Friday, April 30, 2010
Minggu terakhir April
1. Sungguh sibuk aku kebelakangan nie ...sebab tu Xsempat nak update blog nie. Harap di maafkan okey. Skrg aku kat pokok mangga, melaka.. tgh siapkan sebuah lagi album. Naik sakit pinggang aku duduk di kopitiam nie. Dah laa tu, tgh best design album nie, sekali kaki aku terpijak suis plug laptop pulak, dah hilang laa kerja-kerja aku yg Xsempat save.
2. Aku Xdapat fikir ape aku nk share kat dalam blog nie buat masa ni. First.. panas betul cuaca sekarang nie. Basah berpeluh satu badan aku brader. huhhh .... kedua bising tempat ni, aku Xdapat berfikir dengan baik. Ketiga, ada kemalangan jalan raya tepi kedai nie tadi, terperanjat aku dibuatnya. Walau dalam keadaan sebegini separuh album aku sudah lunaskan. Creative tetap creative. Malam nie aku sambung buat lagi. Insyaallah ...
3. Nanti laa aku sambung cerita ...aku nak balik rumah ...mandi dan sebagainya ....
Akmal Adanan
0127655165
Wednesday, April 28, 2010
Announcement
Aku tidak dapat menghadirkan diri pada 4-6 May ini. So aku offer kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba especially for those who is still fresh, utk kumpul portfolio etc. To make it clear, this conference is not a profit based event. Its like nature forum, untuk kebaikkan dunia. Jadi i have to inform awal, there is no payment allocated to you. Akan tetapi makanan akan disediakan. As per agreement with the organizer, kamu boleh menyediakan company profile dalam bentuk softcopy yang akan diletakkan dalam thumdrive dan akan diberikan kepada setiap participant. Juga, kamu boleh meletakkan banner company kamu as advertising. Mana tau dari situ kamu boleh dapat new business opprtunity. Itu je aku dapat bagi maklumat. Sekian, terima kasih.
Akmal Adanan
0127655165
Thursday, April 22, 2010
Periksa
1. Sekejap je rasanya, hari nie dah masuk minggu2 terakhir bulan April, 2010. Masa dapat aku rasakan bergerak sangat pantas. Suatu hari pada bulan January dulu, aku berazam menguruskan tahun 2010 ni dengan baik, cemerlang dan terbilang.... then, baru je nak buat planning atau jadual hidup aku utk setengah tahun akan datang, baru tu aku perasan aku dah agak terlambat. Nampaknya planning book yg aku beli tu terpaksalah aku simpan rapi seperti buku-buku yang terdahulu.
2. Hari ni merupakan hari pertama 'final exam' bagi pelajar-pelajar uitm. Aku ingat lagi, dulu masa aku study, memang aku akan berusaha habis-habisan membaca, memahami dan menghafal segalanya. Pegi mana-mana pun semasa dalam kolej, aku akan bawa buku + nota ke mana-mana. Masa ni gf & gf aku yang sedia ada memang aku letakkan nombor 2, atau 3 atau kadang-kadang aku tak ingat. Aku tak akan makan di cafe... aku beli roti banyak2 sebab setiap langkah aku ke cafe membuang masa. Lagi-lagi bila aku terserempak dengan 'chicks' hot di sana. Memang lama laa aku minum kat situ.. abislaaa terlupa ape yang aku dah hafal td ...
3. Semasa menjawab soalan, aku suka datang awal. Tapi pendapat itu tinggal hanya imaginasi. Hakikatnya aku selalu sampai on time. Masa tu rasa penat merentasi tasik uitm melaka masih kuat terasa. Padan muka aku sendiri, bukan main susah aku nak berfikir sambil tercungap-cungap kepenatan. Lagi satu, aku tak suka keluar awal semasa menjawab peperiksaan. Prinsip aku, masa yg diberikan itu adalah milik kita, gunakan sebaiknya. Mungkin kita boleh gunakan masa itu utk double check jawapan dan sebagainya.... kalau ade soalan yg susah mcm nk pecahkan rekod dunia, atau menawan gunung Tahan, sila bertahan dan jgn berkecil hati. Itu hanyalah cabaran dunia. Berdoalah banyak2, insyaallah pasti ada jalan nak selesaikannya nanti.
4. Kepada semua yang berkenaan... terutamanya dtm students, aku doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga anda dapat menjawab semua kertas peperiksaan dengan tenang, berhati-hati dan saksama. Kurangkan facebooking, naikkan standing .... Ingat, apa yang anda usahakan hari ini adalah apa yang akan kamu dapat hari esok.
