Monday, February 7, 2011

Photoshoot: Yut & Fizah

Yut bersama isteri, Hafizah, Muar, Johor/ akmaladanan

1. Aku perhatikan diri aku sendiri semakin lama semakin jarang update blog aku nie ...Secara ikhlasnya, Aku cuba juga menyalahkan jiran, tetamu, rakan sekerja juga kawan-kawan yang membuatkan aku sibuk. Akan tetapi, kesalahan itu akhirnya berbalik pada diri aku sendiri. Ape laa nak jadi... Xpandai-pandai aku nak susun masa sendiri.

2. Aku juga sedar, mungkin lama-kelamaan kamu semua menjadi bosan membaca penulisan dalam blog aku ni. Aku tak akan salahkan kamu semua, jangan risau. Pertama sebab tiada gambar-gambar baru aku kongsikan akhir2 ni. Kedua, mungkin sebab cerita-cerita aku hanya berkisar tentang kehidupan aku sendiri. Ada juga usaha nak bercerita tentang pakcik atau makcik aku.. sayangnya aku pun tak tahu apa yg mereka buat ..ekekeke

3. Berbalik kepada tajuk di atas, aku share dulu sekeping gambar yang direkodkan akhir 2010 dulu ...wedding salah seorang kawan baik aku di UiTM Melaka dulu, Yut. Bilik beliau telah beberapa kali memenangi anugerah dalam pertandingan bilik di Blog Nadim semasa kami belajar dulu. Pelbagai hadiah telah dirangkul antaranya, penyapu, bakul sampah dan pengelap cermin tingkap. Aku selalu berasa bangga dengan kawan-kawan aku ni sebab bilik yg kami selalu lepak bersama itu memenangi anugerah "Bilik Terkotor Blog Nadim" 2 semester berturut2 ...ekekee Sorry yut, aku kongsi kat sini ..

4. Yut pun dah selamat berkahwin, alhamdulillah ....Sbg kawan aku doakan ko and isteri sentiasa bahagia selalu ... Thanks Yut!!






Akmal Adanan
0127655165

No comments: