Tuesday, March 5, 2013

Keyboard Warrior


Keyboard Warrior

Entry ini aku tujukan khas kepada rakan-rakan facebook dan semua rakyat Malaysia yang banyak berjasa kepada negara kita Malaysia. Mereka juga banyak membantu dari segi memberikan idea bernas untuk keselamatan negara. Merujuk kepada isu pencerobohan Lahad Datu yang sangat serius, mengorbankan 8 orang anggota Polis Di Raja Malaysia minggu ini. 1-3 Mac 2013.

Aku sangat berbangga, ramai rakan-rakan aku rupanya berbakat dalam merancang tactical operation dalam membasmi pencerobohan & pengganas, tidak kurang ada sahabat yang lebih tahu situasi di Lahad Datu dibandingkan dengan Polis yang berkampung di sana. Kadang aku pun tak paham,pagi sampai petang kerja, malam minum & lepak di kedai mamak. Walau begitu, segala maklumat Lahad Datu ada di hujung tangan. Aku cadangkan lepas ni kalau ada apa-apa Ketua Polis Negara boleh berhubung langsung dengan mereka yang genius ini.

Situasi 1: Polis serang lambat dan beberapa anggota terbunuh ...."Polis ni lambat sangat buat serangan, kan dah ramai mati sia-sia etc"

Situasi 2: Jika Polis serang dari awal dan anggota terbunuh ... "Polis ni, patut bawalah berbincang dulu, jangan sampai ada pertumpahan darah. Patut bagi peluang etc"

Situasi untuk berhadapan dengan golongan profesional di atas, Aku mohon ribuan ampun dan maaf ...aku terpaksa unfriend kamu, kerana merasakan diri aku ini tidak layak utuk berkawan dengan orang yang sangat hebat seperti anda. Sorry ...


Adakah ini boleh kita capai?


Bila tiba bab agama, semua sibuk jadi MUFTI,
Bila tiba bab negara, semua sibuk jadi MENTERI,
Bila tiba bab bangsa, semua sibuk jadi SEJARAWAN,
Bila tiba bab perang, semua sibuk jadi JENERAL,
Bila tiba bab solat, semua sibuk TOLAK MENOLAK tak mau jadi IMAM


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

No comments: