Hari terakhir aku di UiTM Melaka pada tahun 2004 dulu betul-betul menyedihkan. Hidup bersama kawan-kawan di kampus selama 3 tahun berakhir hari itu. Seronoknya hidup di kampus: Kena induction senior sampai 4-5 pagi, terketar-ketar buat presentation di kelas, makan nasi lemak 2 bungkus setiap hari, pengalaman cinta tak berbalas, berdiri di luar kelas, belajar bersama girlfriend-girlfriend di cafetaria dan macam-macam lagi. Semua tu mengajar aku tentang indahnya belajar di universiti.
Aku tak malu mengaku aku antara orang yang menangis menyanyikan lagu uitm dihatiku semasa konvokesyen diploma aku dulu. Aku masih ingat aku tak dapat call mak abah sbb hp dikuarantin, kepala aku dibotakkan, setiap hari kena marah pasal terlelap semasa dengar taklimat, ramai yang sujud dan tak bangun semasa solat qiamullail, dipaksa hafal lagu uitm, dan macam-macam lagi. Timb.Pengarah HEA di Minggu Wawasan Siswa, Pn.Zaleha marah kawan aku Fendi kerana suka hati tukar lirik lagu keramat ni.
Aku akan ingat saat itu ... seminggu yang paling perit dalam hidup aku. Hari ni aku sedar, kerana seminggu itulah dan kerana 3 tahun itulah aku menjadi manusia hari ini. Terima kasih UiTM. Terima kasih kawan-kawan blok G + Blok P + blok N. (Banyak betul blok aku pindah ..ekeke)
Daftar kata kesalahan rumah 605 blok 3 sec7 Shah Alam
Juara adalah Man, ade 5 page lagi aku akan share kemudian
Selepas itu aku sambung degree di Shah Alam... pengalaman 2 tahun tinggal bersama kawan-kawan di no.605 rumah flat seksyen 7 shah alam memang betul-betul menyeronokkan. ahahahahaaa .... saksikanlah ..
Kalau lah aku dapat putar masa tu kembali ...
Akmal Adanan
0137793993
At CB103 listening to uitm song
No comments:
Post a Comment