Thursday, April 22, 2010
Periksa
1. Sekejap je rasanya, hari nie dah masuk minggu2 terakhir bulan April, 2010. Masa dapat aku rasakan bergerak sangat pantas. Suatu hari pada bulan January dulu, aku berazam menguruskan tahun 2010 ni dengan baik, cemerlang dan terbilang.... then, baru je nak buat planning atau jadual hidup aku utk setengah tahun akan datang, baru tu aku perasan aku dah agak terlambat. Nampaknya planning book yg aku beli tu terpaksalah aku simpan rapi seperti buku-buku yang terdahulu.
2. Hari ni merupakan hari pertama 'final exam' bagi pelajar-pelajar uitm. Aku ingat lagi, dulu masa aku study, memang aku akan berusaha habis-habisan membaca, memahami dan menghafal segalanya. Pegi mana-mana pun semasa dalam kolej, aku akan bawa buku + nota ke mana-mana. Masa ni gf & gf aku yang sedia ada memang aku letakkan nombor 2, atau 3 atau kadang-kadang aku tak ingat. Aku tak akan makan di cafe... aku beli roti banyak2 sebab setiap langkah aku ke cafe membuang masa. Lagi-lagi bila aku terserempak dengan 'chicks' hot di sana. Memang lama laa aku minum kat situ.. abislaaa terlupa ape yang aku dah hafal td ...
3. Semasa menjawab soalan, aku suka datang awal. Tapi pendapat itu tinggal hanya imaginasi. Hakikatnya aku selalu sampai on time. Masa tu rasa penat merentasi tasik uitm melaka masih kuat terasa. Padan muka aku sendiri, bukan main susah aku nak berfikir sambil tercungap-cungap kepenatan. Lagi satu, aku tak suka keluar awal semasa menjawab peperiksaan. Prinsip aku, masa yg diberikan itu adalah milik kita, gunakan sebaiknya. Mungkin kita boleh gunakan masa itu utk double check jawapan dan sebagainya.... kalau ade soalan yg susah mcm nk pecahkan rekod dunia, atau menawan gunung Tahan, sila bertahan dan jgn berkecil hati. Itu hanyalah cabaran dunia. Berdoalah banyak2, insyaallah pasti ada jalan nak selesaikannya nanti.
4. Kepada semua yang berkenaan... terutamanya dtm students, aku doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga anda dapat menjawab semua kertas peperiksaan dengan tenang, berhati-hati dan saksama. Kurangkan facebooking, naikkan standing .... Ingat, apa yang anda usahakan hari ini adalah apa yang akan kamu dapat hari esok.
Esok aku nak cerita pasal politik, ade berani???
Akmal Adanan,
0127655165
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment