Tuesday, January 29, 2013

29.01.13 Exercise malam

Ketua pasukan Intekma FC Team

Assalamualaikum, hari ni antara hari yang paling pack dalam rutin mingguan. Kelas yang banyak, uruskan faculty stuff, urusan keluarga dan satu temujanji yang terpaksa aku batalkan malam nie.
Balik kerja td, isteri tersayang dah siapkan lauk dinner yg simple yet very satisfying. Kami kami yang kononnya nak berdiet gagal sekali lagi dgn makan nasi dan macam-macam.

Makan malam kami-kami

Sekarang aku berada di tepi padang menunggu masa utk masuk kali kedua. Baru dapat score 1 goal and assisted few more goals for the team. Balik rumah nt few more tasks akan cuba aku settlekan.

All the best!!!



Regards,
Akmal Adanan
+6013.779.3993

29.01.13 Jemput Makan

Hidangan lunch yang sangat sedap !

Sibuk betul aku hari ni ...x sempat nak ke mana-mana. Selama ni aku tahan jer perasaan lapar atau mintak tolong si faris belikan nasi. Hari ni thank you to miss wifey yg sudi masakkan breakfast pagi td dan bawakkan some leftover for lunch sekarang. Siap cutlery set + tissue lagi aahahaa

Sambil makan sambil menonton buletin 1.30, lepas ni nak siapkan design baju trip. 2.30 petang sambung kelas ....great ;)

I love my job very much!!!

* Tq Dear :)
* Lama betul aku tak bersihkan lappy aku tu



Regards,
Akmal Adanan
+6013.779.3993

Monday, January 28, 2013

Gaji Saya Sangat Besar !!!




1. AAhahahhahaHAahaaa ...&*^*@(*#&)(@ itulah respon aku yang pertama bila aku ternampak gambar di atas ini. Gambarannya memang sangat sesuai untuk orang yang tak berapa berada, makan gaji setiap bulan macam aku. Masih aku ingat, setiap awal bulan, aku pasti terasa girang, seperti artis popular mempunya berjuta dollar pergi berparti dan bersosial... dan seperti biasa akhirnya akan merempat seperti pengemis menunggu gaji bulan berikutnya.

2. Bulan ni aku dan berjuta kakitangan kerajaan dapat bonus setengah bulan gaji. Aku sungguh bersyukur banyak sungguh rezeki yang aku dapat kali ini. Tapi, betul lah kata pepatah Afrika Selatan, "Besar periuk, besar jugalah keraknya". Bagi diriku yang hina, dapat sahaja duit gaji, macam biasa, celcom mula lah menghantar bil telefon, pekerja TNB & Syariat Air Melaka menyelitkan bil utilities di pintu pagar, pembayaran insurans hampir tiba, sewa rumah dan macam-macam lagi perlu dilunaskan. Itu belum masuk saman lalulintas atau saman rumput panjang yang biasa aku terima.

Saman paling hina pernah aku terima ..ahahaha


3. Apa pun, yang penting, kerja & tanggung jawab mesti kita ditunaikan sebaiknya. Kata orang-orang tua dan alim ulamak, jika rezeki kita itu halal, kerja yang dilaksanakan bersesuaian dengan gaji yang kita dapat, insyaallah sedikit mana pun hasil kita, ia pastinya akan cukup. Allah maha besar ...Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Refer: Gaji Saya Besar

* 26/01/13 terjebak sony after 3 loyal years with blackberry



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Friday, January 25, 2013

LI Inspection

At Tourism Johor Meeting Room

1. Part of my job, aku akan buat lawatan dari satu company to another. Utk lihat keadaan anak-anak di sana. Rata-rata company beri responds yg baik. Terima kasih kepada UiTM yg banyak torture budak-budak dtg kelas, buat event macam-macam, datang latihan ko-kurikulum, kemahiran insaniah & camping pelbagai utk jadikan mereka kuat dan sihat utk bekerja.

2. Kalau dulu mereka selalu merungut datang kelas 830am dan byk kerja di universiti, now u know how is the real working world is all about. Ahahahaaa ....bestnyer



Akmal Adanan
0137793993
Segamat & JB - Now lunch @Galeria JB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 24, 2013

Food: Kedai Punyik, Pt. Sulong

Bungkusan sarapan hari ini

1. Sejak kecik, aku bernasib baik dan terhutang budi dengan Kedai Cik Punyik di area Simpang Tiga, Parit Sulong, Batu Pahat. Jarak dari rumah aku Xjauh, lebih kurang 300-400 meter sahaja. Kalau keluar tol Yong Peng (Utara) ke arah Bakri, Muar kamu akan lalu pekan Pt. Sulong. Kedai ni 1.5km dari pekan belah kiri.

2. Oleh kerana terlalu kerap ke kedai ni, aku lupa nak amek gambar kedai. Ahhaaa tp senang jer indicator'nya. Kalau jumpa banyak lori-lori berhenti tepi jalan sebelum Simpang Tiga, tu lah kedainya.

3. Kedai ni menyediakan sarapan pagi dan lunch. Makanan terhebat di sini mee kari, nasi lemak, mee / kew tiaw / mee hoon goreng etc, Lauk pilihan jangan ambil ringan kesedapan rendang daging / sotong sambal / telur puyuh dan sayur-sayuran. Meleleh ...

Nasi putih tak ingat lauk apa ntah

Mee goreng Sotong

Nasi putih ayam + sayur

Kuew Tiaw Goreng + Sambal Telur Puyuh

4. Tq pada arwah abah yg kenalkan kedai ni. Setiap pagi abah bungkuskan ke sekolah. Kalau cuti sekolah abah akan bungkus.

5. Terus terang cerita, org kurang berada mcm aku mmg sangat berselera kalau makanan dalam bungkusan surat khabar + plastik ..feel die mmg semacam. Xperlu pinggan jenama Arcopal, atau di-import dari luar negara ...tq mak abah ajar aku apa yang ada ...

Byk membebel ...bye

* Semua ni hanya RM12 sahaja ....pada aku sangatlah murah!!! nak beli sotong pon tak lepas adek oiiii ....




Akmal Adanan
013.779.3993
Sambil borak dgn sam @Jb
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Food: Nasi Campur Asam Manis Batu Pahat

Kedai Asam Manis

1. Kalau sampai di Bandar Penggaram (dikenali sbg Batu Pahat), selain lauk asam pedas yg sangat popular di bandar ini, aku mmg tak teragak-agak sarankan kamu semua utk ke kedai makan nasi campur asam manis, tak jauh dari Carefour BP. Rujuk gambar atas ...kedai corner lot ade pencawang elektrik sebelah situ. 



Suasana kedai
Antara pilihan lauk yang ada
Dari sudut yang lain
Ayam, ikan, burung puyuh, lembu u name it!
Pilihan makanan lain

2. Aku Xsempat nak kira lauk die yang banyak. Sebab aku mmg lapar dan dengan pelahapnya belasah nasi aku + ulam yg sentiasa menjadi kegemaran. Apa yang aku pasti, kamu akan puas melihat deretan / lautan laut yang super banyak di sini. Nak lauk apa sahaja, just name it.

3. Selain itu boleh try nasi ayam, soto, roti canai dan masakan goreng panas-panas.

4. GPS code aku akan cuba usahakan nanti. Nanti aku amek code-nya bila mak aku ajak ke sini. Ni favourite place mak aku kalau ke batu pahat.

Nasi campur pilihan aku hari itu

Bersama ulam kegemaran
5. Ada masa nanti aku update pula kedai-kedai asam pedas terbaik (rating aku sendiri) di Bandar Penggaram, Batu Pahat ...

Tq !!


Akmal Adanan
0137793993
Kepenatan seharian berjalan @JBSg
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Risau?

1. Ragam manusia sekian alam .....terlalu takut dan risau apa orang akan perkatakan tentang diri kita ....dalam banyak perkara kita terlalu memikirkan tentang orang lain sehinggakan kita terlupa tentang diri kita sendiri, kita terlupa apa yang sebenarnya kita mahukan, kita takut untuk mencuba dan gagal, kita takut diperli rakan, kita takut apa yang kita lakukan tidak mendatangkan hasil ...

2. Aku juga ada perasaan takut begitu ...dulu perasaan itu sangat menebal. Kurang yakin, tidak berani, takut, risau, adalah perkataan yang sesuai utk aku describe tentang diri aku sendiri ...dan mungkin kebanyakan kamu yang sedang membaca blog ini.


Taken from Adhadi Sifu Photography aku


3. As time goes by, kata orang putih ...perasaan itu hilang sedikit demi sedikit. Aku selalu bertanya kepada diri sendiri... berapa ramai orang di luar sana yang kisah tentang diri kita sebenarnya? Berapa ramai juga yang akan mengambil berat masalah kita? Jika ada yang ingin menolong ...berapa ramai pula yang benar-benar akan menyelesaikan masalah kita?

Jawapannya ...mungkin sangat sedikit atau pun LANGSUNG TIADA.

4. Jadi peduli hape kita nak kisahkan dengan orang lain. As long as we happy with things that we like to do ...tidak melanggar undang-undang & tidak menyakitkan hati orang lain ...GO ON!! and never look back.





5. Juga kepada kawan-kawan yang dihormati ....pls stop thinking & talking about people u hated/ dont like in ur workplace, in the neighborhood, in school, and anywhere everywhere in the world. Its very disgusting ...Stop wasting your precious time doing such activities ...like me, i have 1001 interesting things to do rather than to hate people, to stalk them, to envy them etc ....be matured and move on bro!

Salam Maulidur Rasul ....mari berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.




Signing off,
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
@My room jb

Rakan bekerja Fire X Ride 2012

1. Penganjuran Fire X Ride 2012 (FXR'12) telah pun berjaya ...dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Planning selama berbulan-bulan ...meeting pelbagai, buat track, potong kayu, cari pisang, pasang jambatan, tak tidur malam cari sponsor, 2-3 pagi menunggu di rumah CM, cari volunteer, uruskan pendaftaran, track pembayaran peserta, beratus-ratus pertanyaan, persiapan beribu goodies bag, MPAG lokasi event, jemputan TYT/ CM, upacara flag off, menyiapkan cenderamata buatan tangan, dan lain-lain tugas ...

.... akhirnya semua itu menunjukkan hasil.



Status Mohd Alif Rahmat, Otai Cycle X, basikal paling kilat

2. Secara jujurnya, aku rasa sungguh berbangga dapat berkenalan dengan geng Cycle X Alor Gajah. Sebuah team yang kecil tetapi sangat profesional dalam melakukan aktiviti sukan basikal. Bekerja berdasarkan apa yang kita suka memang sangat besar kesannya. Dalam Crew Team Cycle X ...pendapat kita didengari, tanggungjawab dan tugasan kita dihormati & yang paling penting segala keringat kita sentiasa diingati dan dihargai.

3. Good job boss! Your good leadership has created a good follower too ....

4. Boss yang tak pernah bezakan siapa boss siapa kuli ... selalu menunjukkan contoh yang baik "Leadership by Example" ...sama-sama angkat kotak, sama-sama potong kayu, sama-sama kena marah, dan sama-sama dalam kesulitan. Tidak hanya pandai memberi arahan ...

5. Special thanks to all FXR'12 (2 Series) crew yang bertungkus lumus melaksanakan tugas masing-masing. Kamu semua tulang belakang event ini. Aku mohon maaf banyak perkara aku tak dapat follow dalam arrangement event kali ini sebab terlalu sibuk dengan tugas hakiki. Apa pun, aku harap tugas aku dalam biro Photography & Media dapat aku laksanakan ....

Seronok dapat bekerja dengan kamu semua!

Thank you ...
Refer




Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
official website | http://www.akmaladanan.com/
facebook | http://www.facebook.com/akmaladanan
email address | akmaladanan@gmail.com
YM I akmaladanan@yahoo.com my ex-blog I http://akmaladanan.fotopages.com/ ________________________________________________________________________________________

Wednesday, January 23, 2013

Outstation: Segamat, Johor

Kami-kami

1. Zaman sekarang, sekejap jer masa berlalu. We live in a shrinking world orang putih cakap. Kalau pagi tadi aku kat melaka. Sekejap je aku dah di Segamat ...tp lebih hebat kawan baik aku tania, tiap-tiap malam dinner di KL ...makan kat melaka Xsedap katanya ahahah ....esok awal pagi dah di office.

Cendol itu
Dua bungkus aku balun benda alah nie
GPS code Cendol Segamat
Sebelah tu ada kedai jemur ikan masin sepat yg comel
Murah dan mengenyangkan

2. Generasi skrg mmg bergerak sangat pantas. Gadjet yang digunakan juga sangat canggih ...merepek gua hari ni ...

3. Skrg aku kat Segamat ...LI Visit. Panas betul segamat skrg ni ...apa pun, klu dtg sini boleh laa try Cendol at Taman Yayasan. Nasi Lemak pun best ...sebelah tu ade jual pisang goreng juga sedap ....

4. Ptg ni shoot ke JB ...this is life :)



Akmal Adanan
0137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FXR'2012 APPEARANCE IN RODA PANTAS ISSUE15 Jan'13

Pictures :)

1. Akhirnya selepas bersusah payah mengharungi pelbagai meeting, perancangan, meredah lumpur, habuk dan sebagainya ... gambar-gambar yang aku shoot semasa kayuhan Fire X Ride 2012 (Siri ke-2) telah membuahkan hasil. Dapat juga aku sumbangkan gambar-gambar ini ke majalah basikal Roda Pantas dan diterbitkan bulan Januari 2013. Walau sibuk walau penat menghadapi pelbagai cabaran, bila apa yang kita buat membuahkan hasil, kepuasannya memang tidak terkata. Alhamdulillah .....

