Monday, August 6, 2012

DLCW vs Rakyat Malaysia



1. Malam semalam, aku frust betul, tak dapat menghayati perlawanan akhir Single Badminton Olympic 2012, London antara Lee Chong Wei & Lin Dan. Aku tolong adik aku Sam di JB yang patah kaki akibat kemalangan motor beberapa hari sebelumnya.

2. Ya Allah, sekelip mata sahaja.... bila nikmat kita ditarik, ianya sangat berat untuk mereka yang merasainya. Bagi aku, terima kasih Allah memberi aku nikmat kesihatan tubuh badan dan segalanya... sangat-sangat tidak terkira anugerah ini.





3. Sibuk-sibuk pun aku buka simen Sam, sempat juga menjeling-jeling tv. Memang sengit perlawanan dua seteru ini. Memang ada kelas ...fight and mendebarkan.

4. Dipendekkan cerita, DLCW kalah sekali lagi dalam match malam tadi ...Memang kesal, tak dapat makan ais krim BR... ahahaha ...bagi aku, tiada apa perlu DLCW sedihkan, malahan, kami seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kekalahan ini ...beliau dah cuba sebaik yang mungkin. Performance dan semangat juang DLCW sangatlah baik. Apa ertinya menang/ kalah hanya dengan perbezaan 1-2 mata?

5. Orang-orang politik juga sama-sama memberikan komen dalam tweeter masing-masing. Ada yang baik, dan ada yang buruknya komen-komen mereka ini ...come on ...politician, pls be matured. Aku juga setuju dalam nada tidak bersetuju.




6. Dato Seri Najib, saya sedikit bersetuju dengan statement Manoharan supaya jangan kita selalu beri ganjaran wang ringgit berjuta kpd atlet sukan etc. Rakyat seperti kami yang lain juga sama seperti atlet di London sekarang. Kami bekerja juga untuk negara. Cuma kerja petani atau pemandu bas ni kadang-kadang susah sikit nak menaikkan nama negara. Yet, they are as important as having all the medals in the world.

* Mainstream media ..tajuk anda ini kurang sensitif okay.



Manoharan, pula ...walaupun aku setuju dengan kamu, saya rasa ur choices of word are VERY BAD for a person called Yang Berhormat ..pls tunjukkan patriotisme sedikit bila berkata-kata. Politik letak tepi laa YB.



Aku tersentuh membaca statement dari fb fans Lin Dan

7. Hari ni sahaja, banyak waktu bekerja dibuang utk ruangan komen tweeter + facebook dan lain-lain ...apa pun, yang sudah tu sudah laa, nak lawan statement apa lagi? Itulah rakyat Malaysia, komen memang senang, main net silaplah, tak bagi bola pantaslah, bulu tangkis buatan chinalah, lantai licinlah .....awak kat rumah setakat menjertit-jerit, elok cermin diri sendiri.




....apa pun, kalau nk tengok apa respon DLCW, boleh lihat di bawah:



















Akmal Adanan
0137793993

No comments: