Tuesday, December 21, 2010

Al-Fatihah kpd Kamat B. Selamat

1. Skrg, Aku berada di tanah perkuburan Kg. Bekoh, Tangkak. Alhamdulillah, pakcik aku selamat disemadikan. Semuanya berjalan lancar. Lantas aku tersedar, begitu kuat peringatanmu Ya Allah, 5 orang saudara terdekatku dipanggil ...sesungguhnya aku Xdapat menolak ujianmu Ya Allah.

2. Lagi sekali aku mendengar bacaan talkin yang sungguh menakutkan. Cukup membuat setiap insan sedar akan kesilapannya. Sesungguhnya, Masa utk kita yg masih hidup ini sangatlah suntuk, aku terfikir panjang ...Ya Allah, Kau berilah ku kesihatan dan umur yang panjang.

3. Mengalir air mataku semasa sepupuku, abg razi, dan dayah mencium jasad bapanya. Pertama aku masih ingat saat2 kami bersuka ria pada hari raya 1431H lepas. Kedua, wajah arwah mmg seakan wajah arwah Abah.. Terus aku menitiskan air mata. Dapat aku bayangkan perasaan semasa aku mencium arwah Abah dulu ...

4. Ya Allah, Kau peliharakanlah kesejahteraan semua keluarga kami, berilah kekuatan, keselamatan, dan keredhaan.

5. Wak Rahmat, semoga kau aman di dalam sana.. Betul2 di sebelah kubur mbah (meninggal 2bulan lalu). Semoga kau dicucuri rahmat ....amin




Akmal Adanan
0127655165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Hani Ahmad said...

Al-fatihah, semoga roh almarhum cik rahmat di tempatkan dalam golongan org2 beriman..

kurt @syamaizar said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’una wa inna ila rabbina lamunqalibuna. Allahummaktubhu ‘indaka fil muhsinina, waj’al katabahu fi ‘illiyyina wakhluf fi ahlihi fil gabirina.

Artinya: “Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tingkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

alfatihah. takziah utk nko n family. jangan bimbang, makin besar dugaan, makin banyak allah nak bagi ganjaran.. semoga arwah dirahmati allah dan ditempatkan di dalam golongan muqarrabin.amin..