Friday, September 9, 2011

Kumpulan Kompang Warisan Batu 19


1. Kalau datang orang kawen kat negeri Johor memang meriah dengan ritual-ritual/aktiviti kebudayaan-nya ...Kalau tak dgr kompang dan jidur pada aku macam makan nasi tak minum air sirap limau. Itu belum kira kena bayar tol yang sangat menakutkan pengantin-pengantin dan pengapit pihak lelaki. Aku suka sangat tengok budaya yang baik ini diteruskan ...harap kawan-kawan semua sama-sama suka dengan aku.

2. Izinkan aku menulis tentang artikel terbaru berkenaan kompang nie. Dipendekkan cerita, Abg. Din salah sorang pemain/ ketua Kumpulan Kompang Warisan 19, Air Hitam telefon aku raya ke 4 lepas utk shoot gambar mereka balun kompang td. Tanpa membuang masa, aku pun bergegas menjalankan tanggungjawab ini.



3. Seriously, aku juga seorang pemain kompang yang berjaya satu masa dahulu, main lagu Zapin, Kacang Goreng, Enjit-enjit semut semua relax jer. Tak de tersilap pun. Kalau sekarang jangan laaa, mahu sumbang pukulan mereka nanti.

4. Kumpulan Kompang Warisan 19, Air Hitam ni mmg laa best pukulannya. TERBAIK, sampai ke dalam boleh rasa. Pengantin yang tengah bersanding pun siap turun dan mendengar bersama-sama. Jadi ..orang-orang yang ingin mendirikan rumahtangga dan inginkan kemeriahan majlis yang berkesan, mereka sanggup merantau ke mana-mana.

Boleh call, 014-775 3653 Abg Din.


5. Gambar kat bawah ni jual Samosa ..sejak kecil lagi masa ramadhan Arwah abah mesti belikan kami adik beradik samosa nie. Dulu yang jual ayah Abg Din, Wak Samad nama die, dah lebih 30 tahun jual samosa. Bayangkanlah bagaimana kesedapannya ...Malam ni aku ade dinner DTM kat Equatorial Hotel, MELAKA. Jom makan!!!




Akmal Adanan
0137793993

No comments: