheel dlm bahasa jawa), accessories dan macam-macam lagi.

2. Terima kasih mak dan abah yang belikan aku basikal baru hadiah UPSR aku dulu. Walau tak dapat 4A hadiah tetap aku dapat. Alhamdulillah ...Kemuncak kepada kehebatan aku dalam jurusan berbasikal ni dulu, aku pandai juga buat teknik mengayuh basikal dari handle basikal itu sendiri. Itu pun aku antara individu yang terakhir berbuat demikian setelah jatuh berkali-kali. Bukan senang saudari saudara ...

3. Dipendekkan cerita, sekarang aku ingin kembali berbasikal. Dulu kawan-kawan aku yang berduit mak ayah die belikan basikal ada gear. Budak-budak kampung mcm aku memang jeles jer pasal basikal mamat ni boleh change gear mengikut keadaan muka bumi. Aku, ape jenis jalan pun prewel 18 tu laaa aku kayuh ...

4. Dipendekkan cerita (kali ke-2) aku secara officialnya sudah memiliki sebuah basikal baru, dibeli pada hari semalam (11.04.2011). Bersejarah sungguh hari itu, pasal aku dapat basikal baru juga dapat berkenalan dengan ramai geng-geng baru-ade 30+ orang semuanya. Yang paling penting utk dinyatakan disini aku berjaya mengikut mereka berkayuh dari Bacang ke Limbungan-Bandar Hilir-AMJ-Ayer Keroh dan ntah mana jalan aku pun tak pasti. Total kayuhan semalam adalah 33.6KM.

5. Sangat memberangsangkan bagi aku yang baru. Walau antara peserta yang last sampai, aku sampai juga ....tq En. Ariff + Doktor Azhar yang sudi menemankan aku ...BEST!!!




Akmal Adanan
0137793993 | 2050

Sunday, April 10, 2011

Tsunami 2011 - Jepun


Diambil dari blog asal SINI, Aku rasa sangatlah beruntung dan bersyukur berada di bumi bertuah Malaysia. Di kala byk negara diuji dengan pelbagai malapetaka politik mahupun nature disaster (Tsunami- Jepun), kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Bahagia dan aman ...Kenapa kita tidak mahu bersyukur?

Jadi soalan aku? kenapa kita masih nak membuat kerosakan di bumi yang tercinta ni?
1. Kenapa kita suka membuang sampah merata-rata?
2. Kenapa kita suka membazir tenaga?
3. Kenapa kita suka bermusuh antara kita?
4. Kenapa kita suka berperangsangka buruk kpd org lain?
5. Kenapa kita suka bawak motor/kereta laju tak tentu pasal?
6. Kenapa kita suka berpolitik secara FANATIK?
7. Kenapa kita suka menyusahkan orang lain?

Banyak juga soalan kenapa aku hari ini, harapan aku senang je. Hidup kita bukanla lama sangat. Just kalau boleh jangan buat susah pada orang lain. Kenapa susah sangat nak jadi orang yang simple. Berfikiran terbuka, outgoing dan mudah didekati.. Be a good person and the other will treat u better ...




Akmal Adanan
0137793993

Friday, April 8, 2011

Dilema Seorang Pekerja

Credit to all photographers: Miss Tania, Miss Ain, Mr. Hanif sekitar Malam Anugerah Dekan dan Majlis Pra Graduan UiTM Melaka

1. Aku tak tahu nak tulis apa. Jarang aku ada masa yang banyak depan komputer kebelakangan ni. Masa gua banyak habis di hotel-hotel lima bintang, minum bersama koordinator-koordinator program, pengurus-pengurus hotel, berbincang urusan makan-makan, minum-minum dan pelbagai lagi. Akibatnya, berat badan pun bertambah naik ...

2. Bercakap pasal rutin kerja, aku pun tak boleh nak cakap ape lagi. Seronok sgt bekerja kot. Minggu ni adalah minggu ke-8 atau atau lebih tepat lagi bulan ke dua berturut-turut aku bekerja. Belum dikira bulan-bulan sebelumnya aku kerja part time shoot wedding dan sebagainya ...weekday atau weekend pada aku sama je.

3. Dah lama rasanya aku tak menjadi manusia sempurna yang ada masa lapang. Aku sikit masa lapang, itu pun sibuk juga aku penuhkan dengan perlawanan-perlawanan bolasepak kelab-kelab antarabangsa dan berlumba di dirt courses di serata dunia. Harapan aku satu jer, aku perlukan sikit masa supaya aku dapat planning masa depan aku sendiri ...

4. Terima kasih sudi lagi ke sini ...







Akmal Adanan
0137793993