Friday, April 8, 2011

Dilema Seorang Pekerja

Credit to all photographers: Miss Tania, Miss Ain, Mr. Hanif sekitar Malam Anugerah Dekan dan Majlis Pra Graduan UiTM Melaka

1. Aku tak tahu nak tulis apa. Jarang aku ada masa yang banyak depan komputer kebelakangan ni. Masa gua banyak habis di hotel-hotel lima bintang, minum bersama koordinator-koordinator program, pengurus-pengurus hotel, berbincang urusan makan-makan, minum-minum dan pelbagai lagi. Akibatnya, berat badan pun bertambah naik ...

2. Bercakap pasal rutin kerja, aku pun tak boleh nak cakap ape lagi. Seronok sgt bekerja kot. Minggu ni adalah minggu ke-8 atau atau lebih tepat lagi bulan ke dua berturut-turut aku bekerja. Belum dikira bulan-bulan sebelumnya aku kerja part time shoot wedding dan sebagainya ...weekday atau weekend pada aku sama je.

3. Dah lama rasanya aku tak menjadi manusia sempurna yang ada masa lapang. Aku sikit masa lapang, itu pun sibuk juga aku penuhkan dengan perlawanan-perlawanan bolasepak kelab-kelab antarabangsa dan berlumba di dirt courses di serata dunia. Harapan aku satu jer, aku perlukan sikit masa supaya aku dapat planning masa depan aku sendiri ...

4. Terima kasih sudi lagi ke sini ...







Akmal Adanan
0137793993