Wednesday, March 27, 2013

Kereta: Gearbox Wira 1.5i

Model Wira 1.5i kebanggaan negara Malaysia

1. Hari ini mari aku kongsikan pengalaman aku selama 2 hari dalam bidang automotif ...

2. Lebih kurang 5-6 bulan lalu, Gear box kereta Wira 1.5i Jee dah menunjukkan tanda-tanda penuaan. Setiap pagi, bila enjin dihidup dan dipanaskan, still ....kereta sukar digerakkan oleh kerana gear auto yang tak mau gigit (pepatah orang putih) atau kata lainnya ...enjin dah mengaum, tetapi kereta masih tak bergerak dan berada di situ. Bunyi mengaum itu sungguh merdu, sebagai tanda bahawa sejumlah wang perlu diusahakan untuk membaik pulih kotak gear berkenaan.

3. Boleh dikatakan kebanyakan pemilik kenderaan akan berasa takut bila mendapat petanda Gear Box yang hampir rosak atau clutch yang haus dan sebagainya. Tapi jangan terlalu risau dan terburu-buru. Tidak semestinya jika kereta anda mempunyai tanda sebegini, anda perlu menukar model kereta lain seperti Peugeot, Wolkswagon mahupun Produa. Anda boleh simpan wang anda untuk hari tua ...


Kotak gear 3 kelajuan. Gear 1, Gear 2 dan gear 3

4. Setelah membuat perbincangan rapi dengan Sam (bukan nama sebenar)... akhirnya kami bersepakat utk membuat operasi pembedahan kotak gear berkenaan. Setelah dapat dibuka, aku berasa lega kerana keadaan yang berlaku hanyalah disebabkan ruang rongga gearbox berkenaan kotor dan sedikit tersumbat. Maklumlah kereta pun dah hampir 20 tahun usia. Sam memberitahu, percentage gearbox berkenaan adalah masih baik dalam 70%. Akan tetapi beliau menasihatkan untuk aku menyimpan sedikit wang utk aku tukar gearbox dalam 1 tahun - 1 tahun setengah akan datang.

Okay lah tu ....not bad

Ruangan enjin. Menjana 70 kuasa kuda

Dilengkapi Steering MOMO buatan Italy,
asalnya nak masuk Ad Resort  akan tetapi tak fit. Hampeh

5. Walaupun kereta agak berumur, aku sangat suka model Wira ni. Selesa dipandu. Tahan lasak. Almost free maintenance. Variety & affordable spare parts. Dan yang paling penting, air cond Wira ni memang terbaik. Tiada yang sebaik dan setanding di dalam kelas-nya ....

* Bought Sept 2011.10.jb
* Written @Mydin Ayer Keroh, waiting Jee



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

1 comment:

Anonymous said...

Salam, sy ada mslh enjin mengaum selalunya pd waktu pagi (mule2 start kete).... pastu da jln tu, bila enjin da pns ok la dia... dr gear 1 ke gear 2 tu, ad jerk, free gear lme sgt, so mngaum la die wpun tkan pelan2 jek... kete umor 16 taun, agk2 ape mslh yek? ade cdgn mane2 kdai yg tbaik and jimat kos kt KL ni??hoho