Saturday, April 3, 2010

April 2010

Students watching a Malay traditional dance presented in the DTM Carnival, UiTM Malacca

1. Hari nie dah masuk hari ke tiga dalam bulan April. Seminggu yang lepas merupakan hari-hari yg kritikal bagi aku. Terlalu sibuk dgn clerical job dan segala tugasan-tugasan lain. Budak-budak plak dah nak peksa... mesti tgh takut dieorg tu hihihihi =) ..... Bagi aku, Alhamdullillah segalanya berjalan lancar. Audit pun dah lepas. Harap-harap semuanya bagus-bagus sahaja. Ape plan aku hari nie?

2. Jam 6 pagi lagi aku dah bangun. Siapkan, tunaikan apa yg sepatutnya. Kemudian aku berpesan kepada diri aku sendiri supaya cuba-cuba bersenam. Sebab 1-2 bulan nie aku dok sibuk kat office, duduk dalam bilik berhawa dingin... badan tak berpeluh, kepala pun jadi berat dan tak cergas. Pagi td seluruh taman perumahan nie aku cover sambil berlari, org sekeliling pandang pelik jer.. Xpernah tengok aku berlari-lari agaknya. Best rasanya bila berpeluh. FYI aku baru je lepas kemas-kemas rumah dan kereta, breakfast, etc.

3.Soon after this aku nak design and cari idea utk kerja aku. Ini saja lah masa yang ade untuk aku buat album. Weekday jgn harap laaa... esok pagi2 aku ke JB atas urusan yg lain dan seterusnya... Baru kerja mcm nie aku dah rase bz nak gila, thats y aku tolak pelawaan jadi wakil rakyat kawasan Lendu nie. Nanti macam-macam bebanan perlu aku pikul... merasmikan majlis keramaian, mengatasi masalah rakyat, melawat warga emas, merawat kucing sakit, dan pelbagai lagi. Macam mana aku nk siapkan kerja aku yg lain nanti kan...

4. Cukuplah merepek ... Doakan aku siapkan kerja aku hari nie jugak ye kawan-kawan ... sedekahkan juga Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi yg selamat dikebumikan semalam...






Akmal Adanan,
0127655165

No comments: