Wednesday, June 15, 2011

Workshop: WEDDING PHOTOGRAPHY by Adhadi Mohd

Pada semua kawan-kawan yang ingin berjinak dalam Wedding Photography, saya perkenalkan anda dengan workshop Wedding Photography oleh kawan saya; ADHADI, seorang jurugambar perkahwinan yang berpengalaman luas dalam pelbagai field photography.

Sumber text diambil dari SINI:



Salam. Berikut adalah beberapa tips yang saya boleh kongsikan apabila anda bertugas sebagai jurufoto

1. Sekiranya tempat ini baru untuk anda, datang survey at least beberapa hari awal. Takut Sesat.

2. Sediakan extra baju, seluar, dan kain lap peluh dalam kereta.

3. Datang sejam awal.

4. Berkenalanlah dengan ahli keluarga pengantin dan memorize nama, wajah serta pangkat mereka.

5. Satu idea ialah rakam wajah mereka menggunakan smartphone anda dan minta no telefon mereka, save dalam contact, dan isi note pangkat apa. Dengan ini anda takkan lupa apabila merekabentuk album. This may take a while. Kelebihannya juga ialah anda boleh sms beri URL galleri bila gambar dah siap. Ini adalah satu powerful marketing technique. Ambil FB sekali

6. ANda perlu menyapa parent mereka dengan mesra. Bagaimanapun sesetengah keluarga tidak begitu mesra.

7. Jangan marah bila mereka tidak jemput anda minum atau makan, tugas anda adalah untuk merakam bukan untuk makan. Anda perlu makan sebelum datang bertugas.

8. Elakkan menghisap rokok dihadapan pelanggan.

9. Jangan sesekali memarahi pengantin apabila mereka tidak pandai pose. Mereka bayar anda… anda perlu jaga hati mereka kerana peluang anda untuk UPSALE akan hilang sekiranya berkelakuan kasar.

10. Cara paling efektif untuk UPSALE adalah dengan langkah berikut.........


Ada banyak lagi tips termasuk kaedah UPSALE untuk meningkatkan pendapatan sebagai jurufoto perkahwinan akan saya berikan dalam Kursus Perkahwinan 18 June ini. Saya akan kongsi pengalaman bagaimana saya boleh mendapat pendapatan lebih 5 angka menggunakan fotografi perkahwinan sahaja, tanpa perlu menjual perkhidmatan saya kepada sultan atau artis, jual kepada pengantin biasa saja.

Jumpa anda nanti.

ADHADI boleh dikunjungi di http://adhadimohd.com/





Akmal Adanan
0137793993

No comments: