Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadhan 1432H/2011M

A Palestinian Muslim man reads from the Quran, Islam's holy book, on "fajr" or early morning prayer, during Ramadan at a mosque in the West Bank city of Ramallah on Tuesday, Aug. 17, 2010. (AP Photo/Muhammed Muheisen) # Source HERE

1. Alhamdulillah, bulan yang penuh rahmat, bulan yang ditunggu-tunggu ...Bulan Ramadhan telah pun kembali. Bulan untuk semua muslimin dan muslimat memperbanyakkan ibadah dengan pahala yang berlipat kali ganda. (Amacam, ade gaya macam ustaz-ustaz memberi tazkirah di mimbar masjid tak?). Setakat ni dah 3 hari Ramadhan berlalu. Sepuluh peratus (10%) ibadah puasa di bulan Ramadhan berjaya aku tunaikan. Semoga diberi kesihatan untuk aku menikmati bulan yang mulia ini. Amin.

2. Ramai antara kawan-kawan aku fb/sms/bbm/whatsapps mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Kepada yang sempat aku balas harap kamu terima ucapan balas aku dengan seadanya. Mana yang aku tak balas, mungkin aku terlepas pandang di mana-mana sudut. Maaf dipinta.

3. Jadi sebagai umat Islam yang baik, aku merasakan tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa ...ingat, bulan Ramadhan ini bukan pesta makanan. Jangan membazir, jangan makan banyak-banyak. Juga, jangan bawa kereta laju-laju, jangan susahkan hidup kawan-kawan dan sesiapa yang ada disekeliling kita. Banyakkan bertolak ansur dalam hidup ..insyaallah hidup kita akan dipermudahkan ....





Signing off,
Akmal Adanan
Intekma 0110Hrs

No comments: