Wednesday, August 21, 2013

Bergaya atau Bahagia?

It is

Hidup ini tidak selalunya adil. Ada antara kita dilahirkan dalam keluarga yang senang, dan ada juga yang mungkin dilahirkan dalam keluarga kurang berada. Kepada yang dilahirkan miskin, itu bukan satu option atau pilihan kita...malah ia adalah satu tanggungjawab kita utk mengubah nasib diri dan keluarga. 

Akan tetapi, sangat menyedihkan ...kita selalu mempunyai nafsu dan keinginan utk menjadi seperti orang lain yg lebih baik daripada kita. Kita selalu inginkan lifestyle berstatus tinggi dan dilihat baik oleh masyarakat. Demi memenuhi lifestyle mewah seperti orang lain, image perlu diutamakan. Dalam berfesyen, pilihan pakaian mestilah yang berjenama, memandu kereta yang besar dan mewah, rumah 3 tingkat, makan di restauran terpilih dsbnya.


Blog yang baik utk kita dapatkan maklumat tentang
Pengurusan Kewangan


Tak mampu pun tak apa, asalkan bergaya dan tak dipandang sinis masyarakat ...personal loan, credit card, atau pelbagai kaedah sentiasa ditawarkan oleh bank. Katanya biar papa asalkan bergaya ...pada aku measurement happiness sesorang individu itu bukan dilihat hanya dengan apa yang kita ada... ia lebih dari itu... "Ukur baju di badan sendiri"

Jadi, apa pendapat anda?



Akmal Adanan

2 comments:

Azie said...

Setuju sangat dengan apa yang diutarakan

Azie said...

Setuju sekali