Tuesday, April 16, 2013

Service Mindset...

1. Last Saturday, 13.04.13 selepas 3 tahun menggunakan motor HONDA EX5 1/2 kuasa kuda nie... aku plan nak pasang sport rim pada motor kesayangan aku ni. Terus pecut ke Bandar Alor Gajah, cari kedai moto yang aku tau nie... tapi sayangnye takde stok pula. Hampa sungguh... Apabila niat nak membeli tak dapat, geram je rasa di hati. Aku pun saja melihat barang-barang sekitar kedai dan sangat seronok mendapat layanan baik dari auntie nie ...Setiap soalan aku dijawab dengan senyuman dan tertib.... ternampak box yang selalu letak barang kat belakang tempat duduk moto ...maklumlah, selalu bawak file berterbangan kertas aku ... dengan cermat terus aku sambar!! click SINI

2. Satu benda kita mungkin kita perlu belajar dgn org-org Cina dalam perniagaan. Dia tau aku nie teringin sangat nak pakai sport rim tu... Terus die amek phone number aku. Katanya "Nanti saya tolong awak order ini barang ...nt ada stok saya call". Selang 2 hari tokey tu call... Aku tak jawab sbb tengah tidur nyenyak kepenatan main jamboree PKNM TUCC/ Melaka.


Rim sedang dipasang

3. Call aku tak berangkat. Memandangkan die tak dpt bercakap dgn aku, die ambil inisiatif tinggalkan voice mail. setelah puas tidur, aku bangun dan sedar sekitar jam 630 PM. Terus aku call die balik.... "Sempat ke kalau saya sampai jam 645 PM? " Aku risau sbb kedai area Alor Gajah ni tutup pukul 700 PM. Tokey kata "Takpa, jangan risau... saya boleh tunggu maa"...

4. Terus aku melompat, basuh muka, amek wuduk smyg jap dan ke sana... Oleh kerana seorang customer (Aku bukan regular customer die/ datang pun baru 2 kali) dia sanggup layan aku.. dan malam itu kedai mereka terpaksa tutup lambat sekitar 730-745 PM. Aku perhatikan jer muka dieorang nie...sikit pun takde merungut dan masam muka.... siap senyum lagi ...biarlah aku bayar mahal pon, aku sanggup sebab service orang yang melayan aku begini ...itulah namanya CUSTOMER SERVICE.

5. Lepas nie, kalau aku ada apa-apa keperluan, nak tukar barang spare part, nak tukar minyak hitam, nak buat apa pun, agak-agak aku akan cari kedai mana agaknye?


Sebelum ke tempat kerja hari ini =)

Lepas ni pencen jadi OP Jamboree, sayang motor wooo ....




6. Bolehkah kita melakukannya?

* Key in marks!!! *Box148/Batt39/EngineOilGauge3 *Rim160



Akmal Adanan
+6013.779.3993

No comments: