Thursday, March 28, 2013

Kayuhan Sempena Perasmian Taman Burung Melaka

1. Seperti yang aku katakan tempoh hari, kami dijemput khas sebagai sukarelawan untuk Acara Kayuhan Sihat & MTB Off Road Sempena Majlis Perasmian Taman Burung Melaka @ Taman Botani, Ayer Keroh. Kerjasama dari students degree in Tourism Kampus Bandaraya Melaka memang terbaik.

2. Pada kesempatan ini juga, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada Boss Tourism Malaysia Melaka, En. Jefri atas kepercayaan dan jemputan ini. Sesungguhnya ia satu pengalaman yang indah dapat bekerjasama dan menjalinkan hubungan antara Universiti dan Industri. Saya percaya ramai yang mendapat manfaat dari kerjasama ini ...terutamanya para pelajar. Ecehh, macam bagi ucapan pulak. Maih tengok gambar-gambar sekitar majlis ...




Kena bertugas pada hari kejadian
Bersama sebahagian geng kelab Cycle X


On road





Test panjat bukit sikit


Baru sampai


Muka penuh harapan ...tapi tak menang
Sekitar Upacara Ucapan sebelum perasmian Taman Burung Melaka

Arif test Zizan atas pentas!!!


Sempat bersama Zizan

Ucapan terima kasih


Me & Jee
The Volunteers!!!


Gambar sebagai hiasan. At Intekma Resort Shah Alam

3. Yang paling best, oleh kerana four wheel jeep tak sampai-sampai... kereta Ad Resort aku telah menjadi official Media Car utk kayuhan ini. Aku bawa 3 orang videographer + photographer duduk kat boot. Bukak pintu luas-luas dan Ng Yen Yen & Ali Rustam follow di belakang. Seronok jugak drive kereta di tengah-tengah jalan ...tak siapa marah.





Preparation, refer HERE



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Another Schedule ...

Picture for my reference purpose only

Sekarang musim exam di UiTM (Diploma), di seluruh Malaysia. Aku masih tak dapat cari masa nak siapkan perkara-perkara utk budak-budak nie. Isnin & Selasa habis digunakan utk LI Presentation. Rabu, aku uruskan volunteer, dan few more important things. I always move around, so by posting the schedule here hopefully will help me as a reference when needed.

Selamat maju jaya !!!



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Wednesday, March 27, 2013

Jumaat, 22.03.2013

I am very sorry my dear students

1. Dalam banyak-banyak Jumaat, hari Jumaat, 22hb Mac 2013 adalah antara Hari Jumaat yang paling sibuk pernah aku tempuhi. Hari Jumaat lalu, adalah sebuah Jumaat dengan 2 buah kelas part 2 (2B, dan 2C). Dalam baik-baik aku, sempat aku selitkan sebuah dua assignments untuk pedoman mereka nanti. Maklumlah, bila dah terlalu sibuk, mana-mana masa yang sempat aku akan selitkan untuk tugasan kumpulan untuk dinilai.

2. Kelas terakhir dalam sesebuah semester adalah salah satu kelas yang mengagumkan. Si lecturer yang kebiasaannya garang macam harimau akan tiba-tiba menjadi sang kancil, mengucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan akhir, juga tidak kurang ...menasihati pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh. Sang pelajar yang agak terperanjat dengan kejadian tersebut juga masing-masing memohon maaf atas keterlanjuran.


Customer Service Class - HM111 2B, Mac 2013

Group picture, Customer Service Class - HM111 (2C) Mac 2013

With some of the ladies

U guys again?

With 2C (Guys)

Hadiah fr Afiq Zakaria who just came back from Umrah



*** Later in the afternoon ***




3. Selain daripada peristiwa menyayat hati pada hari Jumaat yang panas itu, aku juga mempunyai agenda lain di sebelah petang. Sejurus selepas Solat Jumaat, aku bergegas ke Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka untuk membuat persiapan Majlis Kayuhan Sihat Bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam & Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen. Walau cuaca panas terik tetap aku gagahkan. Kami (20 orang) bertugas sebagai volunteer untuk event berkenaan.




With Alif Cycle X

Volunteers on duty

Volunteers on camera

Makan malam @ Seri Malaysia Hotel, Melaka

Our Room @ Kings Hotel/ Apartment Ayer Keroh

Our toilet @ Kings Hotel/ Apartment Ayer Keroh

Sebelum tidur di bilik yang selesa...
Kena check percaturan Volunteers utk event keesokkan harinya


The volunteers with En. Jefri, Pengarah Tourism Malaysia, Melaka


4. Apa pun, walau sibuk dan letih, aku sangat happy hari itu. Rasa sangat dihargai pada sebelah pagi. Petang jadi volunteer utk event. Malam dijamu makan at Seri Malaysia Hotel, Melaka. Dengar live performance ...makan sedap-sedap, jumpa second boss TM Johor, kawan2 TM Melaka, pelumba basikal negara. Jumpa dan buat networking dengan ramai kawan baru. Aku rasa aku sangat selesa dengan tugas outdoor dari buat kerja bawah bumbung nie .....ahahahaa

Nanti aku share gambar-gambar event pulak k.

The event, pls click HERE

* Mydin, MITC, waiting Jee




Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993 

Kereta: Gearbox Wira 1.5i

Model Wira 1.5i kebanggaan negara Malaysia

1. Hari ini mari aku kongsikan pengalaman aku selama 2 hari dalam bidang automotif ...

2. Lebih kurang 5-6 bulan lalu, Gear box kereta Wira 1.5i Jee dah menunjukkan tanda-tanda penuaan. Setiap pagi, bila enjin dihidup dan dipanaskan, still ....kereta sukar digerakkan oleh kerana gear auto yang tak mau gigit (pepatah orang putih) atau kata lainnya ...enjin dah mengaum, tetapi kereta masih tak bergerak dan berada di situ. Bunyi mengaum itu sungguh merdu, sebagai tanda bahawa sejumlah wang perlu diusahakan untuk membaik pulih kotak gear berkenaan.

3. Boleh dikatakan kebanyakan pemilik kenderaan akan berasa takut bila mendapat petanda Gear Box yang hampir rosak atau clutch yang haus dan sebagainya. Tapi jangan terlalu risau dan terburu-buru. Tidak semestinya jika kereta anda mempunyai tanda sebegini, anda perlu menukar model kereta lain seperti Peugeot, Wolkswagon mahupun Produa. Anda boleh simpan wang anda untuk hari tua ...


Kotak gear 3 kelajuan. Gear 1, Gear 2 dan gear 3

4. Setelah membuat perbincangan rapi dengan Sam (bukan nama sebenar)... akhirnya kami bersepakat utk membuat operasi pembedahan kotak gear berkenaan. Setelah dapat dibuka, aku berasa lega kerana keadaan yang berlaku hanyalah disebabkan ruang rongga gearbox berkenaan kotor dan sedikit tersumbat. Maklumlah kereta pun dah hampir 20 tahun usia. Sam memberitahu, percentage gearbox berkenaan adalah masih baik dalam 70%. Akan tetapi beliau menasihatkan untuk aku menyimpan sedikit wang utk aku tukar gearbox dalam 1 tahun - 1 tahun setengah akan datang.

Okay lah tu ....not bad

Ruangan enjin. Menjana 70 kuasa kuda

Dilengkapi Steering MOMO buatan Italy,
asalnya nak masuk Ad Resort  akan tetapi tak fit. Hampeh

5. Walaupun kereta agak berumur, aku sangat suka model Wira ni. Selesa dipandu. Tahan lasak. Almost free maintenance. Variety & affordable spare parts. Dan yang paling penting, air cond Wira ni memang terbaik. Tiada yang sebaik dan setanding di dalam kelas-nya ....

