Tuesday, July 19, 2011

Setahun sudah berlalu

Di Wad kecemasan Batu Pahat, Johor

Setahun lepas, 19 Julai 2010, 4.30 pagi; aku bersama mak dan adik-beradik berada di dalam CCU Hospital Muar menghadap Abah sebelum Abah pergi selama-lamanya. Blood pressure Abah terus turun sehingga abah pergi selamanya pada 8.15 minit pagi. Ya Allah, sungguh besar kuasaMu menghidupkan dan memanggil makhlukMu kembali.

Terlalu cepat masa berlalu, dah setahun Abah tinggalkan Mal. Semuanya tak sama seperti dulu. Kehidupan kita adik beradik dan Mak terasa kosong.. Mal tak ada tempat utk merujuk, bertanya pendapat dan berkongsi dari Abah. Sesekali Mal ada datang melawat Abah di kubur. Sedih sbb tak dapat salam dan cium tangan Abah macam selalu. Apa nak buat dah itu suratanNya. Mal harap Abah sentiasa aman di sana.

Betul kata orang, kita akan lebih menghargai sesorang itu apabila kita kehilangannya ..


Semoga Abah bahagia di sana.. Amin



Akmal Adanan
Kg. Gajah, Perak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: