Monday, May 21, 2012

Cycling: Taman Merdeka & Dataran Johor Baharu


Basikal ni kurang serasi dengan aku
1. Last Sunday, saja jalan2 jumpe Jee di JB. Plan nak kayuh di Taman Merdeka sahaja. Tp ramai sungguh manusia di JB ni sgt mementingkan kesihatan. Seawal 7am lagi dah penuh taman. Aku pun susah nk mencapai kelajuan maksimum basikal aku.. sama seperti Jee.

2. Akhirnya kami buat keputusan nak jalan jauh sikit. Selapas 2-3 round di taman Merdeka, kami pun kayuh keluar dari situ. Plan nak ke Danga Bay, lalu Pantai Lido ..bestnyer. Tapi nk fikir nanti nk patah balik jauh sangat terus patah ke Dataran JB. Sebelum tu singgah 7eleven sebab haus kononnya. Beli 2 tin Milo Ais dengan harapan dapat mengurangkan haus. Sampai je dataran, tengok punya tengok, ade Children Charity Run dengan kehadiran Kelab Mini Cooper. Siap ade lori Milo percuma lagi ....hampeh, kalau tau tak laa aku beli tadi.

Silap exposure ni...
Minat betul aku dengan kereta ni
Sapa ade Mini nak jual??
** no caption **
Maskot MB ....tetap nak bagi aku belon, walau berkali2 aku mintak ayam goreng
Jarak pagi itu ....dekat jer

3. Takpe lahh .... lebih menarik lagi, kami sempat berjumpa dengan Tunku Aminah Maimunah, Puteri Sultan Ibrahim yang merasmikan event berkenaan ...selepas mintak izin, dapat jugak bergambar bersama Jaguar Tunku ....perghh, rasa bangga!

4. Okay ..itu saje aktiviti hujung minggu aku. Seronok juga rasanya dapat beriadah, berpeluh ...relax sikit kepala. Nak cerita pasal kerja, sampai bila pun tak abis. Jadi aku buat keputusan kerja tu aku buat sambil-sambil. Tp, cerita tentang riadah mesti dilakukan. At least dapat jugak kuatkan jantung, kardivaskular, kurangkan stress, melancarkan pengaliran darah, mengurang kan tenaga berlebihan dan sebagainya.


Kalau dapat drive balik kampung, mesti orang kampung sanjung aku tinggi

Sekian, terima kasih.




Akmal Adanan
0137793993

No comments: