Thursday, July 25, 2013

Belajar bersyukur, sempena Ramadhan Al-Mubarak

Today

Nak

Kepada rakan-rakan di sektor awam yang bila bekerja pun tak seberapa, dan tak pernah bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan ...Sudah-sudah la tu. Mari kita sama-sama periksa diri kita sendiri, dan pada aku sesekali elok kita cuba tanya diri & hati kita ini...

"Adakah cukup segala usaha kita dalam pekerjaan yang kita lakukan?" ..Adakah kita telah berusaha sedaya upaya menjayakan setiap amanah diberikan ...ATAU Adakah hanya sekadar memenuhi masa di pejabat 8am - 5pm? Kpd yg betul2 bekerja, tahniah aku ucapkan ..aku pun tak sempurna, dan lalai (menaip fb dalam waktu bekerja - aku janji 7min jer).

Jangkaan aku (serkap jarang-maaf klu aku silap) ada a few mungkin dah tak berapa ada mood nk bekerja pun.. mood raya meluap-luap. Then, sibuk uruskan penjualan kuih raya batu buruk, baju kurung ala pahang, tudung fatimah, kasut raya dsbnya...

Sebelum aku lempang orang-orang yang tak reti bersyukur nie ..nasihat aku, jangan kita merungut tak tentu hala. kalau ko tak suka kerja yg ko buat skrg ni, at any time boleh berhenti. Ko bukan tak tahu berniaga menjanjikan rezeki yang lebih hebat ...Yang ko pergi kerja kerajaan ape pasal? ...

*Bersama nukilan ini aku suka utk share a thought from Dr. Azizan Osman




Dengan ingatan tulus ikhlas
Selamat menjalani ibadah puasa,
Akmal Adanan





"Maaf cakap! Bersyukurlah beb! 

Saya membaca banyak komen tentang bonus dapat RM500 sikitlah dan kenapa ada negeri yang boleh beri 1 bulan satu gaji. 

Maaf cakap! Di mana anda bekerja itu pilihan anda. Perkara asas yang anda perlu belajar buat adalah Bersyukur kepada Allah swt di atas rezeki yang diberi sedikit atau banyak! Mana nak ada keberkatan jika rezeki yang belum masuk pun kita dah komplen. Syukur! Buat sujud syukur. 



Saya perhatikan sekumpulan bangla yang solat berjemaah selalu di Masjid Seksyen 13. Anda bukan bekerja macam mereka, mereka bekerja lebih 15 jam sehari di restoran atau kedai runcit berdekatan, tinggal beramai-ramai dalam satu bilik kecil, merantau di negeri orang, puasa di negera lain, raya nanti tak ada siapa yang mereka boleh rayakan bersama, sesetengah orang lain yang tidak menentu waktu, gaji tak tetap dan memang underpaid. 

Siapa pun majikan yang kita telah pilih, kita bersyukur dan berterima kasih. Kalau tidak puashati, salurkan melalui saluran yang sesuai. Orang yang mencerca tempat dia mencari rezeki adalah seorang yang hipokrit. Saya dulu pun pernah bekerja dan hari ini saya adalah majikan. Hari ini anda pekerja dan satu hari mungkin anda juga akan jadi majikan. Bersyukurlah dan perbaikilah tahap kerja anda. Banyak saya tengok yang banyak komplen tu biasanya yang paing banyak "hilang" masa kerja. Ada sesetengah jabatan, 40 meja pekerja tapi yang ada 3 orang, itu pun tengah bincang pasal kuih raya. Bukan kat sini, kat selatan thailand. 

Maaf lagi sekali, cakap ni sebab saya sayangkan amalan kita yang hilang dimakan anai-anai yang kita panggil sendiri masuk ke rumah kita, tambahan pula di dalam bulan ramadhan. Cakap ni bukan sebab bagus, tapi ingatan buat diri sendiri dan staf saya juga, hidup bersyukur dan keberkatan akan melimpahi hidup kita Insya-Allah. Jika tak gembira dengan majikan kita, kita kan ada pilihan boleh cari majikan lain atau sendiri jadi majikan kepada diri sendiri? :)p "


- AzizanOsman -

No comments: