Friday, May 3, 2013

JUDGING A PERSON

Gambar di atas: Untuk renungan kawan yang suka kata orang lain
 bangang, bodoh, cilaka, dan sebagainya

Hari ini 3hb Mei 2013, lusa adalah hari yang paling penting buat rakyat Malaysia... Pilihanraya Umum Malaysia ke-13, bagi memilih kerajaan Malaysia yang baru. Sepanjang 30 tahun hidup di bumi Malaysia ni, boleh aku simpulkan pilihanraya kali ni antara yang paling sengit ...Masing-masing ingin menegakkan ideologi parti mereka ...

Paling aku kesalkan, bangsa Melayu aku yang aku sayangi bercakaran sesama sendiri, mengherdik, memaki dan mengutuk lawan mereka. Seolah-olah mereka sahaja yang paling betul. Ke mana nilai sopan dan santun kita dalam hidup bermasyarakat? Entah laa ...Cuba lihat kembali Rukun negara ke-5 KESOPANAN & KESUSILAAN ...nampak gaya yang tu dah nampak rapuh. Bila rukun negara rapuh/ hancur, begitulah juga mungkin gambaran apa yang akan terjadi kepada negara kita ini ...

Siapa yang lebih kejam jika bukan kita sendiri yang membawa kepada huru hara dan kehancuran negara kita yang tercinta ....




Sudah-sudah la sibuk kita nak berjuang nak gila utk parti kita ...aku percaya, 90% pengundi dah decide apa nak pangkah nanti ...chill sudah. Mana tau masa nak mengundi beliau terdetik nak tukar undi lantak merekalah ...korang nak gila bergaduh, habuk pun takda ...yang kenyang orang tu jugak ...besok dah menang ade die ajak ko makan malam bersama perdana menteri ...atas anugerah "macai" terbaik tahun ini ....

Buat semua wakil rakyat yang bertanding ...bekerja lah dengan ikhlas. Aku tak suka YB yang mempunyai agenda lain dalam perjuangan. Usahla kamu bermegah2 dengan pangkat dan kedudukan bila menang nanti. Jadi orang yang berkualiti. Kalau menang nanti, selain kamu serve kepada rakyat ..Aku harap satu jer, SATU PADUKAN SEMULA RAKYAT MALAYSIA seperti 90'an dulu.

Jadikan rakyat Malaysia rakyat yang sentiasa besederhana ...bertolak ansur, & hormat menghormati.


#Reflex

020513

030513

Friends.. lets do this ...then only we can think
to change something in a bigger perspective




Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

No comments: