Monday, April 12, 2010

Gambar Lama

Tengku Zarith Sofea give a smile to the photographer in the 2006 Kembara TMJ, Batu Pahat, Johor

1. Lama juga aku Xupdate blog nie. Bukan busy, tapi sibuk sikit. Kamu semua mesti perasan kan, setiap entry sibuk je aku nk ceritakan kesibukan aku. Kalau aku ade masa tulis/ update blog nie, busy sgt ke aku?? ntah laa... tapi otak aku mengatakan memang aku busy.. tp bukan bertujuan nk eksen tunjuk semua orang aku busy. Sebenarnya tujuan aku tulis menulis nie is just a place untuk aku simpan kenangan masa sekarang. Untuk tatapan masa depan. Ramai lagi orang di luar sana 100x lebih sibuk dari orang lain bukan? Mungkin kesibukan aku hari ini akan membentuk aku menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang, siapa mungkin tahu masa depan kita kan?

2. Minggu lepas aku plan nak stay di Alor Gajah. Menikmati kehidupan yang lebih tenang di kampung, mendengar desiran angin sepoi-sepoi bahasa inggeris, kicauan burung kelicap, dan bunyi desiran air mengalir di samping design album-album aku tu. Tapi perancangan tinggal peracangan. Sekali lagi aku terpanggil untuk menghantar adik aku ke JB, katanya ada interview di UiTM Johor. Gagal lagi perancangan aku utk memberi ruang kepada diriku utk berehat dan berhibernasi.

3. Ok selain sibuk, aku juga sempat mencari gambar-gambar lama masa aku pakai D70 dulu. Aku suka sangat shoot TMJ (sekarang Sultan Johor). Baginda sangat laa sporting, walau nampak serious. Ok, nanti aku cari lagi gambar-gambar lama and share kehebatan kamera 6.1 MP + 3fps + 24mm the widest lens aku ade dulu. Aku sekarang tengah dalam proses mengumpul gambar-gambar lama utk aku simpan and buat personal directory. Gambar di atas aku shoot semasa TMJ (masa itu) melawat mangsa banjir di Batu Pahat, pada Disember 2006.






* Sesiapa yang boleh memberi perkhidmatan urut badan area alor gajah nie, sila beritahu ...need some therapy
* Newsletter design, photography session, interview, mock t etc


Akmal Adanan,
0127655165

2 comments:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

tenks bro. dapat jugak aku tonton sultan johor. Insya allah baginda akan datang Makkah 18 apr ini bersama delegasi baginda. Kelam-kabut kami (TH Jeddah) buat persiapan.

suka baca ur story dalam buat kerja. teruskan berkarya!~

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Lotfi, ape kabar?
terharu rasanya ada juga yg sudi membaca cerita-cerita aku ...

lebih seronok kamu berada di arab saudi (mekah)... peluang bertemu TMJ (sultan johor skrg) mmg selalu aku tunggu2...ntah kenapa aku suka characteristic die. Harap ko dapat amek gambar byk2..kalau boleh laa and share kat blog kemudian.

good luck for the job bro..