Monday, May 27, 2013

Wan, Tenanglah di sana ...

1. Allahuakhbar...  besar sungguh kuasaMu Ya Allah. Semalam, 24hb Mei 2013, sejurus selepas aku & Jee melawat, tak lama selepas itu Wan dijemput menghadapMu Ya Allah... Tidak mampu utk hambaMu ini menolak segala ketentuanMu Ya Allah...

2. Ya Allah, Sesungguhnya.. sekecil-kecil liang lahat itu adalah sebesar-besar pengajaran bagi kami hambaMu yg masih hidup ini, Tinggallah segala perhiasan dunia yg penuh dgn keseronokkan dan tipu daya. Semoga menjadi peringatan kpd ku yg kerdil lg hina ini Ya Allah...

3. Ya Allah, Dengan segala kekuasaanMu... Engkau selamatkanlah rakan ku ini dari seksaan kuburMu Ya Allah, ko berikanlah segala rahmat kepada saudaraku ini.. Permudahkanlah segala urusan keluarga Allahyarham insyaallah...


Posted on:  25 Mei 2013


Melawat jenazah Wan ...

Pagi yang sungguh sayu ...Pt. Sulong

YB Zul, DUN Sri Medan dan rakan-rakan yang turut memberi penghormatan terakhir

Rayyan

Aku tak tau nak letak caption apa ..terlalu sedih masa ni

Abg Azmi (Along Arwah) menerangkan Rayyan (Anak Arwah)
sebelum jenazah dibawa ke Surau

Perjalanan terakhir Arwah dari rumah ..meninggalkan kesemuanya

Rayan yang mungkin masih belum mengerti

....

Wak Amir, (Ayah Arwah) yang aku anggap seperti Ayah aku sendiri

Rani, anak kedua Arwah

Jenazah Arwah disolatkan di Surau Al Mansur

Allahuakhbar ...

Sedang dikebumikan

Sekecil-kecil liang lahat inilah sebesar-besar peringatan
bagi kita yang masih hidup ini

Rakan-rakan yang sama membantu

Imam membacakan talkin kepada Arwah

Ini adalah masa yg paling sayu aku pernah dengar/lalui dalam
hidup aku ...Awin, harap tabah, percayalah pasti ada hikmah
di sebalik ujian ini

Apa pun, Wan, aku harap kau tenang di sana. Semua kawan kita dekat dan jauh balik ke kampung utk memberikan penghormatan pada kau. Pakcik-pakcik, makcik makcik, cikgu sekolah dan semua datang ...Sesungguhnya insan yang baik macam ko mmg akan sentiasa diiringi doa oleh sahabat handai & jiran-jiran kita ...Amin. Wan... Kau adalah seorang kawan yang banyak berjasa pada aku. Kita membesar bersama, main bersama, semuanya masih segar dalam ingatanku... Banyak aku terhutang budi pada kau. Insyaallah, mana yang aku boleh bantu aku akan bantu ....itu janji aku ...

Maafkan aku atas segala dosa yang dilakukan Wan ...


Aku & wife di sebelah pusara Arwah Ayah,
Adanan Selamat... Al-Fatihah


Akmal Adanan,
Photographer +6013.779.3993
Tanah Perkuburan Simpang 3, BP

No comments: