Friday, February 5, 2010

NAJIB 1MALAYSIA VISITS - MALACCA

1. Semalam (dah 3hari lepas sebenarnya) aku buat photo marathon. Cover 3 majlis dalam satu hari. Kerja nie bukan calang-calang org boleh buat. Lagi-lagi orang yang kuat tido seperti Tom atau Md Nurie nama sebenarnya. ekekekek... Jam 7 pagi lagi aku bertolak dari Johor dan sampai di Uitm Kampus Bandar Melaka jam 8.30 pagi. Majlis adalah berkaitan adalah Amanat VC Uitm yg baru Dato' Sahol kepada staff Uitm. Aku mmg suka shoot gambar-gambar event mcm nie utk meningkatkan kualiti peribadi dan intergriti.

2. Tamat majlis lbh kurang jam 12.30pm. Aku mkn tengah hari di Hang Tuah Mall area, dan melawat n berkenalan ngan student-student photography. Selepas itu, kami menunggu ketibaan PM- Dato' Seri Najib yg dijangkakan jam 3ptg. Setelah puas menunggu dan minum air tin, akhirnya beliau tiba bersama Ketua Menteri Melaka Dato Ali Rustam. Kira-kira 3000+ orang beratur menyambut ketibaan PM yg dikasihi. Part nie mmg best sbb bergelut dengan lain-lain press, polis and security PM. Dato' Najib kemudian berucap pendek di depan UiTM, singgah sebentar minum di kedai makcik satu nie (aku Xingat nama kedai tu plak) seterusnya berjalan kaki ke Kampung Morten dan akhirnya menaiki bot utk menikmati river cruise view. Jauh sungguh berjalan sampai mlm td kaki aku terasa sakit. Cuaca pulak fuhhhh, mmg boleh menggelapkan kulit ...





3. Sebelah malam, aku and housemate Rasfan ke Klebang utk menghadiri majlis makan malam 1 Malaysia terbesar dlm negara juga dirasmikan oleh PM. Sasaran mereka adalah 50 000 orang. Dalam hati muat ke nak letak ramai-ramai manusia dalam tu. Puas aku pijak clutch kete selama sejam, terasa nk singgah kedai kete beli kete auto je rasenye. Nasib kedai dah tutup. Pantai Klebang dibanjiri lautan manusia. Mmg sasaran 50000 orang tercapai. Aku try juga nk call kawan-kawan Melaka, tp syg.. line congested. Sampai nak telefon orang tersayang pun Xboleh. Ape pon aku salute Ali Mamak sbb lawak die mmg best nak giler!!! jugak Mahathir Lokman the best mc ever!!!

4. Jalan Klebang yg kecik nie super pack bile 50,000 manusia nie bergegas nk balik. Aku dipahamkan sorang dpt nombor bertuah drive blk kete Viva. Perghhhhh, bestnyer. Disebabkan malas nk tekan clutch, aku stay kat gerai tepi jalan nie. Tunggu punya tunggu pukul 2.30am baru reda. Aku sampai umah kat Alor Gajah pukul 3am... akibatnya aku mengantuk seharian masa kat tempat kerja.

5. Aku malas nk edit gambar banyak-banyak. Aku pilih yg mana aku rase ok jer. Satu lagi sbb aku dalam mood nk siapkan album pengantin-pengantin aku yg tertangguh nie. Doakan aku cepat siap okeyy! Gambar-gambar amanat Dato' VC aku upload later. Gambar makan malam jugak kemudian (aku Xshoot byk gambar pon). Byk tumpukan perhatian pada makanan dan yg lain-lain. Thankssss

Lain-lain gambar sila click SINI.






Akmal Adanan,
0127655165

1 comment:

Anonymous said...

huhu..xde ke gmbr kt klebang?tp best mlm 2..ramai gler org..tp xbest sbb xleh nk col sbb kite atas laut yg dh ditambak..he3..well..melaka best..he3