Monday, August 1, 2011

Induksi 147/2011

Ahli kumpulan aku ..Six Prime

1. Bulan lepas (Julai 2011) aku diarahkan pergi ke induksi UiTM di Kg. Gajah, Perak. Dari apa yang aku dengar dari kawan-kawan yang pernah pergi sebelum nie, mmg aku bertekad tak mahu datang ke sana walau sekejap. Tapi apakan daya, aku perlu ada di sana selama 2 minggu (16-28 Julai 2011). Kerja yang banyak melambak aku lupakan, date yang aku susun untuk bercuti bersama yang tersayang berterabur, movie apa yang ditayangkan di pawagam juga aku tak dapat tunaikan ....

2. Jumaat pagi, aku dari Bp ke Melaka. Bertolak ke Kg. Gajah 12tgh hari ...menjadi musafir lagi aku pada hari itu. "Jauh nye perjalanan ke Kg.Gajah, Perak ni" Kata hati kecilku ..(macam cerpen pulak). Tp aku tak berani ckp byk kerana diberitahu tempat ni memang 'keras' utk orang2 baru sampai ...

3. Rutin harian di Pusat Latihan; 0745Hrs - Beratur (Last aku buat masa konvo Master dulu) utk menyanyikan lagu Negaraku + Lagu Uitm. Selepas itu masuk ke dewan dan mendengar ceramah yang menarik 0800-1900Hrs setiap hari. Penat juga rasanya menjadi Pendengar ....Selain itu disulami dengan pelbagai jenis makanan, sarapan pagi, makan tgh hari, minum petang dan pelbagai lagi jenis minuman. Enam (6) kali solid setiap hari ...

4. Tiba-tiba dah abes sesi 2 minggu induksi di Kg. Gajah. Seronok bertemu ramai kawan-kawan baru ..lelaki mahupun wanita.

5. Seronok juga berada di dewan Bestari 3/4. Aku pun tak pasti bagaimana kami dapat menukar suasana dewan menjadi ceria seperti kami mendukung destini anak bangsa. Segar rasanya dapat mendengar tepukan gemuruh dari pensyarah setiap kali ceramah bermula/ berakhir. Hari terakhir (Exam Day) juga begitu. Walaupun semua sibuk menjawab soalan, sempat juga kami memberi tepukan gemuruh kepada pensyarah yang pertama siap dan menghantar kertas jawapan. Wkakakaaaa ...

Untuk melihat album penuh, sila click SINI
Group page di SINI





Memang best!!!

Akmal Adanan
0151Hrs
3 Ramadhan 1432H

1 comment:

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

ingin sekali menjadi seperti Sir Akmal! =)