Esok aku nak cerita pasal politik, ade berani???
Akmal Adanan,
0127655165
Labels:
Life in Melaka 2010/ 01
Monday, April 19, 2010
Status as 19.04.2010
1. Fuhhh .....
2. Lega rasanya dapat siapkan sebuah buletin fakulti dalam masa 2 hari termasuk menghadiri pelbagai mesyuarat akademik, mesyuarat peperiksaan dan Biro TataNegara. Rasa macam nak pecah kepala aku memikirkan design utk newsletter tu, juga pada masa yang sama membahagikan masa utk mengharungi semua aktiviti-aktiviti WAJIB HADIR last week. Isnin (hari ini) juga aku ade sesuatu yang sangat penting untuk ditunaikan. Tapi that appointment has been postponed tomorrow. Takpelah mungkin itu semua memang bahagian aku. Awal pagi esok, aku akan pantau budak-budak practical present report before, pergi ke KBM utk settlekan masalah seterusnya pada sebelah tengah hari. Khamis ade interview dengan Dato' Pengarah .....lagi satu appointment utk aku buat persiapan. Ok enough cerita masalah aku.
3. Aku ade satu lagi masalah dalam kepala aku sekarang nie. Sejak semenjak kebelakangan nie aku tengok budak-budak remaja kat area aku nie macam dah Xde hati perut dalam kehidupan sosial dan hati nurani mereka. Sebagai satu contoh, masa aku dinner sebentar tadi ade satu couple tomboy & gf die nie. Maybe sebab nak tunjuk macho laa kot... masa order dengan mamak tu, punye laa eksen, macam laa die bayar roti canai tu sekeping RM38 ringgit. Ok, macam nie laa lagak dialognye, style mengalahkan ahmad nisfu ...
"eyyyy macha!!!, bagi roti itu kuah dal lebih tambah susu ok!"
(bercakap dalam keadaan kasar menunjukkan konon-kononnya beliau mempunyai banyak duit dalam swiss bank, agro bank dan bank muamalat - tanpa melihat wajah mamak yg hensem dalam kegelapan malam)
Kecik je aku tengok budak nie, duit pun mak ayah bagi, tapi lagaknye mcm guna duit sendiri hasil bercucuk tanam di ladang dan menjual padi... pebenda ntah, perangai macam best, menyampah aku tengok. Hidup baru berapa hari tapi lagaknye macam dah tau semua ilmu ekonomi macro, bursa saham, linguistik dan ilmu rumah tangga.
4. Aku paling anti dengan orang yang memandang rendah terhadap individu lain. Sungguh aku bengang tengok orang2 macam nie. Ape ko rase ko ade duit & boleh beli roti prata 10keping utk gf ko tu, kira ko terer ker? Pada aku, walau siapa pun kita, bangsa, keturunan, negara asal etc kite kena hormat org itu. Mereka juga manusia macam kita, ada perasaan. Ada anak, ade isteri juga ibu bapa. Cuba letakkan diri ko dalam diri mereka. Meraka terpaksa merantau, berpisah dengan keluarga mencari rezeki.. tp ini yg die dpt. Pengorbanan mereka ini terlalu besar kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan kita di sini.
5. Tapi aku perasan, mereka2 yg termasuk org yg tidak bersyukur nie adalah golongan daripada orang2 kita ..orang Melayu sendiri. Mungkin sebab aku Xpaham bahasa cina atau india, so aku Xpernah paham percakapan mereka. Aku selalu memerhati jurujual2 yang berjalan kaki, menjual majalah2, atau kitab2 agama ..yg mungkin hanya berharga RM10 - RM15. Selalu aku tengok cara org2 kita menolak tawaran mereka nie dengan cara yg sungguh tidak beradab. Kalau Xmahu beli pun, susah sangat ke nk senyum, dan cakap "mungkin lain kali ye dik". Jangan dipandang hina orang2 macam nie, mereka yg sekarang berusaha menjual buku berharga RM10 nie Xmustahil boleh menjadi seorang yg berjaya, mungkin berupaya menjual hartanah berharga RM10 juta atau lebih pada masa akan datang! Kerana apa? KERANA MEREKA TERUS MENCUBA!!! mereka mempelajari asas perniagaan, iaitu berusaha menjual. Tidak kisah berapa besar nilai jualan itu, tetapi ilmu pemasaran yang kecil itu sgt berharga. Ingat kawan-kawan, setiap apa yg kita lakukan hari ini mungkin akan berguna pada masa akan datang.
Fikir-fikirkan lahhh ....
Akmal Adanan
0127655165
Tuesday, April 13, 2010
My officestation
1. Hari nie dari pagi sampai ke saat ini aku bekerja keras. Aku Xpasti adakah betul apa yg aku lakukan setakat nie. Bangun tida jam 6.30 pagi. Jogging sampai 7.45.. then iron baju, bersiap-siap kerja. Soon after that, aku breakfast, sampai office update kerja-kerja yg tertangguh smlm. Then 1030 hrs test 1 with 2A, by the time finish mark paper, and masukkan dalam score table. Finish on that, ade sebuah lagi test dgn 2B at 1430 hrs, baru jer siap and now in the process marking and put it in the table. Selain daripada itu, aku juga berjaya menjawab dan entertain a few quotation dari potential client online. The feeling was so great !!!
2. Petang nie have to do photocopy questions for another test tomorrow. Malam nie another work waiting, newsletter to be designed. Album amendment ....hopefully aku berjaya lakukannya. Kepada mereka-mereka yang nk ajak aku bersuka ria malam nie, lupakan je laaa, aku Xsempat nk buat perkara-perkara sebegitu.
Akmal Adanan,
0127655165
Monday, April 12, 2010
Gambar Lama
1. Lama juga aku Xupdate blog nie. Bukan busy, tapi sibuk sikit. Kamu semua mesti perasan kan, setiap entry sibuk je aku nk ceritakan kesibukan aku. Kalau aku ade masa tulis/ update blog nie, busy sgt ke aku?? ntah laa... tapi otak aku mengatakan memang aku busy.. tp bukan bertujuan nk eksen tunjuk semua orang aku busy. Sebenarnya tujuan aku tulis menulis nie is just a place untuk aku simpan kenangan masa sekarang. Untuk tatapan masa depan. Ramai lagi orang di luar sana 100x lebih sibuk dari orang lain bukan? Mungkin kesibukan aku hari ini akan membentuk aku menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang, siapa mungkin tahu masa depan kita kan?
2. Minggu lepas aku plan nak stay di Alor Gajah. Menikmati kehidupan yang lebih tenang di kampung, mendengar desiran angin sepoi-sepoi bahasa inggeris, kicauan burung kelicap, dan bunyi desiran air mengalir di samping design album-album aku tu. Tapi perancangan tinggal peracangan. Sekali lagi aku terpanggil untuk menghantar adik aku ke JB, katanya ada interview di UiTM Johor. Gagal lagi perancangan aku utk memberi ruang kepada diriku utk berehat dan berhibernasi.
3. Ok selain sibuk, aku juga sempat mencari gambar-gambar lama masa aku pakai D70 dulu. Aku suka sangat shoot TMJ (sekarang Sultan Johor). Baginda sangat laa sporting, walau nampak serious. Ok, nanti aku cari lagi gambar-gambar lama and share kehebatan kamera 6.1 MP + 3fps + 24mm the widest lens aku ade dulu. Aku sekarang tengah dalam proses mengumpul gambar-gambar lama utk aku simpan and buat personal directory. Gambar di atas aku shoot semasa TMJ (masa itu) melawat mangsa banjir di Batu Pahat, pada Disember 2006.
* Sesiapa yang boleh memberi perkhidmatan urut badan area alor gajah nie, sila beritahu ...need some therapy
* Newsletter design, photography session, interview, mock t etc
Akmal Adanan,
0127655165
Wednesday, April 7, 2010
The Art of Seeing - Bazuki Mohammad
Me and Bazuki working on the laptop in a photo talk organized by the photography students of UiTM, Melaka
Credit to Rasfan Abu Kassim for the image
1. Malam semalam, aku berkesempatan berjumpa dengan salah seorang idola aku dalam photography amnya atau lebih khusus lagi photojournalism. Last meeting dengan Bazuki adalah pada bulan ramadhan lepas di Prima Saujana, Kajang, Selangor. Kami minum dari 10.00 malam selepas sembahyang terawih, and sambung sampai waktu bersahur ...Full entry sila click SINI. Alhamdulillah masih berkesempatan berjumpa dengan beliau sekali lagi.
2. Actually this is maybe kali ke tiga atau ke empat aku berjumpa dengan Bazuki personally. My first time is also in a photography talk by Zainal & him in Ikram about 2 and a half years ago.. you can refer HERE. And a few more times at the TT sessions around KL. Walaupun berkali-kali dengar Bazuki brief and share his experience as international photojournalist, still ...the temptation is there.
3. Bazuki, (if you read this entry) keep up your good job! inspire more and more young and talented photographer out there. PEACE !!! For the students, and lecturers involved, congrates for the event.
Click - Bazuki Muhammad
Akmal Adanan,
0127655165
Labels:
Life in Melaka 2010/ 01
Tuesday, April 6, 2010
What Weekend means?
A portraiture of Al-Malek & Raihan taken at CapSquare, Kuala Lumpur
1. Sepanjang aku kerja nie, aku Xpernah merasa keseronokkan weekend. Almost every week weekend aku penuh. Full with activities. Nak bersosial pun mcm tak ada masa. Mary Digby byk kali call aku, then aku terpaksa reject. Xsempat nk dating ngan dia... Aku rasa mcm dah overused badan aku nie. Letih sangat-sangat... seriously. Semalam aku depart from JB pukul 1pagi and sampai melaka pukul 8pagi. Great! Penat sampai ke tulang. Aku rase mengantuk sangat. So aku singgah di R&R Machap utk tido. Then aku sambung perjalanan. Baru few kilometers dah mengantuk balik... aku pun buat keputusan drastik utk singgah R&R Bemban. There, i slept till morning. Sedar-sedar dah panass ....Padan muka, kelam kabut aku balik kampus.
2. Ape pun aku bersyukur last weekend on the 04.04.2010 aku berjaya dapatkan ape yang aku inginkan. Akhirnya, setelah lama menunggu dapat jugak benda nie. hehehe =) BTW, PC Fair at Persada Johor Bahru mmg cool. Xpernak aku tgk orang jual broadband macam jual ikan kat pasar. And kadang-kadang aku rasa harga ikan, udang n sotong lebih mahal dari broadband tu... Cayalahh !!! Akulah orang yg paling cool setahun dulu utk membeli broadband package for RM399.00. Sekarang u just have to pay RM68.00 for the service plus u can get free modem, free tshirt, free thumbdrive etc...instead of mine last time only got free resit ..... what the fish ....
3. Ohh Blackberry ...
After 14months or 3 and a half month duration of time (since 14 Dec 2009) this blog hits 30000 number of visitors today. Im very glad and happy, still a lot of people out there spend time, coming and visit this blog. Hope I would make the entry better and better next time... to make it more informative and useful to all readers. Thanks ... CHEERS!!!
Akmaladanan
0127655165
Saturday, April 3, 2010
April 2010
1. Hari nie dah masuk hari ke tiga dalam bulan April. Seminggu yang lepas merupakan hari-hari yg kritikal bagi aku. Terlalu sibuk dgn clerical job dan segala tugasan-tugasan lain. Budak-budak plak dah nak peksa... mesti tgh takut dieorg tu hihihihi =) ..... Bagi aku, Alhamdullillah segalanya berjalan lancar. Audit pun dah lepas. Harap-harap semuanya bagus-bagus sahaja. Ape plan aku hari nie?
2. Jam 6 pagi lagi aku dah bangun. Siapkan, tunaikan apa yg sepatutnya. Kemudian aku berpesan kepada diri aku sendiri supaya cuba-cuba bersenam. Sebab 1-2 bulan nie aku dok sibuk kat office, duduk dalam bilik berhawa dingin... badan tak berpeluh, kepala pun jadi berat dan tak cergas. Pagi td seluruh taman perumahan nie aku cover sambil berlari, org sekeliling pandang pelik jer.. Xpernah tengok aku berlari-lari agaknya. Best rasanya bila berpeluh. FYI aku baru je lepas kemas-kemas rumah dan kereta, breakfast, etc.
3.Soon after this aku nak design and cari idea utk kerja aku. Ini saja lah masa yang ade untuk aku buat album. Weekday jgn harap laaa... esok pagi2 aku ke JB atas urusan yg lain dan seterusnya... Baru kerja mcm nie aku dah rase bz nak gila, thats y aku tolak pelawaan jadi wakil rakyat kawasan Lendu nie. Nanti macam-macam bebanan perlu aku pikul... merasmikan majlis keramaian, mengatasi masalah rakyat, melawat warga emas, merawat kucing sakit, dan pelbagai lagi. Macam mana aku nk siapkan kerja aku yg lain nanti kan...
4. Cukuplah merepek ... Doakan aku siapkan kerja aku hari nie jugak ye kawan-kawan ... sedekahkan juga Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi yg selamat dikebumikan semalam...
Akmal Adanan,
0127655165
Labels:
Life in Melaka 2010/ 01
Subscribe to:
Posts (Atom)