Masa sangat cepat berlalu ..sekarang ni masuk hari ke 23 Ramadhan.. lebih kurang seminggu lagi tibalah Hari Raya Aidilfitri ...Semakin dewasa, semakin besar tanggungjawab dipikul. Macam-macam. Dulu masa kecil, tak sabar nak sambut hari raya. Sekarang bila dah bekerja, bekerluarga ..aku menjadi suami, anak, abang, cucu dan segalanya ...dan bila dekat nak raya rasa takut sebab banyak perkara keperluan nak diadakan.
Baru aku terfikir apa perasaan mak & abah masa tu ..nak sediakan baju raya, kuih muih, duit raya etc ...fuhhh !!!
Alhamdulillah, selesai tanggungjawab aku hari ini di UiTM Melaka |
Aku macam biasa, persiapan ala kadar ..raya beberapa hari jer, takkan aku nak berhabis segala yang ada, dan hari-hari lain dalam bulan ni nanti merempat tak de duit. Yang mana boleh aku tangguh atau elak beli aku lakukan. Sejak tahun 2000 lg aku tak buat baju raya ...Baju Arwah abah pun ada beberapa color. Pakai jer ganti-ganti ..so far dah 12 kali raya tak ada pulak Tok Imam tegur aku sebab tak pakai baju baru ...ahaha
* Esok Jumaat, fetch Jee last day at Putrajaya
* Sabtu plan nak ke umah Nenek Kiah. Ptg makan berbuka at Pt. Sulong
* Ahad ptg/malam ke JB. Isnin register red card
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
1 comment:
Betul tu bro, sebab raya nak berabis bagai, memang idok le.. kang lepas raya makan lemang sebulan kat opis? hehehe..
Selamat Menyambut Syawal, sahabat!
Post a Comment