Sunday, January 20, 2013

JDT vs ATM

Edited by Jee
1. Tahun 2013 ni tiba-tiba semangat aku utk menyokong negeri Johor dalam sukan bola sepak meningkat ...lama rasanya tidak melihat Johor (samada Johor F.A atau Johor D.T.) Bersaing hebat dengan pasukan-pasukan lain. Bangga aku jadi warga Johor.

2. Malam itu, aku baru sampai dari Melaka (TD - 530pm). Penat jugak badan ..tp semangat punya pasal, aku gagahkan jugak ...aku sampai umah betul2 hampir maghrib. Lepas je maghrib, aku + wife terus keluar rumah dan park kereta di port biasa at Larkin Perdana. Terus jalan kaki 15-20 minutes ke stadium.

Keadaan di larkin Perdana
TMJ, Tengku Ismail di hadapan pintu masuk utama stadium, menunggu ketibaan Sultan Ibrahim
Tiket kami-kami
Berderau naik bulu roma saat menyanyikan lagu Negeri Johor beramai-ramai
Nampak kecik jer dari jauh
Comel budak tu duduk kat area tangga ..

3. Setiap kali ada perlawanan di Stadium Larkin, jalan sekitar Larkin mmg meriah. Heavy jam ...Mak cik pakcik, anak dara, anak-anak muda, dan kanak-kanak semua datang membanjiri stadium ...Masa aku lalu gerai jual makanan di luar stadium, ada makcik tu jerit "Mari-mari beli kopok Mat Yo satu!!! Sedap!" Ahahaha ....apa pun, mmg syiok ..masing-masing memakai jersey Johor. Aku belum sempat beli lagi ..tunggu murah sikit laa

4. Match mmg rancak ..masing-masing membuat serangan dan berbalas-balas antara satu sama lain. Safee Sali terlepas byk peluang. D'Guizza + Mat Yo score 1 gol. Akhirnya, 90 minit aku berdiri. Naik lenguh kaki. Bola punya pasal ....match malam tu seri 2-2. Aku puas hati ...dan mcm biasa jalan keluar stadium adalah antara yang aku tak suka nak lakukan ..sesak.

5. Itu citer jumaat malam ..hari sabtu aku sibuk pilih + edit gambo Sam and Emis. Upload dalam fb mereka. Malam terliur makan burger akibat cerita Majalah 3. Hari ni Ahad, aku dah berada di Batu Pahat. Esok patah semula Melaka sambung kerja ...



Akmal Adanan
0137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Attending AKPC 2012

Design alamak?
Gelap!
Pemandangan dari seat aku
Zam, Juan, & Kimi
Pinggan aku ..
Menang Juan malam nie
Makan sikit je malam nie

1. Pada suatu malam, aku menghadiri jemputan Anugerah Kelab & Persatuan Cemerlang, UiTM Melaka. Lama rasanya tak hadir majlis-majlis rasmi UiTM nie. Nampak susun atur dan layout Dewan Taming Sari disusun rapi seakan layout dinner di dewan-dewan hotel ...

2. Ramai rakan-rakan aku memenangi anugerah Kelab/ Persatuan cemerlang malam tu. Wana menang 2 anugerah sekali gus ...bagi kelab aku, tak banyak boleh aku banggakan sbb ahli kelab aku pun tak tau dah kat mana ...ahhahaa

3. Apa pun, sorry aku share story nie ...blog aku, suka hati akulah ewakakakaaa ...jap lagi aku share majlis sekitar reception Sam & Emis last week ...take care :)




Akmal Adanan
+6013.779.3993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 19, 2013

Susun file


Before

1. Tinggal di Melaka bersama kerja yang banyak membuatkan kepala aku selalu berserabut. Malam td aku sibuk menguruskan Dekstop aku yang penuh dengan kerja-kerja dan perkara penting untuk disusun dan diselenggarakan. Lama betul aku tak susun benda nie. Sepanjang malam aku defragment semula isi laptop aku ni. Terima kasih aku ucapkan kepada laptop Apple usang aku yang betul-betul berkhidmat utk rakyat. Gila, sampai free space tinggal 6GB aku belasah.

2. Lebih kurang 2-3 jam aku peruntukkan untuk menyusun semua perkara yang bersepah di dekstop ini. Selain itu, aku juga gigih membuat back up file-file gambar yang telah siap ke dalam 1TB Hard Disk aku di rumah.


After defragmentation

3. Inilah rupa dekstop aku yang siap dikemas ...yang lain, semua telah aku simpan mengikut perkara dan tema yang aku sorting sendiri. Selepas ini insyaallah akan memudahkan proses utk aku mencari file-file penting yg telah dan akan aku siapkan.



Signing off,
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
official website | http://www.akmaladanan.com/
facebook | http://www.facebook.com/akmaladanan
email address | akmaladanan@gmail.com
YM I akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog | http://akmaladanan.fotopages.com/ ________________________________________________________________________________________

Wednesday, January 16, 2013

Dapat telepon baru ..

NEC branded phone
1. Hari ini dalam sejarah ..office aku telah berjaya di'install' telefon baru. Alhamdulillah senang lah aku nak call rakan-rakan di sini atas urusan kerja. Terima kasih Hisyam yang datang sebentar td ...u r the best!!



Akmal Adanan
+60137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 14, 2013

Berfutsal with Part 5, FPHP

Oversized futsal player

1. Last time aku bersenam mungkin September tahun 2012 yang lepas. Kesalahan kelakuan tidak aktif bersukan ini aku tujukan kepada tiga ekor kucing yang selalu datang rumah dan mengiau, menyebabkan rumput rumah aku selalu panjang dan disaman penguatkuasa bandaraya alor gajah.

2. Oleh yang demikian, malam ni aku menerima cabaran Budris and the geng (Part5) utk pecahkan tradisi dengan tidak menghadap laptop menjadi jaguh keyboard setiap malam ...macam haram.

3. Okay, selain futsal .... aku terpanggil untuk share pendapat sikit. Memang celaka ...kebelakangan ini, aku bingit betul dengan fanatik-fanatik politik yang sibuk melalak update status di dalam facebook. Satu pihak kononnya merekalah sahaja yang Islam. Satu pihak lagi tak abes2 mintak rakyat bersyukur kerana pelbagai pertolongan & kononnya janji ditepati. Tak semena-mena nama Allah pun dipolitikkan sekali. Apa pendek akal semua Melayu di Malaysia ni ....

4. Kenapa suka sangat bergaduh dan berpecah belah? Apa dah jadi? ...cuba lihat di mana-mana, kalau surroundingnya ramai sangat org Melayu, mesti bermasalah ...hasad dengki, mengata di belakang, menunjuk2, sibuk hal orang lain dsbnya. Perangai mcm lahanat. Sebab tu aku kawen orang puteh.

5. Mana sopan santunnya kita orang Melayu? Mana kelembutan kita org Melayu? Cuba ko tenang sekejap, buang segala benci & hasad dengki dalam hati ... Kita ni tak habis-habis bercakaran, kaum-kaum lain relax jer bekerja dengan rajin seperti biasa dan berjaya menaikkan taraf ekonomi masing-masing. Apa yang kita dapat?

6. Ingat, kalau kawan-kawan yg suka sangat berpolitik tu, its okay ..berpolitiklah sampai mampus. Xde masalah. Cuma nasihat aku, Xpayah lah fanatik sangat tak tentu pasal jika perkara-perkara asas seperti tidak membuang sampah merata-rata dan tidak memotong barisan semasa memandu pun kamu tak dapat lakukan ..

Suasana futsal pada waktu malam

7. Okay enough ..let's talk about the futsal game played just now. The match is very amazing. We played a very fast game, with a lot of short passes, and tries. I fortunately managed to score 3 goals in my first game. Not bad for an amature player like me ...





Akmal Adanan
+60137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.