Monday, May 31, 2010

SEPARUH DEKAD dalam Photography

Receiving my Master in Tourism Management from The Cancelor of Universiti Teknologi MARA, Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, recently 20.05.2010, UiTM Shah Alam.

1. Hari nie adalah hari Isnin, 31.05.2010. Sekarang jam tangan aku yang mahal nie menunjukkan jam 7.50pm. Di kala ini aku sedang berada di LCCT, Sepang fetching my good fren yang akan touch down sekejap sahaja lagi. So sementara duduk-duduk aku pun lepak di Old Town White Coffee. Tengah minum ice coffee gaou yg sedap ni, tiba-tiba teringat yang aku dah melepasi tarikh penting bagi aku iaitu 25.05.2010. Tarikh keramat nie adalah tarikh the first time aku menggalas tugas sebagai jurugambar perkahwinan. Masa tu, tuhan sahaja yang tahu betapa takut, dan nervousnya shoot wedding, especially bila mengenangkan aku menggunakan FILM CAMERA, aku Xtahu ape yang akan terjadi, cantik ke tidak gambar yang akan aku develop nanti.

2. Orang yang pertama kali aku nak ucapkan terima kasih tentunya ayah aku sendiri. Tahun 2003-2004 macam tu, aku start menolong beliau mengangkat backdrop, lampu denyar, beg-beg fotografi, dan pelbagai kerja-kerja logistik. Masa tu aku tak terlintas langsung pun nak menjadi photographer. Aku tolong je dengan harapan dapat sikit upah. Lama kelamaan, ayah aku menghadiahkan aku sebuah kamera untuk aku shoot wedding pada tahun 2005. Masa berlalu begitu pantas. Ayah aku sekarang pun dah tak berapa sihat. Aku pun tak tahu akan berlaku lepas nie. Sekarang aku tengah planning utk train adik aku sambung kerjaya ni. Insyaallah kalau ade peluang dia pun boleh pergi jauh. Apa pun, terima kasih abah sebab memperkenalkan hobi photography ni pada aku. Dengan hobi nie, aku ada kerjaya, aku ramai kawan, hidup aku ceria, dan penuh dengan aktiviti. Seriously, kalau tidak, aku pun tak tahu apa yang aku sedang lakukan sekarang nie.

3. Selain daripada itu, tentunya orang-orang penting sekitar aku, kawan-kawan photographer.... bermula dengan photographer-photographer yang mula-mula aku kenal di batupahat - cikgu aku yang terulung - arwah Hj. Ismail, Rahim, Razib, Lokman, Rahmat, Salme, Amirul dan ramai lagi. Johor bahru - Ezreen, Ajek, Jek Jenggo, Hakim, Azmier, Trisno, Nizam, Din Pawaka, Tenno, dan lain-lain. Photograper KL/ Shah Alam - Yus Mattranggie, Pevey, Tom, Ajib, Mior, Faiz, Fuad Topa, Qayyum, Abg Wan, Wan, Rizal, A.g, Abg Khalid, Zul Gambar, kawan-kawan di CS dulu, adi, udey, moqh dan byk lagi !!! Terima kasih sebab mengajar aku, dan menceriakan hidup aku.

4. Terima kasih cikgu-cikgu photoshop aku ...keling, dan yang lain-lain directly and indirectly mengajar aku bagaimana menggunakan photoshop. Juga tidak dilupakan x-clients yang tersayang yang sudi hire aku merekodkan hari bahagia mereka dulu dan in future!! Terima kasih!!!

5. Even more interesting, I got my master 0n the same month of May. My convocation is on May 20th, 2010. Thanks to everyone yang ada dalam hidup aku!!! U guys memang ROCK!!!!

* Terima kasih pada mak, adik-adik, semua family dan Jee selalu bg aku motivation to do better and better
* Nama-nama yang mungkin aku terlepas sebut sila sms, bbm, comment entry nie ok!!!







Akmal Adanan,
0127655165

2 comments:

rahmat said...

Congrats Mal...u deserved it!

Anonymous said...

sila sebut namer saya..lalalalala!!!

anonymous! :P