Thursday, February 17, 2011

BANJIR 2011


Misi menyelamat mangsa banjir Sri Medan 2011/ akmaladanan

1. Aku dah tak nak mintak maaf lagi sebab lambat update blog, ataupun sbb lama menyepi ataupun kerana aku sibuk bekerja dan sebagainya. Kalau aku asik mintak maaf jer, bermakna aku je yang salah. Kadang-kadang perlu jugak aku salahkan keadaan yang kucar kacir kebelakangan ni. Ok ...buat ke sekelian kalinya... hari ni aku share gambar sekitar kejadian banjir di Johor. Lepas lepas ni, aku ade gambao orang kawen dan pelbagai gambo lagi ...stay tune!!

2. Salah satu cabang fotografi yg aku suka adalah 'photojournalism'. Kadang-kadang malu jugak aku nak mengaku aku minat photojournalism ni, sebab gambar-gambar aku memang tak berapa menarik sangat. Susah cabang photojournalism ni. Nak melaporkan sesuatu melalui gambar bukan satu kerja yang mudah. Takpe, sebelum kamu semua nak berkata apa-apa ...tengoklah dulu gambar-gambar yg aku kongsikan kat sini. Kalau bagus, alhamdulillah, kalau kurang bagus sila komen mana yg perlu aku tingkatkan.

3. Berbalik kepada cerita yang aku nak sampaikan. Beberapa minggu yang lepas, atau lebih tepat pada lagi 03.02.2011 ..semasa korang semua cuti Tahun Baru Cina, Aku dan Rahmat bekerja lebih masa. Cari gambar banjir ..



4. Untuk pengetahuan ..beberapa kawasan di Sri Medan terputus hubungan dan memerlukan bantuan. Lepas lapor diri kat Balai Polis dan bilik gerakan kami pun mulakan tugas. Kebetulan Dato' Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Bhgn. Pt. Sulong ada sama. Abg Rahmat pun tanpa segan silu offer diri sendiri utk join operasi menyelamat dan menyalurkan bantuan banjir. Terima kasih Dato' dan tak lupa ATM menumpangkan kami ke semua kawasan pemindahan banjir.

5. Sedih aku tengok keadaan banjir di sini. Pada mereka yang bernasib baik, bersyukurlah kita dan banyakkan berdoa utk kebaikan mereka. Semoga sentiasa tabah dan bersemangat mengharungi cabaran ini ...


Full pictures boleh view di SINI.
* Sorry intro ade sikit kontroversi ..saje je :)





Akmal Adanan
0127655165

No comments: