Saturday, October 22, 2011

Pengalaman unik sbg Jurugambar

Gambar sekadar perhiasan. Recce track utk Jamboree bulan 12, 2011. Bersama juara bukit, Anwar dan Juara turun bukit, Sani. 46KM

1. Mari aku nak cerita sikit ...Smlm (21.10.2011) aku bertugas shoot pasangan bahagia bertunang di jajahan pokok mangga, melaka. Semuanya berjalan dengan lancar. Gambar yg aku nak pun sedap jer aku dpt. Petik-petik terus dapat compo yg best. Bersyukur aku senang bekerja hari itu.

2. Aksi terduduk, terbangun, baring + meniarap aku lakukan semata-mata utk mendptkan shoot dan angle terbaik punye. At last aku rasa mcm ada perasaan yang pelik berlaku pada diriku ini. Sejuk je rasanya bahagian peha aku yg sexy nie. Ya Allah, tanpa disangka, Seluar kegemaran aku koyak !!!

3. Agak-agak, Ko penah ada pengalaman nie tak? Pengurus hotel atau mekanik bengkel pun aku rasa tak boleh handle masalah nie. Gila panik aku rasa masa tu. Ko bayangkan la, macam mana aku nak teruskan kerja. Majlis dah berjalan nie. Nasib laa org Melaka suka berpantun, sempataku fikirkan jalan utk masalah nie. Tahap confident aku mmg betul2 merundum. Habislah ..Sapa yg nampak aku halalkan ..tp seriously benda ni jadi baru je bermula. Aku sampai hari ni berharap takde yg nampak.

***

4. Lepas aku berfikir cara terbaik dan option yang ada, aku telah buat keputusan yg sgt sukar. Banyangkan, di ruang tamu penuh makcik2 pakai baju lawa2 ..berlabuci pelbagai, tak kurang juga awek2 yang sopan dan ayu. Macam mana aku nak mintak bantuan? Orang-orang lelaki sibuk berbincang ...

5. Aku ketepikan malu, dengan selamba aku panggil sorang awek sebelah aku. Aku pun bisikkan pada die, "Awak, boleh saya pinjam kain pelekat? seluar saya terkoyat sebab tersangkut kayu tadi (alasan jer sebenarnya)" Klu okay boleh juga jadikan kawan sambil2 berkenalan. Tup tup die tanya mak die kuat-kuat, "Mak ..abg ni nak pinjam kain pelekat, ade tak?" Tersipu2 aku menahan malu.. tak kisah laaa...terus aku jadikan kain tu sbg samping ..

6. Ramai yang memuji tindakan pantas yang sgt terpuji itu. Aku pun balik dengan rasa bangga... Sekian.




Akmal Adanan
0137993993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

MIE said...

Bro...lepas ni aku akan bawak seluar & baju spare kalau ade job...^_^ pengalaman berharga nih

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Mie ...btol tu, aku pun belajar ..ko bayangkan la kalaukita pakai kemeja masa tu, nak sarung kain pelekat??

ahahahhaaa =D