Tuesday, August 7, 2012

Orang Malaysia & Barang Free

1. Esok dengar cerita Baskin Robin Ice Cream akan bagi ais krim percuma walaupun DLCW kalah dalam final match Badminton Olympic 2012 - London minggu lepas ...

2. Rakyat Malaysia seperti yang aku tahu memang paling gemar barang-barang percuma ni... sebut sahaja subsidi, pertolongan, bantuan rakyat dan pelbagai lagi. Berduyun-duyun laa manusia beratur untuk dapatkan barang-barang tersebut.


Tak pasti betul atau tidak berita ni

3. Entah kenapa, kita terlalu dimomokkan dengan perkara yang free ..perkara yang menyenangkan hidup ....contoh: atlet sukan, belum sampai London lagi, pelbagai hadiah sudah dijanjikan ....pelajar, belum bukak buku pun lagi parents akan cakap "Ko dapat 5A UPSR nanti Aiman, Abah belikan kau kereta Toyota" ....tak kurang juga, orang lain dapat emas, orang lain makan ais krim percuma ekekekke (tp elok juga tu)

4. Pada aku, memang laa bagus insentif ini diberikan sebagai pemangkin, tapi, jangan lah terlalu banyak ....nanti kita terlalu biasa, pemberian itu pun tidak lagi exclusive dan tidak akan dihargai. Aku lebih suka orang-orang yang bekerja keras untuk mendapat apa yang dihajati ....bukan hanya menunggu benda yang mudah.

Esok kalau betul apa yang dikatakan ....apa expectation u all semua?






* Nasib BR tidak offer free ice cream for China.


Akmal Adanan
In the office/ siapkan quiz htt160
0137793993



No comments: