Thursday, February 24, 2011

The blog has reached 50k v and I finally got a new PC

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan pelajar UiTM dan penduduk Jasin sempena Pelancaran kerja-kerja pembinaan UiTM Jasin, Melaka/ akmaladanan


1. Seminggu yang lepas aku kerja bersungguh-sungguh ...berada di office siang dan malam. Sebelah siang aku penuhi tuntutan kerja hakiki, dan pada sebelah malam pula aku sambung benda yang sama .. Alhamdulillah aku cuba sedaya upaya, malangnya kerja yg aku kejar tak dapat juga aku siapkan. Selepas pulang ke rumah, turn aku pulak menyiapkan projek buku aku dengan Datin TPS dan menyiapkan album-album pengantin sehingga lewat pagi. Begitulah rutin kehidupan aku. Rugi sape tak hire aku bekerja dengan mereka dulu.

2. Hasilnya, hari ni aku demam ...

3. Ape pun aku tetap tersenyum, hari ni viewers aku mencecah 50 000 orang. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang singgah ke blog yang serba serbi kurang ini. Diharap kalian masih terus datang dan datang lagi ...Hari ni ucapan aku mungkin pendek sahaja sebab aku penat bersin dari pagi lagi sampai laa sekarang.

4. Okey sehingga ketemu di lain masa. Aku nak sambung kerja, kertas test utk esok kena aku siapkan ...semoga Allah masih memberi kekuatan kepada hambanya yang lemah ini. Amin ...sebelum tu, nak juga aku share kegembiraan aku hari ni, aku dapat sebuah komputer baru di office, seronok bukan main ...lama rasenye tak tekan keyboard yg besar. Puas aku tekan tekan keyboard ni. Terima kasih UiTM!!!

p/s: Tq pada Shahroll kawan baik aku kat Shah Alam, kawan yang selalu dtg and tinggalkan komen di sini. Tq juga pada siapa juga yg rajin bertandang ke sini.



Akmal Adanan
0127655165

No comments: