Wednesday, August 4, 2010

Selamat Tinggal Abah


Abah... tanggal 19hb Julai 2010 akan menjadi salah satu tarikh yang amat bermakna buat hidup Mal. Hanya dua hari sebelum hari lahir Mal, Abah tinggalkan Mal buat selama-lamanya.. Mak, dan adik-beradik semua amat tersentak dengan pemergian Abah... Kenapa terlalu awal Abah pergi meninggalkan kami? Abah, puas Mal menangis masa abah nak pergi meninggalkan kami hari tu. Bunyi mesin-mesin di unit HWD pada subuh Isnin yang sunyi itu betul-betul menusuk ke telinga. Mal berdoa semoga semoga Allah senangkan segala urusan untuk Abah. Mal dah tak sanggup tengok keadaan Abah masa tu. Alhamdulillah, selepas beberapa jam, Abah pergi dengan tenang... Walaupun jauh di sudut hati Mal tak rela Abah pergi, Mal terpaksa lepaskan.

Rasanya baru je semalam Mal jaga Abah, hari ni Mal dah tak dapat melihat Abah lagi, apatah lagi untuk menyentuh, dan mencium Abah. Mal akui Mal kurang cium Abah masa Abah sihat dulu... Mal tak selalu menjenguk Abah kat kampung.. kononnya sibuk dengan tugas-tugas kat sini. Mal tak sempat belikan Abah apa-apa hadiah sebagai tanda terima kasih membesarkan Mal selama nie. Mal jarang tanya khabar Abah... Mal bukan anak yang baik untuk Abah. Mal rasa menyesal sangat tak buat segalanya untuk Abah dulu... sayang, semuanya dah terlambat sekarang. Mal minta maaf sangat kat Abah.


Abah...

Mal akan sentiasa ingat ciuman terakhir Mal untuk Abah selepas Abah dikafankan. Perasaan tu sangat mengharukan. Terasa dunia berhenti buat seketika, hanya Abah dan Mal berdua. Mal dapat rasa, tentu Abah suka Mal cium Abah masa tu kan... Dah beberapa malam Mal mimpi Abah datang melawat kita kat rumah. Kadang Abah senyum, kadang Abah macam nak sampaikan sesuatu ...tapi maaf bah, Mal tak faham. Mungkin Abah nak tengok keadaan kita macam mana. Insyaallah, Mal akan jaga family kita elok-elok.

Abah, alhamdulillah... semua urusan untuk Abah pada hari Isnin itu kami dah buat sebaiknya, dan berjalan lancar. Ramai kawan-kawan Abah datang. Meriah rumah kita masa tu. Abah... Mal dengan Ami ada tolong timbus Abah masa Abah dalam tiang lahat tengah hari tu. Mak, Nina, Pikah, Lia pun ada datang... Segala urusan berjalan cepat dan lancar. Alhamdulillah. Tiga malam berturut-turut dan hari ke tujuh kita buat tahlil untuk Abah. Ramai orang kampung dan kawan-kawan sekolah Abah datang. Rasa seronok sangat ramai orang datang bacakan tahlil untuk Abah. Terima kasih pada Embah, keluarga Cik Hamid & Cik Nuk, Cik Faizul & Cik Tai, Cik An & Cik Ani,Wak Yong & Wak Rohani dan semua keluarga yang tolong menyiapkan semuanya.

Sekarang kita semua dah sambung kerja, dan sambung hidup macam biasa ... Mal masih tak percaya Abah dah tak ada lagi ...Mal sempat minta maaf pada Abah sebelum Abah pergi hari tu. Mal harap Abah dengar dan sudi maafkan Mal...


Abah ...semoga abah aman di sana.




Akmal Adanan
0127655165

5 comments:

zenn said...

Salam..takziah utk akmal dan keluarga, setiap yg hidup pasti kembali kepadaNya.Semoga akmal tabah menghadapi dugaan ini.. alfatihah utk abah akmal, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yg beriman dan sentiasa dicucuri rahmat..byk2kan berdoa..

Acaii said...

menangis aku baca entry ni mal..:'( semoga roh arwah abah ko ditempatkan dikalangan orang yang beriman,amin.

wain said...

takziah...semoga roh arwah ditempat di dalam golongan org2 yang soleh...meski kita jauh dr arwah..DIA lebih memahami...Al-Fatihah

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Zenn, Acai, Wain.. terima kasih atas ucapan dan semangat yg diberikan ...rasa tenang ada kawan2 dapat redakan perasaan kita yg Xberapa tenteram nie .. thanksss

Anonymous said...

amat menyentuh perasaan, bergenang air mata baca entry ni..
T.T