1. Assalamualaikum & salam sejahtera ...dah seminggu kita berpuasa, alhamdulillah diriku telah sebati (terbiasa) dengan ibadah puasa. Seronok sangat dapat berpuasa, beribadah ...relaxkan diri dengan hal-hal rohani... walaupun urusan duniawi aku melambak perlu disiapkan. Dah nak masuk bulan Ogos, apa pun tak jadi, research grant aku pon dah lama expired, esok (2hb) bersiap-siap nak mengadap boss besar, pening kepala alasan apa lagi aku nk berikan tentang research aku yang tak siap-siap .....
2. Semalam, sempat layan aku layan shopping di bandar batu pahat, johor ...mak aii, MERIAH UOLLLSSSS!!! sana sini pasang lagu raya. Makcik-makcik sekalian berbondong2 berjoget bawa beg plastik selamat hari raya. Aku suspect dalam tu mesti langsir baru utk rumah mereka, tidak pun alas kusyen dan alas meja baru ....eeeiiii !!, panik pulak aku masa tu. Sampai sekarang takde pulak aku buat apa-apa persiapan. Lagu raya je aku sempat download.
3. Sorang Makcik depan aku ni, sekali dia bayar mak kau!! RM831.00 ...banyaknyer duit, berabis sakan nie... alhamdulillah, rezeki makcik memang murah. Kepada orang-orang yang kurang berkemampuan macam aku ni, nak antar buat jahit baju pun - mak temah, mak senah, mak yam dah tak mau terima tempahan dah banyak sangat katanyerr ... "mak tom ni jer dah antar 8 pasang nak, mak cik tak sempat nanti ..." tegas mak senah kepada ku.
Kepada yang nak jahit baju sendiri, boleh ambil contoh ini |
Akmal Adanan
0137793993
No comments:
Post a Comment