Monday, October 31, 2011

My Lucky Day: Oct 08, 2011

1. Seumur hidup aku, memang tak selalu aku mendapat tuah. Nasib aku selalu tak baik ....terutamanya semasa menanti nombor aku dipanggil di majlis-majlis keramaian yang ada upacara cabutan bertuah. Walaupun hadiah berupa barangan elektrik Pensonic dan hamper makanan ringan Hup Seng dan Munchy's ...aku tetap sabar menanti dan pulang dengan perasaan hampa. Itu pasti ...

2. Selain daripada tuah memiliki sebuah Toyota SE yang banyak berjasa kepada aku, aku juga sangat berterima kasih dan bersyukur kerana diberi kesihatan dan kerjaya yang baik.



3. Korang pernah dengar pertandingan ni tak? - Celcom Talk-A-Thon ...kalau korang rasa korang tak pernah dengar, jangan rasa useless, hampa dan benci kepada diri sendiri. Sebab aku pun tak pernah dengar apa jadahnya acara ini.

4. Few weeks ago, semasa aku tidur-tidur ayam di waktu pejabat, ada pulak sorang awek ni call aku. Sedap jugak suara die. Tiba-tiba cakap "Tahniah, nombor En. Akmal terpilih sebagai pemenang Peraduan Talk-A-Thon!" Dengan nada serius aku sergah pemanggil itu "Sorry, saya tak minat nak menyertai sebarang pertandingan dari cik ..saya memang tidak berminat" Tegas aku dua kali.

5. Terima kasih pada cik (sorry tak ingat nama), sebab menenangkan aku ... (aku malas nak layan benda2 mengarut nie.. nasib baik perempuan yg call - pandai juga celcom ambil pekerja). Sebab pujuk rayu dia laa aku teruskan melayan dan melayan. Dia mintak nama penuh, dan segala particular celcom aku. Dia kata "En. Akmal boleh check nama encik sebagai pemenang di http://www.celcom.com.my/". Macam mimpi pulak, bidadari mana call aku bagi hadiah tengah2 panas nie ..



6. Apa pun, tadi aku check ..mmg aku tak bermimpi. Tuah aku semakin terserlah nampaknya. Jangan cuba suruh aku main nombor pulak lepas nie, berdosa tau.

7. Voucher akan siap anytime ...aku dah mula berfikir apa aku nak beli. Nak bagi mak ke adik2 ker sapa2 laaaa. Tak sia-sia aku bayar bill sampai 300++ sebulan (kadang-kadang). Banyak urusan perlu dilakukan, sbb tu telefon ni penting. Apa pun tq celcom yg tahu reward customer die. Tak macam sebuah lagi company ni. hehh hehhh ...






Akmal Adanan
0137793993

3 comments:

Acaii said...

Biar betul dapat RM5,000 mal??!!

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

betul laa acaii ...keh kehh kehhhh ...

rahmat said...

Patut la usha2 nk beli camera baru...wohoooo!!! tahniah! klu tau awal minta blanje makan besow...hahahaaa!!!