Thursday, July 19, 2012

Dua tahun lalu ...

Di depan wad ICU, Hospital Muar

1. Tika dan saat ini, lebih kurang pukul 9.10 minit pagi, pada dua tahun yang lalu, mal, ami dan abang kamal, bersama imam daerah Muar sibuk menguruskan jenazah Arwah Abah di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Dua tahun yang lalu, di dalam bilik yang sangat sejuk itu, mal menangis teruk ketika memandikan arwah abah buat kali terakhir. Dua tahun yang lalu, mal betul-betul insaf tanpa bersedia, abah pergi meninggalkan mal selamanya ...Abah, kerana pemergian abah dua tahun yang lalu, segala-galanya telah berubah ...

2. Banyak soalan bermain di fikiran ... lebih kurang dua tahun lalu, kenapa mal tidak bertegas untuk buat dialisis utk abah? ...dua tahun lalu, kenapa mal tidak memikirkan tentang kebajikan abah? dua tahun lalu kenapa mal jarang bertanya apa perasaan abah? dua tahun lalu kenapa mal tak pernah bertanya, apa pendapat abah? dan dua tahun lalu kenapa mal tidak meluangkan masa mencari maklumat tentang pentingnya mengikut nasihat doktor untuk abah? ....



Bilik mayat, Hospital Muar

Kubur abah

3. Dua tahun sudah pun berlalu ...mal mohon maaf kepada abah kerana tidak mengambil berat tentang abah. Mal mohon maaf, mal gagal mencari jalan penyelesaian untuk penyakit abah. Mal mohon maaf kerana lalai menjaga abah ...Mal mohon maaf mal tidak meletakkan urusan keluarga pada kedudukan yg sepatutnya ...

4. Abah, mal tau ...mungkin abah berkecil hati bila mal jarang balik ke kampung, mal jarang bertanya kabar abah, mal tidak menjadi anak sulong yang baik utk abah. Mal sangat menyesal abah .... Sekarang abah telah pun selamat di sana ...mal tiada tempat untuk mengadu, mal teringin bertanya dengan abah tentang hal-hal kehidupan, mal teringin nak bawa abah jalan-jalan, Mal nak bawak abah naik kapal terbang, dan mal nk buat semua benda bersama-abah dan keluarga. Tapi mal tahu, semua itu tak akan berlaku. Setelah banyak perkara yang abah dah lakukan utk mal, mal tak sempat nak membalasnya ...

Mal minta maaf abah ....





* Abah pergi pada 19 Julai 2012/ 8.20 pagi
Related link (dua tahun lalu)

Abah 1, Abah 2, Abah 3, Abah 4, Abah 5, Link 2010


Akmal Adanan
0137793993
fr Hotel Ampang Point, Ampang, KL

1 comment:

bannie said...

La tahzan
Allah bersama hambanya g sbr dan redha:)
Sudah smpai waktu untuk arwah knjadi tetamuNya....al-fatihah
Bila kite terlalu merintih ..nanti takut kita ni seakan mempersoalkan kehendak Ilahi...takpe sir,be a good muskim,husband and citizen.:)
kebaikan akan selalu bersama anak yg baik kan?hihihi wassalam