Boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan makan nasi kandar Hakim ni ..nasi kandar yang simple dan sedap dimakan. Antara nasi kandar kegemaran aku sepanjang aku pernah cuba di seluruh Malaysia.
Nasi Kandar Hakim dengan Ayam Goreng Keemasan kuah kari sempurna, Sayur kobis, bendi, sedikit kuah madu. Version aku& wife selalunya ada cili potong & sedikit soy sauce Gambar: Shahroll Hairi |
Antara specialty Hakim Seksyen 7, S.A. Ayam Goreng Hakim Fried Chicken katanya |
Aku tinggalkan Shah Alam pada hujung tahun 2009 dan berhijrah ke Melaka. So, aku ada datang juga sekali sekala... gambar ini diambil semasa aku datang semula ke Hakim ni pada bulan March lepas (7/3/13) ...ada kursus di Shah Alam. Walau dah beberapa tahun tak jumpa, tetap pekerjanya kenal aku.
Mana taknya, setiap kali lunch makan sini ...tak dapat lunch ..dinner aku sebat. Waktu bulan puasa lagi best, sahur dan berbuka aku bantai nasi kandar kadang-kadang roti pisang ...fuhhh ..!!!
Kawan lama aku, Din |
Bayangkan keakraban kami bersama |
Sesiapa yang datang Shah Alam boleh la try ...tanya jer orang sana, semua orang tahu Hakim. Ada 2 Hakim di Shah Alam kalau tak silap aku... Hakim Lama & Hakim Baru ...kalau lapar nanti pandai pandai la korang cari k ...
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
No comments:
Post a Comment