Friday, August 26, 2011

Salam Hari Raya Aidilfitri 1432H


1. Ramai sungguh manusia membeli belah menyambut Hari Raya pada kali ini. Sangat meriah ...seronok aku melihat gelagat makcik-makcik beli kain langsir, kuih raya, balang kuih, tudung siti nurhaliza dan macam-macam lagi. Ingat makcik, sunat menyambut hari raya dengan baju baru dan menghias rumah cantik-cantik, tp kena ikut kemampuan ..takut over spending.

2. Aku pulak sampai ke hari ni masih tidak membeli apa-apa. Sejak tahun 1999 aku tak buat baju raya. Aku lebih suka bersederhana rotate baju yang dah ada. Maksudnya badan aku tetap sama slim sejak lbh 10 tahun yang lepas. Kah kah kah seronok menipu orang ..

3. Raya kali ini kali ke-dua aku beraya tanpa Abah di sisi. Sedihnya tak payah cerita. Tahun lepas aku pakai baju raya abah warna hijau, tahun ni aku nak color apa yer ...mak+adik2+gf2 aku nye baju pun aku Xbelikan lagi. Somehow, aku Xde selera nak membeli belah ...tak tahu knp.

4. Oklah, aku Xde idea nak menulis hari ni. Kerja pun byk tak terkira. Tak taulaaa mcm mana nak settlekan. Selamat Hari Raya Aidilfitri ..dgn rendah diri aku memohon maaf dari semua penonton blog aku... Kalau terkasar bahasa tersilap kata aku mohon ampun. Drive kereta, lori, bas hati-hati ...bykkan bersabar di atas jalan raya ...INGAT tu!!

Terima kasih





Akmal Adanan
ILqam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Selamat Hari Raya: Maaf Zahir Batin Sir Akmal! =)

Balik BP, drive carefully brother...

cik orked said...

selamat hari raya sir. :) jgn sedih sir, sy pun dah bertahun raya tanpa ibu. anyway, maaf zahir and batin sir.

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Shahrol ..tq selamat hari raya
Izyan juga, semoga arwah semua ditempatkan dalam golongan org yg beriman ..