* Bought Sept 2011.10.jb
* Written @Mydin Ayer Keroh, waiting Jee



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Wednesday, March 20, 2013

RANGKUMAN.1st.QUARTER.2013

1. Macam biasa, kehidupan aku dan probably macam kawan-kawan yang lain.... kita jarang dapat relax-relax dan membuat perkara yang benar-benar kita teringin untuk lakukan. Diam tak diam we already on the third week of March 2013. Time is running very fast ....I dont know, whether I am too slow, or I just cannot coupe with all the responsibilities ....seriously.

2. Sekarang, keadaan agak sibuk. Banyak nak siapkan documentation, marking, key in system dan lain-lain perkara berkaitan peperiksaan. Selain itu, kerja-kerja impromtu suka menjengah tak kira masa. Macam wahyu, tiba-tiba sampai dan aku kena laksanakan secepat kilat. Pengsan ...

3. Perjanjian dgn wife utk siapkan album kawen style orang putih katanya juga gagal ....segala gambar masih kemas di dalam hard disk. Kawen pon dah setahun lebih nampaknya. Hobi berbasikal juga terawang-awang ....aku dapat rasa basikal aku naik berkarat tergantung kat rumah. Apa pun tak boleh. Last weekend (Saturday) bekerja, Ahad the whole day stayed in the office ..This week, saturday pagi aku involve event di Melaka, petang di Bakri, Muar... Ahad belum tahu.

4. Di bawah nie, macam foto summary apa yang telah berlaku sepanjang bulan Jan, Feb & Mac 2013. Macam-macam berlaku. Takziah atas kawan baik aku, Suhailyn & Suami yang kehilangan anak kecik Raisya (4 tahun) bulan lepas. Semua ini sebagai satu peringatan bagi kita yang masih diberi peluang hidup di muka bumi ini ...


Minat masak datang

Meeting with TNC PJI UiTM @ Dewan Senat, Bgnn Canceleri, Shah Alam (14 Mac 2013)
Sambil meeting sambil design poster for IDEX2013



Menu sarapan pagi

Ayam masak satay + tomato + saderi

Susah juga mengajar nombor-nombor ...

Tayangan filem TANDA PUTERA, KBM (16 Mac 2013)

Panel bidang terjun membincangkan Tayangan filem TANDA PUTERA, KBM (16 Mac 2013)


Marking in the making ...baru aku tahu perasaan mak aku selalu marah-marah kalau marking buku latihan matematik tingkatan 2

Rumah sewa pasang Astro sbb tak tahan dah 3 tahun tonton TV1 TV2 & TV3 sahaja. Installed 21st Feb 2013


Balik kampung, singgah JPO, makan free (voucher)


Sesi interview bersama pelajar Masscomm pagi tadi (20 Mac 2013). Hakim, Yannie, Yuha dan kawan2... sorry tak ingat nama pulak. Ini sesi interview ke 5 semester nie. Setiap semester dan setiap kali ada assignment interview, aku lah mangsanya.

Kelas ganti ...HM111 (3D)

Fam Trip: Johor Bahru Hosted by TM Melaka. Original Size, click HERE


Tasya patah kaki jatuh tangga ...kesian (and friends)



To do list harian yang perlu disiapkan (To do list 19 & 20 Mac 2013)


Membantu Tasya turun tangga


Last class with Hm111 (5A)


Tourism Geography Class with HM111.3D



Volunteerism. Refer HERE and HERE


5. Apa pun, aku bersyukur apas apa yang aku dapat sumbangkan dalam cara aku sendiri. Semoga segalanya dipermudahkan. Ini kali ke dua ratus lima belas aku tulis dalam blog, aku nak kembali aktif dalam fotografi ...aku perlu lakukan apa yang aku suka supaya aku lebih happy ...my target this 2nd quarter is to commit at least 3 assignments for the beginning. Aku kena kurangkan apa yang perlu ....lebihkan mana yang beri much advantages ... doakan aku kawan-kawan ...



Quotes

Regards,
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993