Monday, May 27, 2013

Wan, Tenanglah di sana ...

1. Allahuakhbar...  besar sungguh kuasaMu Ya Allah. Semalam, 24hb Mei 2013, sejurus selepas aku & Jee melawat, tak lama selepas itu Wan dijemput menghadapMu Ya Allah... Tidak mampu utk hambaMu ini menolak segala ketentuanMu Ya Allah...

2. Ya Allah, Sesungguhnya.. sekecil-kecil liang lahat itu adalah sebesar-besar pengajaran bagi kami hambaMu yg masih hidup ini, Tinggallah segala perhiasan dunia yg penuh dgn keseronokkan dan tipu daya. Semoga menjadi peringatan kpd ku yg kerdil lg hina ini Ya Allah...

3. Ya Allah, Dengan segala kekuasaanMu... Engkau selamatkanlah rakan ku ini dari seksaan kuburMu Ya Allah, ko berikanlah segala rahmat kepada saudaraku ini.. Permudahkanlah segala urusan keluarga Allahyarham insyaallah...


Posted on:  25 Mei 2013


Melawat jenazah Wan ...

Pagi yang sungguh sayu ...Pt. Sulong

YB Zul, DUN Sri Medan dan rakan-rakan yang turut memberi penghormatan terakhir

Rayyan

Aku tak tau nak letak caption apa ..terlalu sedih masa ni

Abg Azmi (Along Arwah) menerangkan Rayyan (Anak Arwah)
sebelum jenazah dibawa ke Surau

Perjalanan terakhir Arwah dari rumah ..meninggalkan kesemuanya

Rayan yang mungkin masih belum mengerti

....

Wak Amir, (Ayah Arwah) yang aku anggap seperti Ayah aku sendiri

Rani, anak kedua Arwah

Jenazah Arwah disolatkan di Surau Al Mansur

Allahuakhbar ...

Sedang dikebumikan

Sekecil-kecil liang lahat inilah sebesar-besar peringatan
bagi kita yang masih hidup ini

Rakan-rakan yang sama membantu

Imam membacakan talkin kepada Arwah

Ini adalah masa yg paling sayu aku pernah dengar/lalui dalam
hidup aku ...Awin, harap tabah, percayalah pasti ada hikmah
di sebalik ujian ini

Apa pun, Wan, aku harap kau tenang di sana. Semua kawan kita dekat dan jauh balik ke kampung utk memberikan penghormatan pada kau. Pakcik-pakcik, makcik makcik, cikgu sekolah dan semua datang ...Sesungguhnya insan yang baik macam ko mmg akan sentiasa diiringi doa oleh sahabat handai & jiran-jiran kita ...Amin. Wan... Kau adalah seorang kawan yang banyak berjasa pada aku. Kita membesar bersama, main bersama, semuanya masih segar dalam ingatanku... Banyak aku terhutang budi pada kau. Insyaallah, mana yang aku boleh bantu aku akan bantu ....itu janji aku ...

Maafkan aku atas segala dosa yang dilakukan Wan ...


Aku & wife di sebelah pusara Arwah Ayah,
Adanan Selamat... Al-Fatihah


Akmal Adanan,
Photographer +6013.779.3993
Tanah Perkuburan Simpang 3, BP

Friday, May 24, 2013

Alternatives: Where to fix your mac?

As reference

Kalau Apple Care anda telah pun tamat, and you are worried of sending ur lappy to Apple Service Center (which is known well expensive), now you have other alternative..


Semoga membantu
Akmal Adanan

Tuesday, May 21, 2013

Wan ...be strong

Wan (berbaju biru)

Assalamualaikum.. rakan-rakan yang mengenali Azwan Amir.. (e-one) telah dimasukkan ke ICU sejak 15hb Mei 2013 lalu ...mohon semua kawan-kawan doakan supaya Wan kuat hadapi cabaran Allah ini. Ya Allah, sungguh besar ujianmu kepada kawan baik ku ini ..kau kurangkanlah deritanya Ya Allah ....

Masih aku ingat kita selalu bermain dari kecil lagi sampai sekarang ....nakal bersama, mandi parit bersama, panjat pokok, dan sebagainya ....click HERE

Azwan telah meninggal dunia jam 2005hrs, Jumaat, 24hb Mei 2013. Click HERE.


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Hidup ini & CDL Report

Tq Mdm Chew beri pinjam Laptop

Jadual hidup aku sgt busy walaupun cuti semester. Ada sikit relax tp busy mode. Susah aku nak terangkan.

Dah beberapa hari aku mengerjakan report exam ni. Sejak zaman aku pegang post sampai skrg dah tak pegang post aku paling tak berminat nak menghadap excel nie.... Tolong lah cepat siap. Chew tq also for the Chacos sebagai teman ...


Subway Sek. 7 Shah Alam


Lontong Klang Sek. 7 lama, Shah Alam


Last week kami-kami di Shah Alam sebab Ami Convo.. Tahniah!!

Tengok adik aku convo, teringat pulak zaman convo aku dulu2 ...rasa sangat berbangga apa yang diusahakan telah menjadi kenyataan.... Saja aku nak share gambar convo aku lama dulu ..ehehe. Gambar convo aku..click SINI

Rakan-rakan dalam 72nd UiTM Convocation 

Miss this moment so much!!! AhahahA!!!!

Sedang kita bersuka ria makan sedap-sedap, bercuti ...Kawan baik aku dari kecik lagi... Azwan Amir masih terlantar dI ICU... Last week aku sempat melawat, insyaallah aku datang lagi khamis nanti. Semoga Allah berinya kekuatan.. Amin

Akmal Adanan

Friday, May 3, 2013

JUDGING A PERSON

Gambar di atas: Untuk renungan kawan yang suka kata orang lain
 bangang, bodoh, cilaka, dan sebagainya

Hari ini 3hb Mei 2013, lusa adalah hari yang paling penting buat rakyat Malaysia... Pilihanraya Umum Malaysia ke-13, bagi memilih kerajaan Malaysia yang baru. Sepanjang 30 tahun hidup di bumi Malaysia ni, boleh aku simpulkan pilihanraya kali ni antara yang paling sengit ...Masing-masing ingin menegakkan ideologi parti mereka ...

Paling aku kesalkan, bangsa Melayu aku yang aku sayangi bercakaran sesama sendiri, mengherdik, memaki dan mengutuk lawan mereka. Seolah-olah mereka sahaja yang paling betul. Ke mana nilai sopan dan santun kita dalam hidup bermasyarakat? Entah laa ...Cuba lihat kembali Rukun negara ke-5 KESOPANAN & KESUSILAAN ...nampak gaya yang tu dah nampak rapuh. Bila rukun negara rapuh/ hancur, begitulah juga mungkin gambaran apa yang akan terjadi kepada negara kita ini ...

Siapa yang lebih kejam jika bukan kita sendiri yang membawa kepada huru hara dan kehancuran negara kita yang tercinta ....




Sudah-sudah la sibuk kita nak berjuang nak gila utk parti kita ...aku percaya, 90% pengundi dah decide apa nak pangkah nanti ...chill sudah. Mana tau masa nak mengundi beliau terdetik nak tukar undi lantak merekalah ...korang nak gila bergaduh, habuk pun takda ...yang kenyang orang tu jugak ...besok dah menang ade die ajak ko makan malam bersama perdana menteri ...atas anugerah "macai" terbaik tahun ini ....

Buat semua wakil rakyat yang bertanding ...bekerja lah dengan ikhlas. Aku tak suka YB yang mempunyai agenda lain dalam perjuangan. Usahla kamu bermegah2 dengan pangkat dan kedudukan bila menang nanti. Jadi orang yang berkualiti. Kalau menang nanti, selain kamu serve kepada rakyat ..Aku harap satu jer, SATU PADUKAN SEMULA RAKYAT MALAYSIA seperti 90'an dulu.

Jadikan rakyat Malaysia rakyat yang sentiasa besederhana ...bertolak ansur, & hormat menghormati.


#Reflex

020513

030513

Friends.. lets do this ...then only we can think
to change something in a bigger perspective




Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993