Monday, April 19, 2010
Status as 19.04.2010
1. Fuhhh .....
2. Lega rasanya dapat siapkan sebuah buletin fakulti dalam masa 2 hari termasuk menghadiri pelbagai mesyuarat akademik, mesyuarat peperiksaan dan Biro TataNegara. Rasa macam nak pecah kepala aku memikirkan design utk newsletter tu, juga pada masa yang sama membahagikan masa utk mengharungi semua aktiviti-aktiviti WAJIB HADIR last week. Isnin (hari ini) juga aku ade sesuatu yang sangat penting untuk ditunaikan. Tapi that appointment has been postponed tomorrow. Takpelah mungkin itu semua memang bahagian aku. Awal pagi esok, aku akan pantau budak-budak practical present report before, pergi ke KBM utk settlekan masalah seterusnya pada sebelah tengah hari. Khamis ade interview dengan Dato' Pengarah .....lagi satu appointment utk aku buat persiapan. Ok enough cerita masalah aku.
3. Aku ade satu lagi masalah dalam kepala aku sekarang nie. Sejak semenjak kebelakangan nie aku tengok budak-budak remaja kat area aku nie macam dah Xde hati perut dalam kehidupan sosial dan hati nurani mereka. Sebagai satu contoh, masa aku dinner sebentar tadi ade satu couple tomboy & gf die nie. Maybe sebab nak tunjuk macho laa kot... masa order dengan mamak tu, punye laa eksen, macam laa die bayar roti canai tu sekeping RM38 ringgit. Ok, macam nie laa lagak dialognye, style mengalahkan ahmad nisfu ...
"eyyyy macha!!!, bagi roti itu kuah dal lebih tambah susu ok!"
(bercakap dalam keadaan kasar menunjukkan konon-kononnya beliau mempunyai banyak duit dalam swiss bank, agro bank dan bank muamalat - tanpa melihat wajah mamak yg hensem dalam kegelapan malam)
Kecik je aku tengok budak nie, duit pun mak ayah bagi, tapi lagaknye mcm guna duit sendiri hasil bercucuk tanam di ladang dan menjual padi... pebenda ntah, perangai macam best, menyampah aku tengok. Hidup baru berapa hari tapi lagaknye macam dah tau semua ilmu ekonomi macro, bursa saham, linguistik dan ilmu rumah tangga.
4. Aku paling anti dengan orang yang memandang rendah terhadap individu lain. Sungguh aku bengang tengok orang2 macam nie. Ape ko rase ko ade duit & boleh beli roti prata 10keping utk gf ko tu, kira ko terer ker? Pada aku, walau siapa pun kita, bangsa, keturunan, negara asal etc kite kena hormat org itu. Mereka juga manusia macam kita, ada perasaan. Ada anak, ade isteri juga ibu bapa. Cuba letakkan diri ko dalam diri mereka. Meraka terpaksa merantau, berpisah dengan keluarga mencari rezeki.. tp ini yg die dpt. Pengorbanan mereka ini terlalu besar kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan kita di sini.
5. Tapi aku perasan, mereka2 yg termasuk org yg tidak bersyukur nie adalah golongan daripada orang2 kita ..orang Melayu sendiri. Mungkin sebab aku Xpaham bahasa cina atau india, so aku Xpernah paham percakapan mereka. Aku selalu memerhati jurujual2 yang berjalan kaki, menjual majalah2, atau kitab2 agama ..yg mungkin hanya berharga RM10 - RM15. Selalu aku tengok cara org2 kita menolak tawaran mereka nie dengan cara yg sungguh tidak beradab. Kalau Xmahu beli pun, susah sangat ke nk senyum, dan cakap "mungkin lain kali ye dik". Jangan dipandang hina orang2 macam nie, mereka yg sekarang berusaha menjual buku berharga RM10 nie Xmustahil boleh menjadi seorang yg berjaya, mungkin berupaya menjual hartanah berharga RM10 juta atau lebih pada masa akan datang! Kerana apa? KERANA MEREKA TERUS MENCUBA!!! mereka mempelajari asas perniagaan, iaitu berusaha menjual. Tidak kisah berapa besar nilai jualan itu, tetapi ilmu pemasaran yang kecil itu sgt berharga. Ingat kawan-kawan, setiap apa yg kita lakukan hari ini mungkin akan berguna pada masa akan datang.
Fikir-fikirkan lahhh ....
Akmal Adanan
0127655165
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wow...terpana aku membaca coretan nukilan mu whai kwnku...kagum sggh aku terhadap nilai kemanusiaan yg ada dalam diri kamu, syabas kwn...
Terima kasih Wan ....
saja nk share story
budak2 generasi iphone. tu kalau di tegur tu.. ntah ko pun dia anggap mcm bangla..
jatidiri pegangan kurang. sopan pada diri pun kurang apa lagi sopan pada orang.
sopan pada tuhan?
tuari aku jumpa ada satu uncle ni kat shell bp mall. naik merc. turun2 kete jek dia jerit: 'oi bangla!!' aku dgr la dia marah bangla tu sambil aku tggu tangki aku penuh. uncle tu claim bangla tu x isi tank dia. bila? sehari sebelum tu. dia marah2 sgt mcm dia sure bangla tu yang dia jumpa. bangla kan orang gak. ckp la baik2. last2 aku fikir, baik aku bawak iswara jek. janji tak biadap dgn manusia lain. hmmm melayu... :(
Post a Comment