2. Terima kasih kepada Lizam, writer/ owner majalah yang selalu berhubung dengan aku. U are the man bro! Tak dilupakan kpd Presiden Cycle X, Farid dan ahli kelab yang tak jemu-jemu dan percaya kepada aku dalam menguruskan photography event kayuhan lasak ini.

3. Jumpa lagi pada masa yang lain ....


Front page Roda Pantas Issue 15
Lain lain gambar,
Event photos click HERE,
Behind the scene Click HERE,
The story click HERE


*on the way to Segamat for LI visit this morning ...

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
________________________________________________________________________________________

Jadual Perlawanan JDT/ Darul Takzim FC

Jadual perlawanan JDT dalam Liga Super 2014... All the best!!!



Kepada semua peminat JDT, aku sertakan jadual perlawanan bola sepak Liga Super 2013 untuk pasukan Darul Takzim FC/ JDT untuk rujukan saudara/ saudari. Semoga membantu. Aku pun dapat dari sebuah blog, just to share with u guys.

The best of luck JDT .... !!!

UNTUK MELIHAT JADUAL PIALA MALAYSIA 2013, please click link di bawah:
http://www.akmaladanan.com/2013/08/jadual-perlawanan-jdt-johor-fa-piala.html




Jadual Perlawanan JDT 2013


:::: LUASKAN KUASAMU ::::



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
official website | http://www.akmaladanan.com/
facebook | http://www.facebook.com/akmaladanan
email address | akmaladanan@gmail.com
YM I akmaladanan@yahoo.com my
ex-blog I http://akmaladanan.fotopages.com/ ________________________________________________________________________________________

Monday, January 21, 2013

Happy 1st Anniversary JeeluvMal


Title: Jee & Mal 1st Anniversary
Date: 21st January 2012 -21st January 2013
Images by: http://saluddin-ismail.blogspot.com/ 


"Today is the day in which the best thing happened to me. I got married with a great girl that I love very much ...

Jee my dear cutest lovely wife! You are real perfect … every single day is really a blessed day with you. Thank you for your love, inspiration and support. You are a blessing and I thank Allah because He gave me you!

My warmest wishes for you and I will always love you forever ..

I just want to take the time to thank you for all the great memories of the past year & let you know that I am looking forward more great years for us to come to celebrate together!"

Happy 1st wedding anniversary Sayang!  =) 











Lebih kurang setahun yang lalu, pada saat pukul 120 minit pagi, aku baru sampai dari batu pahat dan selesai uruskan family di rumah homestay. Kemudian ...terus ke Dewan Majidee untuk siapkan slide show kami dan lihat persiapan pelamin. Majlis pernikahan aku jam 0900 pagi ...aku masih belum sempat berehat lagi.

Dalam 0200 pagi, aku dan Jee sempat ke Bazaar karat buat henna ...siap dalam 230am. Singgah semula ke dewan untuk last check up. Pelamin tak siap lagi.. badan naik letih masa tu. Tak larat nak tunggu jam 0345am balik rumah. 0400 pagi sampai rumah, mak long and mak sedang siap-siap bunga rampai segala. Terus aku dipakaikan inai, 0430 aku tidur sambil inai di jari.

Jam 0600 aku bangun, pergi ke umah homestay dan siap-siap satu family utk ke dewan 0830 utk aku bernikah. Perghhh ...ngeri kalau aku ingat semula kejadian setahun lepas. Aku & Jee terlalu penat siapkan majlis perkahwinan sampai aku tak sempat rasa risau & takut utk bersalam akad nikah. Tengah hari bersambung pulak reception ...The best ....

Diam tak diam, setahun dah berlalu. Tq for everything sayang :)


Akmal Adanan, Husband
+6013.779.3993

Sam & Emis Reception, 130113

Bride & Groom: Emis & Sam
Location: Dewan Orang Ramai Kg. Melayu Majidee, JB
Date: January 13th, 2013


Main Photographer: Akmaladanan, Johor
2nd Photographer: Afiq Syahmi Adanan, Johor
Assistant Photographer: Sunny, Jurong Spore

Hari ni malas nak tulis banyak, enjoy some pictures taken during the wedding of Emis & Sam, 13 January 2013. More outdoor pictures will be uploaded soon. Thank you for coming guys :)




































Post Wedding Click HERE
Before Click HERE
Teaser Click HERE
Get ready Click HERE

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
official website | http://www.akmaladanan.com/
facebook | http://www.facebook.com/akmaladanan
email address | akmaladanan@gmail.com
YM I akmaladanan@yahoo.com
ex-blog I http://akmaladanan.fotopages.com/ ________________________________________________________________________________________