Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan di office: Hari ini 31.07.2012

Stresss ....muka jadi panjang !!!

1. Hari ini hari terakhir bulan Julai. Cepat sangat masa berlalu. Terima kasih pada kawan-kawan yg sudi mengucapkan "selamat hari lahir ke-29" pada aku last week. Terharu hati insan kecil ini menerima ucapan-ucapan berbaur kemanusiaan begitu. Tq!!

2. Esok masuk bulan Ogos, lagi cepat bulan berjalan, lagi cepat gaji masuk ...Ehh!! maksud aku lagi banyak dateline hampir, ada yang due date tugasan hampir tamat, dan tak kurang yg dah expired tak siap-siap. Apalah masalah aku tak dapat settlekan semuanya on time??

3. Hari ni hari loser aku, seharian di office tanpa sebarang outcome yg baik ...semuanya tak dapat dibuat dan dicapai. Semalam sambil menonton Malaysis vs Manchester City.... plan bukan main pelbagai-bagai. Nak buat buku lah, nak siapkan cerpen, tulis journal dan macam-macam, akhirnya ...kepala pening, susah nak tumpukan perhatian, semua aku simpan kemas dalam laci.

4. Aku rasa aku perlukan a good break ....

5. Kepala dan badan aku dah terlalu penat. Ketika orang lain cuti semester, berehat bersama keluarga, melancong ke luar negara, minum teh cameron dan tepuk amai amai ...aku di kampus, dengan pelbagai tanggungjawab. Buat masa sekarang, ada lebih kurang 8 - 9 position aku pegang ...habis semua keciciran.

Gambar2 di bawah gambar semasa menyiapkan video perjuangan Datuk Dr. Mizan ...

Dari kiri: Anwar Fahmi (Koordinator Korporat UiTM Melaka), En. Norazman (Timb. Rektor HEP Melaka),
Datuk Dr. Mizan (Rektor UiTM Melaka), Zainal (Pensyarah FSSR), & Aku
Tq iMac yang banyak membantu kami
Buat-buat sibuk jam 0345 pagi ...

6. Okay, sekarang jam 1707 hrs. Bulan Ramadhan ni selalunya semua dah balik sbb nak masak sediakan juadah berbuka di rumah. Untuk diriku, aku sambung kerja macam biasa, buat slides + planning etc sampai waktu berbuka. Aku ada standby air dalam office, so minum jer untuk batalkan puasa + solat. Dalam 2000 nanti baru keluar makan ....aku malas nak makan sesak-sesak dengan ramai orang dan tak suka makan tergesa-gesa.

* Tapi hari ni takde mood nak buat kerja, aku nak balik main PES !!!




Akmal Adanan
Life fr office, BT1.1, KPP3
0137793993

No comments: