Thursday, July 11, 2013

Selamat Berpuasa 1434H/ 10 Julai 2013

Rindu zaman ini, berbuka bersama
mak ayah dan adik-adik

1. Selamat berpuasa diucapkan kepada keluarga & rakan-rakan ...di kala ramai ahli keluarga, sahabat dan muslimin muslimat yang lain telah dipanggil menghadap ilahi ...alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Aku agak terasa kosong sekarang ni bila hidup di perantauan, jauh dari family & wife ...aku rindu masa kanak-kanak dulu, semasa Abah masih ada lagi... sama-sama beli kuih muih di Bazar Ramadan Pt. Sulong, adik-adik dan mak sibuk menyiapkan juadah berbuka di dapur.

2. Balik jer dari pasar, rumah meriah dengan bau lauk sedang dimasak ...daging ada, ayam ada, sometimes ikan juga tak lupa sayur-sayuran. Aku pun susun makanan dibeli dari bazar ...samosa (wajib), murtabak, air soya, dan sedikit kuih lain sebagai pencuci mulut ..masa tu, tak ada perasaan sangat seronok pun bila makan dengan mak & abah serta adik-adik. Macam biasa sahaja... Tapi bila semuanya dah berlalu ...baru kita realized, itulah saat yang paling indah dalam hidup.


Buat masa ni makan sorang-sorang lah

3. Semalam aku berbuka di rumah Cik Faizul & Cik Tai di Klebang. Sedap betul dan sangat best perasaan makan beramai-ramai dengan family. Alhamdulillah, sempat buat solat sunat terawih di Masjid Bukit Rambai ...Malam ni, tak berapa sure dengan sapa aku berbuka ...mungkin hanya makan apa yang ada ...Selamat berbuka nanti ...

Jadual waktu berbuka puasa 1434H bagi Negeri Melaka


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
Thurs/ KPP3 office
JUNSEP2013

No comments: