2. Rasa banyak perkara negatif dapat aku singkirkan ... tak habis-habis memaki hamun, berkelahi sesama bangsa dan agama. Apa cetek pemikiran orang sekarang nie agaknya. Tak sefahaman dikira musuh ...provokasi sana sini, kafir mengkafir, urusan syurga & neraka pun mereka boleh tahu... akibat bosan aku unfriend jer puak puak nie. Maaf yang mana aku dah unfriend tu. Dalam fb jer unfriend, alam nyata aku masih anggap ko kawan lagi.. jangan risau.
oleh Irfan Khairi |
3. Baca kata-kata Irfan Khairi di atas ..walaupun aku tak sempat membacanya sebelum ini, alhamdulillah, aku rasa aku masih on the 'right track'. Aku pakai kereta murah second hand, tidak pernah memiliki kad kredit platinum, apparel yang sederhana, makan di warung-warung biasa, (kadang-kadang teringin pergi juga fast food restaurant) ..segalanya aku buat secara sederhana. Satu perkara aku terapkan dalam hidup aku ...
DAHULUKAN KEPERLUAN, BUKAN KEMAHUAN
4. Kalau nak ikut hati, aku sangat teringin memandu kereta VOLVO T5 atau XC70 idaman aku. Kalau balik kampung mesti Ketua Kampung, Pak Imam, dan Guru Besar berbangga dengan pencapaian anak kampung mereka ini. Tp adakah ia berbaloi untuk aku menanggung bayaran ansuran yang begitu tinggi semata-mata nak impress Pak Imam & Ketua Kampung?
5. Pada aku, apa orang nak cakap suka hati kamu ...Biar tak bergaya, poket aku, susah & senang aku orang lain takkan tahu. Lainlah kalau aku bawak kereta besar di mana-mana nanti... ada orang tegur "Wahh, cantik kereta awak nie, saya sangat kagum dengan model kereta nie, auto cruise, pintu terbukak sendiri, kuasa elektrik, kuasa nuklear, boleh terbang, bla bla bla ....Okay atas kehebatan kereta awak ni, ambil RM50 utk bayar installment bulan ini" ....kalau masyarakat aku macam nie, sekarang jugak aku tempah kereta baru ...
* Hari ni siap bayar semua bil-bil telefon, internet, astro, dan insuran. Petang nanti standby duit untuk bayaran sewa rumah. Insyaallah semoga dipermudahkan ..amin
Kita mungkin nampak serba kekurangan Tetapi kita terlupa bahawa kita telah mempunyai segalanya |
Refer post sebelum ini: GAJI 1, GAJI 2
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
No comments:
Post a Comment