Gambar bukan gambar sebenar/ AkmalAdanan
Tunggu novel terbaru dari saya, Akmal Adanan pada 31 August 2011 ini dengan tajuk: "Perangai seperti sepasang selipar". Harga permulaan RM100.00. Tawaran hanya kepada 100 copy pertama sahaja. Copy ke seterusnya akan menjadi lebih mahal iaitu RM1000.00. Baik bertindak cepat sementara stok masih ada.
***
1. Salam Ramadhan, sambil aku duduk di pangkin hisap rokok sepam dua sekejap tadi... dengan tekun aku terbaca beberapa status update kawan-kawan di laman facebook. Macam-macam juga yang disuarakan oleh mereka. Ada yang berkenaan pemberian Setengah bulan Gaji / Minimum RM500 BONUS kakitangan kerajaan, memberitahu di mana mereka berbuka puasa, mengajak bersembahyang terawih, dan tak kurang yang memaki hamun bergaduh dengan rakan-rakan sebaya.
2. Secara keseluruhannya ...Aku bangga rakyat Malaysia sekarang yang nampak lebih vokal, mempunyai daya analisa yang sangat tinggi dan berkebolehan mengutuk orang lain sesuka hati. Tapi sayang, kadang-kadang komen-komen mereka itu menunjukkan sedikit sebanyak kebodohan diri mereka sendiri. Komen di sana dan sini... itu memang kepakaran orang kita. Boleh dikatakan semuanya tak betul. Yang betul hanyalah diri mereka sahaja. (Aku juga mengingatkan diri aku sendiri).
3. Aku rindu zaman kanak-kanak/remaja 10-15 tahun yang dulu. Kalau aku tak puas hati dengan kawan aku kat sekolah atau tempat sepermainan. Aku akan jumpa depan-depan dan cakap secara face to face. Kalau aku rasa kawan tu layak mendapat penghinaan... memang aku maki dia kat situ jugak! Biasanya, kalau aku kalah main guli, aku curi guli dia dan lari balik rumah sambil menangis memikirkan abes setin guli yang aku beli semalam. Itu baru laa hidup yang sebenar. Kalau setakat terer memaki orang di laman sosial, kutuk orang sana sini, aku mintak maaf sebab aku tak rasa korang hebat sangat pun.
Cilaka jam dah pukul 3.11 pagi ..(maki diriku ...lalu terus bersiap ke kamar tidur).
Kerja aku satu pun tak settle dari tadi. Mana rokok gua tadi, gua nak sambung hisap mcm brader-brader kat Simpang Lendu ....
Akmal Adanan
Tengah buat album ..
3 comments:
Merokok membahayakan kesihatan....
Merokok membahayakan kesihatan
saya memain jer ..tak merokok pon akceli .. =D
Post a Comment