Saturday, May 22, 2010

DEGREE Show UiTM Shah Alam

Penulis bersama Graduan Doktor Falsafah Termuda Konvokesyen ke-72 UiTM, Dr. Adzrool Idzwan Ismail.

1. Malam selepas selesai majlis konvokesyen semalam (20.05.2010), aku ambil peluang untuk berjumpa dan celebrate dengan kawan-kawan lama Shah Alam. Merekalah tempat aku bersosial, berkongsi cerita, mematangkan diri, tempat aku belajar erti kehidupan dan pelbagai lagi. Saat menyiapkan atau belajar sarjana itu memang penting, tp ia bukan segalanya. Jadi aku merasakan apa juga pengalaman hidup aku semasa belajar, pahit manis, lapar kenyang, susah dan senang adalah satu proses mematangkan diri. Insyaallah banyak aku belajar dari pendidikan tidak formal ini.

2. Hasil perbincangan effektif malam itu aku dan rakan-rakan organize satu lawatan ke Degree Show pelajar-pelajar Photography di AD faculty. Ramai juga kenalan di sini tp tak ramai dapat aku jumpa sebab mereka sibuk bertugas untuk majlis konvokesyen. Aku ucapkan terima kasih pada Dr. Adzrool & pelajarnya Hanif sebab sudi temankan kami melawat pameran ini.


3. Aku juga sangat happy hari nie sebab dapat berjumpa dengan pj terkenal di Asia iaitu saudara Shamshahrin dan Ian sebab kebetulan mereka ada di sana. Sempat jugak borak-borak dan berkongsi idea dalam bidang yang aku minati ini. Bukan calang-calang mereka nie... mereka adalah Malaysian photojournalist yang sangat busy dan sgt susah nak jumpa. Boleh lihat hasil kerja mereka di SINI (Shamshahrin), dan SINI (Ian Ahmad).

Thanks pada kawan-kawan yg sama hadir Abg Wan, Tom, Ateng, Jidin, & Faiz. Gambar yang lain, sila click SINI.






Photo credit by Hanif Omar:
http://www.flickr.com/photos/anepsx20/

* Aku Xpaham kenapa Tom buat macam tu? ekekkekee =) Kalau ada masa esok aku share gambar convo aku yang diambil oleh proffessional photographer.


Akmal Adanan,
0127655165

No comments: