Sunday, February 20, 2011

Napie Moksin

Bercerita tentang PELANGGAN dan JURUGAMBAR

Kali ni aku nak share artikel yg ditulis salah sorang kawan lama aku, Napie berkenaan fotografi. Kepada yang ingin membacanya, aku bagi amaran, artikel ni panjang. Kalau ade kat opis tu, pastikan bos tak lalu depan komputer. Kalau jam kat opis menunjukkan pukul 4.45pm, tutup je laaa pc tu, takut tak sempat nak abeskan. Aku pun nk menulis panjang. Tp takpe laa u guys baca dulu, byk point yg bagus kat sini ...enjoy!! Kalau nak kenal Napie, click SINI.



Salam Sejahtera,

Semalam saya telah berkongsi berkenaan kes-kes yg telah berlaku diantara customer dan jurugambar.Sebenarnya kes begini telah banyak berlaku sejak dari saya belum libatkan diri dlm fotografi lagi.Ini belum lagi ditambah kes jurugambar yang caj murah yang saya rasa anda semua maklum tiada penghujungnya.

Segala apa yg saya ingin kongsikan disini hanyalah pendapat peribadi saya, samada anda setuju atau membangkang itu pendapat peribadi anda dan saya hormatinya.Diam tak diam rupanya sudah 4 tahun saya melibatkan diri dlm fotografi dan saya bukan hanya belajar tentang pengetahuan fotografi tetapi pada masa yg sama saya telah membuat ala-ala R&D tentang dunia fotografi antaranya sifat dan sikap,budaya bermusim dan terikut-ikut dan lain2 lagi.Perkara yg ingin saya tekankan disini adalah khas untuk golongan pelanggan dan jurugambar.Saya harap anda dapat membacanya dengan sabar kerana luahan yang agak panjang.

Pelanggan

1. ‘Customer always right’ biasa kita dengar kan? Jika benar anda dipihak yg benar mengapa masih terjadi isu-isu ketidakpuasan hati pada jurugambar?.Tidakkah anda tiada kemampuan utk bertanyakan pada diri anda sendiri mengapa ini terjadi dan siapa yang harus dipersalahkan?Dimana sahaja di bumi yang diduduki oleh manusia ini terdapat 3 golongan iaitu kurang berkemampuan,berkemampuan dan terlebih berkemampuan.Dan diantara 3 golongan ini ada bermacam2 sifat dan sikap.Ada orang yg kurang berkemampuan tetapi ia berusaha utk mendapatkan apa yg diinginkan supaya kelak ia akan berpuas hati dari sakit hati.Ada org yg kurang berkemampuan tetapi ia sedar akan kekurangannya.Ada orang berkemampuan tetapi dia buat-buat tak berkemampuan atau berkemampuan tapi dia seorang ‘Haji Bakhil’.Dan ada orang terlebih kemampuan juga buat-buat tak berkemampuan dan mungkin juga seorang ‘Haji Bakhil’.Secara umum,tidak kira diperingkat kemampuan mana pun anda,anda akan lebih cenderung ke arah perkara yg disukai.Sebagai cth; saya ambil dalam persekitaran perkahwinan.Anda lebih suka dan tak kisah mengeluarkan belanja yg lebih untuk decoration cthnya,makeup atau baju supaya persekitaran majlis sekali seumur hidup dan anda tampak cantik, sekaligus hati anda akan merasa puas tetapi anda kurang suka mengeluarkan belanja lebih utk perkara yg kurang anda sukai spt fotografi cthnya atau videografi atau lain2.Jika anda TAK KISAH membelanjakan lebih untuk baju yang berharga RM15K tetapi anda KISAH jika membelanjakan utk fotografi/videografi sebanyak RM1K.Dan jika anda tergolong dalam kurang berkemampuan,dalam hal-hal yg menjadi kesukaan anda, tidak mustahil anda mampu memakai baju berharga RM15K tadi.Ye,mungkin anda akan berkata ‘Eh suka hati aku lah duit aku’ tetapi anda juga perlu berkata ‘Padan muka akulah’ jika ada perkara yg tidak memuaskan hati anda berlaku.

Sebenarnya dalam hal berurusan dengan perniagaan yang melibatkan ‘services’ ni, mudah sahaja ‘YOU GET WHAT YOU PAY’…BMW harga RM500K so bayar saja lor if nak kereta baik punya dan selesa!

Anda lebih sanggup mengeluarkan belanja tinggi utk mendapatkan segalanya yg terbaik dan tercantik tetapi anda lupa yg semua itu hanyalah bersifat sementara dan hanya utk beberapa jam sahaja.Jika tarikh anda berkahwin 11 NOV 2011,maka segala yg terbaik dan tercantik itu hanya pada 11 NOV 2011.Tetapi gambar, hingga 11 NOV 2040 masih lagi kekal.Anda tidak sanggup mengeluarkan belanja utk fotografi/videografi yg mana akan menjadi kenangan selama-lamanya.Bila anak anda berkahwin mereka dapat menunjukkan gambar perkahwinan itu kepada anaknya.Inilah arwah datok dan nenek masa kawin dulu2.Dan harga baju nenek ni RM15K..Bolehkah mereka menunjukkan decoration yg anda rasa hebat tadi,makeup yg hebat,baju yg hebat dan segala yg hebat kpd cucu-cucu anda?Hanya gambar yg dirakam oleh jurugambar sahajalah yg dapat menunjukkan semua itu.

2. Memilih siapa jurugambar/videografer anda sememangnya hak anda sebab duit anda kan :) dan mengikut bajet tapi mengapa tidak anda siasat atau melihat hasil kerjanya terlebih dahulu.Adakah benar si jurugambar menunjukkan hasil kerja sendiri atau menggunakan hasil kerja org lain.Dan adalah lebih baik dan selamat anda berurusan dengan yg mempunyai ‘black and white’ yg SAH ditandatangan, bukan cakap-cakap mulut sahaja tidak kiralah service mereka murah atau mahal.Jika apa-apa berlaku dikemudian hari, andalah yg akan menanggung kesusahan kerana ‘deal’ cakap-cakap mulut senang diputar belitkan jika si jurugambar pakar dalam putarbelit.Bawa naik mahkamah pun tak layan beb.Sekali dah bayar deposit or bayar full tiba-tiba jurugambar tu lari..ternganga kan?Di zaman ni harus berhati-hati bila berurusan kerana ramai yang kaki penipu.Itu jika berurusan dengan jurugambar yg tidak anda kenali,bagaimana pula jika berurusan dengan jurugambar yang terdiri dari ahli keluarga,saudara mara atau rakan taulan anda? Mahukah disebabkan nak ‘save’ bajet atau perasaan ‘nak jaga hati’ yg akhirnya akan membuatkan anda yg sakit hati.Beb, if ahli keluarga,saudara mara or rakan taulan buatkan kita sakit hati apa kes? So if dah sakit hati tu anda perlulah salahkan diri anda sendiri.Bila dah sakit hati macam-macam boleh jadi.Putus keluarga dan putus sahabat atau saling tak tegur sapa.Dah la gambar tidak memuaskan hati anda ditambah lagi dengan hubungan yang renggang.2 in 1 mahukah anda?Dan mungkin juga menyebabkan perselisihan faham antara anda suami isteri.'Tulah dulu u yg nak dia jadi jurugambar kita kan?Eh kenapa salahkan i,kenapa u setuju dulu?..dah gaduh plak baru jer kawen kan.Sikap anda yg mencari jurugambar ‘last-last minute’ juga sudah tentunya agak tergesa-gesa dan akhirnya mengecewakan.

3. ‘Ala ambik gambar je takkan nak caj mahal-mahal’ ayat biasa yg didengari oleh jurugambar.Anda juga mungkin pernah memikirkan bayar seorang jurugambar dengan mahal yang akhirnya produk yg anda dapat hanyalah 2-3 buah album atau hanya sekeping DVD.Macam tak berbaloi je kan?

MENUJU KE LOKASI - Kos minyak dan tol perjalanan berulang-alik ke lokasi harus diambil kira.Jika satu majlis dibuat dalam satu hari,maka untuk dua majlis jurugambar perlu berulang-alik sebanyak 2 kali.

SHOOTING - Seorang jurugambar professional, kepakaran dan tugasnya adalah ‘membuat gambar’ bukan mengambil gambar.Jika mengambil gambar budak berumur 10 tahun pun pandai ambil gambar.Apa susah, tekan button shutter kamera je kan.Nanti keluarlah gambar.Jurugambar yang ‘membuat gambar’ dengan jurugambar yang ‘mengambil gambar’ perbezaannya adalah pengetahuan dan bakat seni semulajadi yang telah ada dalam dirinya.Jurugambar yg ‘membuat gambar’ adalah jurugambar yg menekan button kamera dengan ilmu pengetahuan beserta bakatnya dan jurugambar yg ‘mengambil gambar’ adalah jurugambar yg menekan button shutter tanpa pengetahuan dan kadang-kadang disebabkan mereka mempunyai kemampuan,mereka mampu memiliki peralatan kamera yg canggih.Siapakah jurugambar professional?Mereka adalah seorang jurugambar yg mempunyai mata yg sgt tajam,peka kepada keadaan persekitaran dan mereka mampu ‘visualize’ didalam hati mereka sebelum diterjemahkan menerusi kamera juga kepakaran mereka dalam hal penyuntingan gambar.Bukan kecanggihan kameranya.Bagaimana mereka jadi begitu?Kerana mempunyai pengetahuan yg telah mereka belajar dari awal penglibatan dan sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit serta masa untuk menghadiri seminar,bengkel,membeli peralatan dan sebagainya ditambah dengan bakat semulajadi.Jadi untuk tujuan apapun anda menggunakan service professional nya,anda telah membayar PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, BAKAT(Kreativiti) dan PENAT LELAHNYA.Tak kiralah jika anda menyuruh dia merakam gambar semut sekalipun.

Pernah tak anda memikirkan penat lelah kerja mereka?Mungkin ada yg pernah dan lebih ramai tak endah.Dalam wedding cthnya; dikala anda meraikan hari bahagia dengan keseronokan dan gelak ketawa disamping family,saudara dan rakan taulan, di kala itulah si jurugambar akan bertungkus lumus memerah otak sambil berjalan ke sana dan kemari hingga longlai kepala lutut utk mencari sudut terbaik bagi memastikan hasilnya nanti akan memuaskan hati anda.Bayangkan mereka kesana kemari berjalan selama 4-5 jam dan itu belum ditambah dengan masa merakam persiapan anda.Bukankah mereka akan berasa penat pada mental dan fizikal?.Jika majlis anda dibuat di rumah mungkin kurang sedikit pergerakan tetapi bayangkan jika majlis di sebuah dewan besar.Sudah tentu mereka tidak mampu merakam secara berseorangan walaupun mereka menggantung 3-5 biji kamera di leher dan bahunya.

EDITING & DESIGN - Kini tibalah masanya utk proses pemilihan gambar dr beratus2 atau beribu imej yg telah dirakam tadi.Proses pemilihan akan melalui saluran tapisan hingga 3 ke 4 kali utk memilih imej-imej terbaik daripada beribu tadi.Yang nak digunakan maybe dalam 400 imej sahaja.Selepas proses pemilihan siap,maka bermulalah kerja-kerja editing.Untuk pengetahuan,kerja-kerja editing adalah satu kerja yg sangat memerah otak untuk mencari idea.Bukan setiap masa idea akan datang dan kadang-kadang seorang jurugambar menyunting semula imej selepas 4-5 hari.Mungkin nampak mudah dengan mata kasar,mana taknya hanya duduk dibilik aircond dan didepan PC sambil klik mouse dan boleh ber’facebook lagi.Kerja-kerja editing bermula dari hati seseorang dan ini tidak boleh dilakukan terburu-buru.Kerja yang terburu-buru sudah pastinya akan menghasilkan output yg mengecewakan dan kerja ini boleh mengambil masa lebih 150 jam berganda-ganda dari 4 hingga 5 jam mereka merakam majlis anda.Ini baru editing, bagaimana pula pening’nya otak utk kerja design 20,30 atau 40 mukasurat album dan berapa lamakah masa akan diambil?Sudah pastinya lebih dari 200 jam jika ditambah dgn masa editing tadi.Walaupun pakej hanya 200 keping bersaiz 4R printed, tetapi masa yg diambil akan lebih dari 40 jam.Bukankah itu suatu kerja yg perlu dibayar gaji dan bil elektrik perlu dibayar?

PRINT - Bila jurugambar menghantar soft copy ke kedai,bukan bermakna hari yg sama dia akan menerima album tersebut.Kebiasaannya jurugambar akan berulang-alik sebanyak 2 kali.Ada juga jarak rumah/studio jurugambar dengan kedai tersebut lebih dari 50km.Jika jarak dah lebih 50km ‘one way’, maka dia perlu drive sejauh 200km untuk 2 kali berulang-alik .Bukankah ini melibatkan kos minyak dan tol.Ada seorang jurugambar yg saya kenali yg tinggal di Seremban dan print album di Kuala Lumpur.

4. ‘Saya sudah hire jurugambar professional dan bayar dengan harga yang mahal tetapi hasilnya sangat mengecewakan saya’

Di sini ada beberapa faktor yg dapat dihuraikan ‘mengapa’ ia berlaku.

Faktor pertama yg disebabkan ‘diluar kemampuan’ jurugambar tersebut.Anda perlu faham bahawa jurugambar adalah manusia.Manusia akan melalui ujian tuhan dalam hidupnya.Ujian-ujian ini sedikit sebanyak akan mengganggu emosi dan rutin hariannya.Bila masalah melanda maka emosi akan terganggu dan sekaligus akan mengganggu prestasi hasil kerja seorang jurugambar.Bukan jurugambar sahaja,semua orang akan terjejas dengan kerjanya bila perkara ini terjadi.

Faktor kedua setiap persekitaran majlis adalah berbeza.Cahaya pagi,petang atau malam.Lokasi di dalam rumah,luar rumah,taman,dewan dan sebagainya.Ruang utk merakam gambar sempit atau luas.Semua ini akan memberi impak pada hasil rakaman.

Faktor ketiga mungkin anda mahukan imej mengikut citarasa anda dan anda telah terangkan kepada jurugambar bagaimana gambar yg anda inginkan itu.Tahukah anda,bila anda mengubah bakat semulajadi seseorang jurugambar, maka serta merta ia akan memberi hasil yg mengecewakan.Biarkan jurugambar anda bebas merakam kan hari bahagia anda dan biarkan mereka merakam dengan happy dengan tanpa rasa terkongkong.

Faktor keempat mungkin si jurugambar keletihan yg amat atau kesihatan kurang baik.Bila keletihan minda pun lemah dan kurang mampu utk berfikir secara cerdas.

Faktor lain mungkin akibat dari kecuaian atau sikap jurugambar itu sendiri.

Jurugambar

Fotografi dikenali antara hobi mahal.Jika dahulu tidak ramai yg berkemampuan memiliki DSLR tetapi dengan arus pembangunan digital yg pesat, kini semua orang mampu memilikinya.Malah pelajar universiti pun sudah ramai memilikinya.

Sejak empat ke lima tahun kebelakangan ini, gelombang industri fotografi negara semakin rancak.Alhamdulillah satu perkembangan yg memberangsangkan.Di dalam kerancakan itulah bukan sahaja saya,malah otai yg lebih lama dari saya pun sedar akan hal ini.Apa halnya tu?Fotografi Malaysia yg sedang di ambang kehancuran.Beberapa hari lalu,saya telah membaca blog seorang yg bukan jurugambar dan saya tertarik dengan apa yg telah ditulisnya ‘asal beli kamera je nak shoot model’.Jawapan saya senang je, ramai antara kita yg mudah terikut-ikut dengan trend terkini.Dan rasanya trend terikut-ikut ni biasa di Malaysia.Kalau orang buat itu,maka 1000 orang juga nak buat perkara yg sama.Bukan sahaja dlm fotografi tapi dalam apa saja bidang.Saban hari di facebook kita dapat lihat hampir setiap minggu ada saja outing shoot talent atau model baik di anjurkan oleh para MUA atau jurugambar.MUA x kisah la sebab mereka dapat practice skill dan marketing.Takkan nak suruh MUA makeupkan serangga pulak kan.Jarang-jarang anda lihat outing photojurnalism,landscape,architecture,street,sport,macro dan sebagainya.Sudah jauh berbeza ketika saya mula2 dalam fotografi dulu.Dulu kami,semua subjek belasah sebab nak dapatkan pengetahuan asas fotografi yg tak semuanya dpt diperolehi dari portrait atau model.Tapi skrg asal outing mesti model sahaja.Apa yg saya lihat selalunya hanya berbeza dari segi talent dan lokasi,tak lebih dari itu.Bila anda dh bermula dgn shoot model serta merta anda tidak mempunyai pengetahuan yg cukup.Anda tidak mempunyai pengetahuan tentang kombinasi human,alam dan asas komposisi fotografi.Selepas shoot upload gambar dan tag minta utk dikomen.Malah ada yg tag otai-otai jangankan dari Malaysia tapi juga dari Indonesia utk diminta komen tetapi adakah ada diantara mereka yg selalu komen atau paling banyak pun sekali dua.Tak pernah tanyakah pada diri kenapa otai-otai tak nak komen? Jika anda nak kata ‘Itulah tujuannya aku tag sebab nak minta komen dari otai mana yg boleh diperbaiki’.Bro..otai-otai banyak lagi urusan lain yg lebih penting dari nak komen gambar ‘nose bleeding’ ko tu atau komposisi dan lighting ko ntah kemana.Lepas tu mengata otai tu sombong tak nak komen.Jika betul2 nak komen set time utk jumpa otai tu duduk pekena teh tarik sambil sesi koyak gambar atau pun join lah workshop dia.Nak kata harga workshop mahal?Lagi mahal harga kamera ko tu.Sebenarnya taklah mahal hanya ko tu nak free je kan dan kedekut nak laburkan wang utk faedah ko di masa akan datang jgk.Lagipun tak semua ilmu itu harus diberi percuma.Tahun lepas ada seorang otai yg mmg sgt otai menganjurkan satu workshop strobist dgn harga hanya RM250 dan didapati peserta yg join adalah jurugambar yg dh 4-5 tahun dlm fotografi.Itu pun hanya dua orang.Hujung tahun lepas dua orang otai buat satu workshop dan saya hadir utk memberi sokongan.Terkejut saya bila 5-6 peserta juga ada yg sebaya usia dgn saya dlm fotografi yg join.Semua muka-muka lama walhal harga workshop tersebut hanyalah RM250.Bukan senang nak jadi senang.Nak ilmu ko yg kena datang pada guru.Nak seribu daya,taknak sejuta alasan ko..

Dan komen-komen yg biasa kita baca adalah ‘nice’, ‘cantik’ , ‘superb’ , ‘terbaik dari ladang arnab atau ladang kelapa sawit’.Kebanyakan komen2 tu datang dari rakan2 yg kena TAG,oleh kerana nak jaga hati kawan at least komen lah sesuatu kan dari takde langsung takpun tekan button like,nanti takot kawan mengata 'si polan ni sampai hati x komen gambar aku'.Dan yg paling teruja bila gambar menampakkan tubuh gebu,lurah tetek,kedai kopi disebalik skirt atau yg dapat merangsang nafsu tentu komennya akan berbunyi ‘PERGHHHH BERDARAH HIDUNG’ 'TERBAIK' mcm tu dikatakan terbaik?Nenek aku pun boleh shoot mcm tu daaa.Apalagi jika talent yg memilikitetek yg besar dan montok..silapharibulan orang yg tgk save gambar tu buat stok ‘stim kering’.Pernah sy melihat satu gambar posing model tertonggeng baekkk punya berposing di kereta BMW.Lalu saya baca captionnya yg berbunyi 'Gambar ini mendapat pujian dari lecturer dan rakan2 sekelas sekaligus menjadi gambar terbaik' ..OMG!!! Aku yg tak ada degree dlm fotografi ni pun mampu menggantikan lecturer ko tu lah.Tak kurang juga dengan komen ‘nice compo’(faham ke compo bang).Saya pernah mengajukan soalan kepada seorang jurugambar yg hasil kerja nya ‘not bad’.Apa itu komposisi?Dan beliau mengatakan tak tahu.(sorry my frenz jgn kecil hati hihi).Kalau komposisi basic pun x tahu maknanya anda tidak tahu apa yg anda shot.

perghhh berdarah hidung nak baca luahan ni

Orang nak shoot street candid ko pun nak ikut tp yg ko shot lurah-lurah tetek pompuan2 yg berada di sekitar Bukit Bintang ,KLCC etc.Suka-suke hati ko jer kan.Bayangkan kalau ada jurugambar lain yg shot lurah tetek adik or kakak ko,awek ko tak pun bini ko tak pun nenek ko.Marah tak ko?Bayangkan if org yg ko shoot tu anak kerabat or VIP?

Yang best asal beli kamera,shot model dan terus edit.Tanpa belajar pengetahuan asas fotografi atau asas editing terus buat editing kaw-kaw punya yg akhirnya menghasilkan satu hasil yg haprak.Minta otai komen dan bila dh dikomen tahu plak dia marah dan defensive.Pulakkkk..tadi lu suruh komen bro..ni lu marah plakkkk..adoiiiiii.Gua yang dh empat tahun ni pun berasa takot dan risau setiap kali nak upload gambar tapi lu steady jer dgn haprak2 tu upload ye..gua memang salute u punya keberanian bro..bila u dah upload gua bacalah komen2 dari kawan2 lu,perghhhhhh kawan lu pun sama mcm lu lah bro..hihi..Lepas tu 'bercakap-cakap blkng dgn kawan' mengata si otai tu garang lah,komen macam sial lah,itulah inilah dan mcm2.

Ni satu lagi perangai bongok..kalau orang lain nak shoot talent/model yang pernah ko shoot, suka hati mak bapak dia lah.Yang ko bising-bising nak marah-marah buat apa.Ko tu dah ada agreement ke dgn talent yg mengatakan talent tak boleh shoot dgn org lain?Talent tu 500% berhak utk shoot dengan sesiapa pun.Macam lah talent tu adik,kakak,bini,mak or nenek ko.

Trend fotografi kita bermusim,saya masih ingat jika dulu jurugambar gila dengan HDR tidak berapa lama kemudian gila pula dengan style DAVEHILL,STROBIST dan LIGHT RAY dan kini CONCEPTUAL yang bermain dengan makeup.Lepas ni tak tahu apa.Dalam 500 jurugambar hanya 2-3 orang sahaja yg masih kekal hingga ke hari ini.Itupun yang kekal adalah individu yang mula-mula membawa masuk idea itu.Tahniah kepada mereka kerana berjaya menghasilkan satu gelombang besar dalam industri dan menjadi ikutan.Sebab apa mereka kekal?Sebab mereka mempunyai pendirian yang tetap dan mencari identiti nya sendiri.Seorang jurugambar yang bagus adalah yg mencari identiti nya sendiri dan tak mudah dipengaruhi.Dia bukan seperti lalang yang bergoyang mengikut tiupan arah angin.

Bila dah pandai sikit jer,mulalah nak buat keuntungan dgn menganjurkan workshop basic fotografi.Saya puji lah dengan apa yg anda buat.Memang bagus.Tapi kebanyakan yg saya perhatikan bila buat workshop BASIC FOTOGRAFI di ulang BASIC FOTOGRAFI lebih banyak yg buat shoot model.Hello! berapa banyak basic fotografi yg ada pada subjek model tu?kenapa tak buat BASIC PORTRAITURE WORKSHOP jer kalau nak shoot model takpun workshop strobist..dapatkah peserta workshop memahami semua basic2 fotografi bila shoot model?Setahu saya basic fotografi jangan harap ko nak faham dlm masa satu hari apalagi beberapa jam workshop.Kalau dh shoot model lagi lah hancus nak faham.Maka terkebil-kebil lah si peserta sumpah x faham sedangkan workshop bukan free ni.Datang nak timba ilmu.Si organizer bila peserta x faham ada dia kesahhhhhhhh..sebab duit sudah masyukkkkkkkkkkkk maaaaa...dan mungkin model itu tak lebih hanya sebagai salah satu utk menarikpeserta lebih ramai join workshopnya.

(Khas utk yg beli kamera nak shoot model)

Kadang-kadang sesuatu gambar itu cantik tetapi yg membuatkan cantik adalah kerana modelnya yg cantik,makeupnya yg deboom dan tools power yg digunakan.Ini perlu anda tahu kerana jangan dah dapat pujian melambung dari komen-komen dah cukup ‘kembang’ hingga hari-hari kena tukar underwear yang hasil kita dah terbaik.Cantik dan unik adalah berbeza.Unik adalah kreativiti dari mata hati yg bagaimana anda mempersembahkan sesuatu karya dan maksudnya sampai.Jadi dalam hasil anda terdapat dua elemen bukan sahaja cantik tetapi unik.Bila sebut cantik kalau dah makeup ok,model muka cantik dan guna pulak body D3s, 1DmarkIII or D5H, lens 85mm satu titik dua, 70-200 dua titik lapan, 200mm dua titik takde atau 4000mm takde titik,memanglah cantik gambar tu beb.Kalau ko bagi budak shot pun cantik jgk hasilnya.Lepas tu ko merewang pasal sharp dan bokeh.Entah faham ke tidak BOKEH dan DOFatau AVAILABLE LIGHT dan AMBIENT LIGHT takpun OVER EXPOSURE dan BLOWN OUT HIGHLIGHT?Guna body dan lens baekk of course result baekkk punya bro..

Selain tu jangan rasa POYO sangatlah dan bangga bila dh gantung kamera kat leher atau guna kamera lebih mahal dari org lain x kira dimana anda berada.Dan jangan POYO merewang cerita pasal fotografi seolah2 ko dah cukup hebat.Fotografi bukan mudah.Bukan dapat memiliki kamera hebat-hebat dah bagus.Jurugambar National Geographic nak dapatkan sekeping gambar sampai duduk dalam hutan 1 minggu atau lebih.Kenapa nak duduk sampai 1 minggu?Sebab dia nak BUAT gambar melalui pengetahuan mendalam yg ada pada dirinya bukan kehebatan kameranya.

(Khas utk yg suke shoot spt F1,GP,Cub Prix,GT GAPAN atau Pameran Kereta)

Korang datang sana nak shoot kereta/motor atau tetek2 montok yg dah hampir tersembul terkeluar juga seluar ketat gadis2 litar yg menimbulkan segala shape bontot dan pussy?Aku faham lah sambil2 shoot kereta mesti lah mahu shoot model2 hot tu..sekali setahun je maa mahu dapat..asyik shot capirossi je bosan maaa...tapibila post banyak gambar model2 dari kereta or motor...gambar2 gadis litar up sekeping dua sudah lah yg lain simpan buat stok stim kering...ko beli lens harga puluh ribu panjang2 lebih panjang dari punai ko tp buat shoot gadis2 litar..lepas tu dapat komen 'nose bleeding'.

Yang ni pasal jurugambar yg menggunakan nama pelik2 dan selalu tukar2 nama.Seorang jurugambar akan membrandingkan namanya melalui penggunaan nama.Kalau dah hari ini guna nama katak fotografi,esok tukar harimau fotografi,lusa gajah fotografi dan tulat buaya fotografi..tak ke pening orang nak mengingatnya dan buat orang tidak akan mengenali anda.So lebih baik guna nama sendiri atau jika nak guna nama lain sila maintain dengan nama itu.

Fotografi itu mempunyai banyak cabang dan terpulang pada individu tersebut ke mana arah yang ingin ditujuinya.Sport photographer,wedding,landscape,fashion,wildlife,fine art,macro,artistic nude dan mcm2 lagi lah.Kalau melihat jurugambar tetapi dengan editing 200% menggunakan photoshop dan hilang keaslian fotografinya maka dia adalah seorang artist photographer.Jadi tak perlulah nak dipertikaikan nya.Yang penting kita mencari identiti sendiri.Di luar negara ada bermacam-macam jurugambar..ada yg hanya shoot ombak,ada yg hanya shoot silhouette,ada yg hanya shoot kucing..so anda semua carilah apa sahaja utk mencari identiti anda sendiri.Jika anda nak jadi kasut photographer pun x kisah asalkan cara anda mempersembahkan hasil karya menarik.

Fotografi adalah kombinasi pengetahuan tentang teknikal kamera,teori fotografi dan bakat iaitu kreativiti.

Jadi untuk jurugambar2 dan bakal2 jurugambar,carilah ilmu selama dan semampu yg anda boleh.Bukan hanya mengikut trend dan terikut2.Dan buangkan sifat kedekut untuk secebis ilmu yg mana tiada kerugian satu pun.Otai-otai juga sentiasa belajar dan memperbaiki hasil masing-masing walaupun mereka dah mempunyai branding yang stabil.Bayangkan mereka mengambil masa bertahun-tahun utk menjadi yg terbaik,inikan pula anda yang hanya tak sampai setahun atau 3 bulan dalam fotografi.Jangan mimpi hasil anda dah terbaik dalam masa setahun kecuali anda memang mendapat kurniaan dari ilahi.So mengapa beli kamera nak shoot model?Sebab boleh mendekati dan berkenalan dengan ramai model dan mencuci mata dengan bermacam-macam kegebuan kulit model.Agaknya la kot ni sebabnya hehe…

Sebelum saya mengundurkan diri ingin saya pohon kemaafan sekiranya ada kata-kata saya yang menginggung dari kedua-dua golongan pelanggan dan jurugambar.Apa yg saya luahkan ini hanyalah sekadar berkongsi 'kisah disebalik tabir' seseorang jurugambar dengan penat lelahnya dan tidak bertujuan utk menyerang mana2 ex-client,bakal2 client atau mana-mana individu tertentu yg bergelar jurugambar.Hanyalah pendapat peribadi saya secara umum.

Bila saya buat artikel ini ada seorang hamba yg turut sama berkongsi cerita dengan saya.Artikel yg telah ditulisnya di dalam sebuah majalah.Lalu dia mengizinkan utk sy kongsikan di sini.

Credit to Natrah

Note: 'KEDAI KOPI disebalik skirt' - kawasan gelap di celah kangkang yg hampir menampakkan panties

Terima kasih kerana anda bersabar dan sudi meluangkan masa membaca luahan yang panjang ini.

KALAU SUKE SILA KONGSIKAN DENGAN RAKAN ANDA.

Sekian,

Napie Moksin

6 comments:

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Salam bro Aknal.

Penulisan nie dari bro ke atau dari abam Napie?

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Salam ...abg Shahroll
Ni napie yg tulis, aku grab dr FB die utk share pada kawan2

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Owhh.. noted bro Akmal..
miss look yang tulisan merah.. thanx for share! =)

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

ok shhroll Xde maasalahhh ....
ekekekee ko tgk aku spelling pon mcm haremmm ekek
Rull, ko dtg melaka bgtau laa boleh lepak2

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Insyaallah bro.. 19 March nie.. ada member UiTM aku kawen.. kat Jasin la.. =D, leh layan 2-3 kopi kat mapley.. hehe~

TiM said...

dah habis baca dah..memang best..saye suke...