|
I am very sorry my dear students |
1. Dalam banyak-banyak Jumaat, hari Jumaat, 22hb Mac 2013 adalah antara Hari Jumaat yang paling sibuk pernah aku tempuhi. Hari Jumaat lalu, adalah sebuah Jumaat dengan 2 buah kelas part 2 (2B, dan 2C). Dalam baik-baik aku, sempat aku selitkan sebuah dua assignments untuk pedoman mereka nanti. Maklumlah, bila dah terlalu sibuk, mana-mana masa yang sempat aku akan selitkan untuk tugasan kumpulan untuk dinilai.
2. Kelas terakhir dalam sesebuah semester adalah salah satu kelas yang mengagumkan. Si lecturer yang kebiasaannya garang macam harimau akan tiba-tiba menjadi sang kancil, mengucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan akhir, juga tidak kurang ...menasihati pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh. Sang pelajar yang agak terperanjat dengan kejadian tersebut juga masing-masing memohon maaf atas keterlanjuran.
|
Customer Service Class - HM111 2B, Mac 2013 |
|
Group picture, Customer Service Class - HM111 (2C) Mac 2013 |
|
With some of the ladies |
|
U guys again? |
|
With 2C (Guys) |
|
Hadiah fr Afiq Zakaria who just came back from Umrah |
*** Later in the afternoon ***
3. Selain daripada peristiwa menyayat hati pada hari Jumaat yang panas itu, aku juga mempunyai agenda lain di sebelah petang. Sejurus selepas Solat Jumaat, aku bergegas ke Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka untuk membuat persiapan Majlis Kayuhan Sihat Bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam & Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen. Walau cuaca panas terik tetap aku gagahkan. Kami (20 orang) bertugas sebagai volunteer untuk event berkenaan.
|
With Alif Cycle X |
|
Volunteers on duty |
|
Volunteers on camera |
|
Makan malam @ Seri Malaysia Hotel, Melaka |
|
Our Room @ Kings Hotel/ Apartment Ayer Keroh |
|
Our toilet @ Kings Hotel/ Apartment Ayer Keroh
|
|
Sebelum tidur di bilik yang selesa... Kena check percaturan Volunteers utk event keesokkan harinya |
|
The volunteers with En. Jefri, Pengarah Tourism Malaysia, Melaka |
4. Apa pun, walau sibuk dan letih, aku sangat happy hari itu. Rasa sangat dihargai pada sebelah pagi. Petang jadi volunteer utk event. Malam dijamu makan at Seri Malaysia Hotel, Melaka. Dengar live performance ...makan sedap-sedap, jumpa second boss TM Johor, kawan2 TM Melaka, pelumba basikal negara. Jumpa dan buat networking dengan ramai kawan baru. Aku rasa aku sangat selesa dengan tugas outdoor dari buat kerja bawah bumbung nie .....ahahahaa
Nanti aku share gambar-gambar event pulak k.
The event, pls click
HERE
* Mydin, MITC, waiting Jee
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
No comments:
Post a Comment