Thursday, September 22, 2011

Maafkan daku

Terimalah ....Kisah hidupku.
Gambar Hiasan: Outdoor Hazreeq & Maz | Gambar lama di daerah Batu Pahat, Johor [FEB2011] aku shoot utk abg mat fb (Rahmat Ali). Lain-lain gambar aku share kemudian, pasal aku tak cukup masa buat masa nie. TQ pada yang sudi datang menonton =D

1. Hari ini dalam sejarah. Setelah 10 tahun berbakti kepada aku, perit dan jerih kami bersama, makan bersama, shopping bersama, dating juga bersama ....akhirnya hari ini kami secara rasminya berpisah. Itulah dia kehidupan. Setiap yang bermula pasti akan berakhir ..

2. Masih ku ingat lagi, bulan Mei 2001, semasa aku ditawarkan ke menara gading, melangkah ke Universiti Teknologi MARA, Melaka ...kau lah yang datang dan bersusah payah memberi ku semangat, harapan dan duit perbelanjaan. Kau selalu menolongku di saat aku memerlukan, dan di saat ku kesepian. Kaulah yang selalu ada bila ku kesusahan. Sesungguhnya, segala jasamu takkan dapat ku lupakan. Tapi malang ...setelah ku berpindah ke Shah Alam, segala janji ku padamu ku lupakan ...maafkan abang syg...

3. Kau sungguh kejam ..keranamu aku dipanggil ke mahkamah. Ya Allah!! bukan main kasar lagi balasan yang kau berikan ...inikah yang dinamakan cinta??

4. Tp aku sedar, aku jugalah yang memulakan segalanya ...jauh di sudut hati, aku tak bermaksud untuk berbuat begitu ...Sehingga kini aku amat menyesali segala perlakuanku .. sekali lagi, maafkan abg sayang ...









Akmal Adanan
0137793993
(Bayarlah hutang PTPTN anda)

1 comment:

pikah said...

poyo ye ko abg! hehe....